Nizar Cabar Zambry Bubar DUN, Bukti Sokongan Mantap
Jika benar - bubar Dewan dan adakan pilihanraya - itu cabaran Datuk Seri Nizar Jamaluddin kepada Menteri Besar Zambry Kadir yang mendakwa sokongan untuk Umno-Bn di Perak semakin mantap.
"Saya ulangi cabaran saya. Ini bukan pertama kali...banyak kali dia sebut bahawa Umno disayangi semula (dan) BN diberikan sokongan padu...jadi kalau betul, beliau harus pulihkan demokrasi di Perak dan adakan semula pilihanraya,' kata beliau kepada Tv Selangor.
Bernama hari ini memetik Zambry sebagai mendakwa sokongan rakyat di Perak terhadap BN semakin memuncak kerana ramai yang menerima baik gagasan 1 Malaysia ciptaan Perdana Menteri, Najib Razak.
Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, beberapa kali mencabar Zambry untuk mengadakan pilihan raya negeri untuk mendapatkan mandat daripada rakyat yang menyokong Pakatan rakyat pada pilihanraya umum 2008.
Selepas kejayaan pembangkang itu, Nizar menjadi Menteri Besar tetapi digulingkan apabila Umno memancing tiga ADUN pembangkang untuk menyokong Barisan Nasional.
Dua daripada mereka menghadapi tuduhan rasuah ketika itu tetapi dibebaskan setelah menyokong BN untuk membentuk kerajaan negeri yang baru.
Sehingga ini, Zambry tidak pernah menyahut cabaran Nizar walaupun sering mendakwa Umno semakin diterima rakyat.
"Tetapi apabila mereka tidak menyahut keyakinan itu bermakna itu hanyalah kenyataan-kenyataan sonsang untuk menyedapkan diri mereka" tegas Nizar lagi.
Menurut Nizar lagi, Zambry dalam keadaan begitu terdesak sehingga terpaksa merujuk kepada dakwaan beberapa pemimpin Angkatan Muda Keadilan Perak dan 72 anggota Wanita cabang Ipoh Barat bertindak keluar parti sebagai bukti sokongan Umno makin kuat.
Hakikat ialah mereka yang keluar itu menghadapi masalah displin, malah ada antara mereka bukan ahli PKR sama sekali.
Nizar berkata kenyataannya ialah Zambry semakin ditolak oleh rakyat Perak.
"Orang di tempat dia sendiri di Pangkor, telah menolak dia. Itulah sebabnya dia mengeluarkan kenyataan itu untuk meyakinkan diri dia dan BN bahawa mereka masih kuat sedangkan hakikatnya orang di sana sudah tidak berkenan pada dia," kata Nizar. -TVS
Ulasan GB
GB ucapkan tahniah kepada MB Rayuan, Datuk Dr Zambry jika benar dakwaannya sokongan rakyat semakin meningkat untuk BN. Justeru itu, apa lagi ditunggu-tunggu. Mohon menghadap Sultan Perak dan persembahkan kepadanya bahawa: dah boleh ada pilihanraya untuk negeri Perak.
Pilihanraya itu penting supaya semua hasil gaji dan elaun yang kamu terima boleh dihalalkan oleh rakyat Perak. Sebab rakyat Perak tak memilih BN di dalam pilihanraya umum 2008. Rakyat pilih Pakatan Rakyat. BN merompak kerajaan Perak dari tangan Pakatan Rakyat. Sampaikan jawatan MB pun yang kamu pegang pun adalah kerana rayuan di mahkamah setelah mahkamah tinggi memutuskan Mohd Nizar sebagai MB perak yang sah. Ia tetap kekal. Jijik dan hina pegang jawatan MB yang rakyat tak restui.
Justeru itu dari segi hukum, semua gaji dan elaun yang kamu belasah dari hasil rompakan kerajaan negeri itu tetap haram. Selagi tidak ada pilihanraya semula untuk negeri Perak, majoriti rakyat Perak, saya yakin, akan tetap tidak menghalalkannya.
Tapi kita yakin, jiwa Zambry sekecut ikan masin. Takkan berani menghadapi pilihanraya negeri. Kerana tahu BN tetap tewas, mungkin lebih dasyat lagi.

Zambry: Sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat
Sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) kini semakin meningkat kerana ramai yang menerima baik pendekatan gagasan 1 Malaysia, kata pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata perubahan itu jelas dirasai kerana sebelum ini, ramai terpengaruh dengan hasutan parti pembangkang yang menimbulkan pelbagai isu sehingga menimbulkan kebencian terhadap kerajaan BN.
“Bagaimanapun, hari demi hari, penipuan serta fitnah yang mereka (pembangkang) jaja di seluruh negara, semakin terbongkar dan membuatkan rakyat jelik terhadap perbuatan mereka itu.
“Ini boleh dilihat dengan perkembangan terkini yang berlaku, iaitu tindakan pemimpin dan anggota parti pembangkang meninggalkan parti masing-masing dan menyokong BN,” katanya kepada pemberita selepas majlis Jamuan Hari Raya anjuran Umno Bahagian Parit hari ini.
Zambry (gambar) yang juga Menteri Besar Perak berkata, jumlah kehadiran orang ramai pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran komponen BN tahun ini juga meningkat berkali ganda berbanding pada tahun lepas.
“Ini semua hasil kerja keras semua komponen parti BN, khasnya Umno yang semakin agresif menarik semula sokongan pengundi.
“Lebih memberangsangkan lagi, kelmarin empat pemimpin Angkatan Muda Keadilan Perak dan 72 anggota Wanita cabang Ipoh Barat parti itu, turut bertindak keluar parti,” katanya.
Zambry berkata peristiwa itu boleh dianggap satu kemenangan besar kepada BN dan dijangka lebih ramai pemimpin dan anggota parti pembangkang melakukan tindakan sama tidak lama lagi.
Kira-kira 5,000 pengunjung menghadiri program tahunan yang diadakan di Dataran Parit berkenaan, yang turut dihadiri isteri Menteri Besar Datin Seri Saripah Zulkifli, anggota Parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria dan Ketua Umno Bahagian Parit Datuk Zaim Abu Hassan. — Bernama
Ulasan GB
GB ucapkan tahniah kepada MB Rayuan, Datuk Dr Zambry jika benar dakwaannya sokongan rakyat semakin meningkat untuk BN. Justeru itu, apa lagi ditunggu-tunggu. Mohon menghadap Sultan Perak dan persembahkan kepadanya bahawa: dah boleh ada pilihanraya untuk negeri Perak.
Pilihanraya itu penting supaya semua hasil gaji dan elaun yang kamu terima boleh dihalalkan oleh rakyat Perak. Sebab rakyat Perak tak memilih BN di dalam pilihanraya umum 2008. Rakyat pilih Pakatan Rakyat. BN merompak kerajaan Perak dari tangan Pakatan Rakyat. Sampaikan jawatan MB pun yang kamu pegang pun adalah kerana rayuan di mahkamah setelah mahkamah tinggi memutuskan Mohd Nizar sebagai MB perak yang sah. Ia tetap kekal. Jijik dan hina pegang jawatan MB yang rakyat tak restui.
Justeru itu dari segi hukum, semua gaji dan elaun yang kamu belasah dari hasil rompakan kerajaan negeri itu tetap haram. Selagi tidak ada pilihanraya semula untuk negeri Perak, majoriti rakyat Perak, saya yakin, akan tetap tidak menghalalkannya.
Tapi kita yakin, jiwa Zambry sekecut ikan masin. Takkan berani menghadapi pilihanraya negeri. Kerana tahu BN tetap tewas, mungkin lebih dasyat lagi.
6 ulasan:
budak hitam dah ambik semua kompatmen balak diPerak untuk kumpulkan kekayaan diri sendiri sudak sampai sasaranya, beliu berbangga kerana Rakyat Perak kena tipu termasuk rajagopal..
Aku dah Kaya....
Bila Ibrahim Ali dan PERKASAnya sokong dia mula perasan UMNO dah kuat, bubar saja parlimen kalau dia dan najib yakin...
jenayah meningkat dan ekonimi jatuh sokongan makin kuat?
sokongan makin meningkat supaya DUN Perak dan Parlimen dibubarkan...
sumber kewangan pemerintahan Bn sekarang adalah dari kutipan saman ekor dan syarikat insuran? pelabur asing dah mula menjauhi malaysia.
Nampak gaya Perkasa akan bertanding PRU13...Kita tengok sama sama nanti..Sekarang adalah waktu terbaik Ibrahim Ali nak promosi diri dia macam member dia kat PPP....
Catat Ulasan