Pelabur berhati-hati apabila pembangkang burukkan kerajaan: Ahmad Husni
Tindakan pembangkang memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai kesan kepada pelabur asing kerana mereka lebih berhati-hati terhadap suasana sosial di negara ini.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata langkah pembangkang membangkitkan isu perkauman dan agama di kalangan masyarakat berbilang etnik menimbulkan kegelisahan di kalangan orang-ramai.
Katanya, kegelisahan masyarakat dibimbangi akan bertukar kepada konflik antara etnik dan pelabur mengambil-kira risiko berkenaan sebelum membelanjakan wang mereka di negara ini.
"Prinsip demokrasi di negara kita, selepas pilihanraya parti pembangkang masih bermain politik dengan membangkitkan pelbagai isu kaum dan agama hingga boleh menimbulkan konflik.
"Pelabur asing memang mengambil-kira risiko sosial yang akan mereka tanggung jika melabur di negara yang tidak stabil dari segi sosial ini," katanya kepada pemberita di sini, tengah hari tadi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan BERNAMA bahawa tindakan pembangkang memburuk-burukkan nama negara mengakibatkan pelaburan langsung asing (FDI) merosot sehingga 81 peratus bagi tahun 2008 dan 2009.
Laporan itu memetik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir bahawa pembangkang kemudiannya akan menyalahkan kerajaan yang mereka dakwa tidak cekap kerana FDI menyusut.
Mukhriz berkata, pada 2009, jumlah keseluruhan FDI adalah RM5.66 bilion tetapi tiga bulan pertama tahun ini negara sudah menerima FDI RM5.6 bilion, satu jumlah yang hampir dengan pelaburan sepanjang tahun lalu.
Ulasan GB
Menyalahkan pembangkang apabila menteri-menteri UMNO BN gagal untuk menarik FDI. Satu escapisme yang melambangkan ketandusan dan kekeringan minda dari kalangan mereka yang menganggotai kabinet kerajaan.
Ahmad Husni berkata:
selepas pilihanraya parti pembangkang masih bermain politik dengan membangkitkan pelbagai isu kaum dan agama hingga boleh menimbulkan konflik.
Sakarang saya ingin bertanya menteri berkenaan, selepas pilihanraya dulu, siapa bawa lari ADUN-ADUN PR dan kemudian memaksa mereka menyertai BN dan seterusnya merampas Perak?
Siapa yang menyekat pembangunan ke negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat? Siapa mempolitikkan dan merampas royalti minyak Kelantan di atas nama wang ehsan?
Siapa yang punya angkara membuat banyak karenah di negeri Selangor dan Pulau Pinang jika bukan UMNO BN yang berusaha untuk merampas kedua-dua negeri berkenaan dari tangan Pakatan Rakyat?
Parti mana yang memainkan isu perkauman terutama di dalam soal ketuanan Melayu sehingga berebut dengan NGO bernama Perkasa untuk menjadi juara ketuanan Melayu jika bukan UMNO? Parti mana heret kepala lembu satu ketika dulu jika bukan UMNO?
Pemimpin parti mana yang keluarkan kenyataan-kenyataan rasis selama ini yang menuduh kaum Cina dan India tidak berterima kasih dengan kerajaan kerana telah mengundi pembangkang di dalam pilihanraya yang lalu jika bukan TPM bernama Muhyiddin dari UMNO?
Hah, kamu bikin najis di seluruh negara pada siang hari, kamu tuduh orang lain melakukannya. Kamu dah tak berupaya menarik FDI sepatutnya berundur dari memegang jawatan menteri daripada perhabiskan wang rakyat membayar gaji.

9 ulasan:
Macam mana boleh jadi Menteri dia ni, sekolah berapa tingkat?
Yang bunuh Altantuya tu PR ke? Skandal PKFZ tu PR buat ke? Negara kerugian akibat pembelian kelengkapan tentera, kapal selam, jet pejuang termahal di dunia tu kerja PR ke? Yang sedut duit Petronas sampai kering tu PR buat ke? Badan kehakiman yang boleh ditunggang tu dari tangan PR ke?
Menteri Kewangan Malaysia dari PR ke?
manusia cetek akal saja yang bercakap tanpa berfikir.betulkan sap2 anda yang rakyat dah tak percaya lagi..dengan umno/BN. perbetulkan die\ri sendiri dahulu beb
Mamat ni macam lalang! Bercakap pula seperti menepuk air di dulang! Siapa sebenarnya yang bersikap perkauman? Sendiri mau ingatlah!!
bukan FDI saja, rakyat dah mula menjauhi diri dari BN penipu dan penindas rakyat
BN perintah negara dengan menindas dan menekan rakyat, cukai yang menindas dan saman rakyat dasar utama BN
BN tak perlu FDI. wang saman ekor dah cukup untuk tadbir negara, lagi banyak saman, lagi kaya kerajaan BN
memang Pakatan Rakyat bersalah kerana biarkan BN yang tak cerdik memerintah negara. UNDI TOLAK BN PRU13
jika saman ekor di hapuskan, bagaimana BN nak perintah malaysia, FDI tiada, wang negara pun dah habis
Depa ni dok cakap tapi yang hairannya ialah masih ada penyokong depa yang mempercayai cerita depa ni. Dasar hati dah buta, minda cacat, ...
Kalaulah negara ni masih ditadbir puak ini, habislah Malaysia yang AKU cinta. Ingat AKU akan cakap-cakap TGNA, Depa dok dalam tong tahi tapi dok tuduh orang lain berbau tahi. Hairan bin Ajaib.
Catat Ulasan