18 Ogo 2010

Tindakan Abdul Razak Cuba Tegakkan Benang Basah Gagal

Tertekan dengan keterangan Dr Pornthip yang begitu tegas menyatakan bahawa Teoh tidak membunuh diri, agensi berita kerajaan, BERNAMA cuba untuk memburukkan perjalanan inkues dengan mendakwa beberapa individu yang hadir pada kes inkues hari ini menjadikan mahkamah seolah-olah tempat mendengar ucapan ahli politik dengan bertindak menepuk tangan dan membuat bising.

Menurut agensi berita itu, keadaan itu berlaku dari awal prosiding sehinggalah ketika Ketua pendakwa SPRM, Abdul Razak Musa (gambar) menyoal Pornthip.

Mereka didakwa melontarkan kata-kata kesat apabila Abdul Razak bertanyakan soalan kepada Pornthip dan apabila Pornthip memberi kenyataan yang tidak memihak kepadanya (Abdul Razak), mereka bertepuk tangan.

Situasi itu didakwa bukan sahaja mengganggu prosiding tetapi juga kononnya menyebabkan pihak media gagal mendengar dengan jelas.

Ada individu berkenaan diminta keluar daripada mahkamah setelah melontar kata-kata kesat kepada Abdul Razak.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah Abdul Razak sendiri yang telah membuatkan mahkamah menjadi hingar bingar dengan pegakuan masuk bakulnya konon telah berkhidmat sebagai seorang peguam selama 24 tahun.

Di dalam satu sidang akhbar Gobind Singh Deo selepas inkues hari ini, peguam yang mewakili keluarga Teoh, berkata tindakan ketua pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mempersoalkan taraf pendidikan pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand menunjukkan ketidakmatangan Abdul Razak sendiri.

Katanya Abdul Razak tidak memfokus kepada isu utama dalam prosiding.

Malik Imtiaz Sarwar, peguam yang mewakili kerajaan Selangor, pula menyatakan tindakan mempersoalkan taraf pendidikan saksi itu, adalah memalukan.

Ketika prosiding, Abdul Razak telah mengemukakan soalan mengenai taraf pendidikan untuk mencabar kewibaaan Pornthip. Abdul Razak berkata berdasarkan kelayakan Pornthip, ahli patologi Thailand itu kononnya tidak layak bergelar pakar di Malaysia kerana universiti di mana beliau belajar tidak diiktiraf di negara ini. Pornthip menjawab bahawa universiti tempat beliau belajar adalah satu daripada lima yang terbaik di Asia - mereka yang berada di mahkamah memberikan tepukan.

GB melakukan penelitian dan mendapati Asian Correspondent di dalam lamanwebnya yang menyeranaikan 10 universiti Asia terbaik meletakkan Universiti Mahidol di tempat yang ke 6. Tiada satu pun universiti daripada Malaysia tersenarai. Berikut ialah kedudukan 10 universiti terbaik Asia.

1) Yeungnam University, South Korea
2) National Chengchi University, Taiwan
3) National University of Singapore
4) Nanyang Technological University, Singapore
5) University of the Philippines
6) Mahidol University, Thailand
7) National Taiwan University, Taiwan
8) Yonsei University, South Korea
9) University of Hong Kong
10) Seoul National University, South Korea

Justeru itu Abdul Razak cuba untuk mengelirukan dengan merendah-rendahkan taraf pendidikan Pornthip yang ternyata beliau gagal melakukannya. Malah kelayakan Razaklah yang sepatutnya dipersoalkan.

Malah di dalam satu ketika Abdul Razak cuba untuk meletakkan dirinya sebagai koroner apabila beliau menyatakan hanya Pornthip yang memberikan keterangan berbeza selain dari keterangan 4 orang doktor yan sebelum ini menyatakan Teoh mati kerana terjun dari bangunan tinggi. Katanya pihaknya berkerja berdasarkan majoriti. Siapa yang mengikut majoriti? Koroner? Atau SPRM? Atau hanya cubaan Abdul Razak untuk mendesak Koroner supaya mengikut majoriti, bukan bukti?


Razak: Satu lawan empat...

Pornthip: Awak perlu hormat hakim (koroner) yang akan membuat keputusan.

Razak: Kita bekerja berdasarkan majoriti.



Kemudian Abdul Razak menuduh Pornthip menyandarkan siasatannya hanya kepada andaian dan berdasarkan kepada imaginasi sendiri. Sedangkan Abdul Razaklah yang sebenarnya berimiginasi.

Kita lihat:


Razak kemudiannya menyatakan kepada Pornthip bahawa Teoh mencekik dirinya sendirinya. Katanya, ini kerana empat daripada doktor telah mendapati bahawa tiada bukti menunjukkan Teoh dicekik.

Gobind bangkit dan mengarahkan Razak menunjukkan bagaimana seseorang mencekik diri sendiri. Razak menyahut cabaran itu dan cuba mencekik diri sendiri sambil digelakkan daripada mereka di mahkamah itu.


Bukankah perlakuan Abdul Razak di atas jelas menunjukkan beliau yang lebih menyadarkan kepada imiginasi?

Dan perilaku Abdul RAzaklah yang telah menyebabkan mahkamah menjadi hingar bingar dengan perlakuan anihnya untuk menegakkan benang yang basah?

Dan laporan Bernama menuduh orangramai menjadikan mahkamah seolah-olah tempat mendengar ucapan ahli politik dengan bertindak menepuk tangan dan membuat bising tidak relevan dan tidak betul. Sebetulnya peguam SPRM itulah dengan telatah bodohnya menyebabkan mahkamah menjadi demikian!

14 ulasan:

che pet berkata...

Malu!!! Malu aku jadik rakyat Malaysia cam ni!!! Malu!!!! Malu!!!
Malu!!!!

Tanpa Nama berkata...

apalah bongok nya pendakwa kerajaan melaysia ni????

malunya aku sama negara dgn orang bodoh macam tu!!!

Tanpa Nama berkata...

PATUT LA HAK MALAYSIA TERGADAI KAT SINGAPURA KERANA KEBODOHAN YG ADA PADA WAKIL MALAYSIA DLM KES HAK PULAU BATU PUTIH??? TUNGGU ANAK RAZAK MATI PULA...KITA CAKAP LA...ANAKNYA MATI CEKIK DIRI SENDIRI...BANGANG!!!

Tanpa Nama berkata...

adakah dalam mahkamah taraf pendidikan tinggi mencerminkan dia seorang yang benar..
bila dah kalah hujah taraf pendidikan pula dipersoalkan..
begini ke sikap pendakwa malaysia bila hujah tidak memihak pada dia ..taraf pendidikan di judikan
rendahnya iq pendakwaraya..macam ni pun boleh jadi pendakwaraya..kah kah kah tak da klas langsung..lowclass punya pendakwaraya..malu oi dunia memerhatikan anda

Tanpa Nama berkata...

Menampakkan sistem kehakiman negara berada pada tahap sampah.. Sistem kehakiman yang paling bodoh dalam dunia. Orang maju ke depan kita maju ke belakang..
kesian 1MalaSial

Tanpa Nama berkata...

Apsal kes mcm ni bagi kat pendakwaraya yang bahalol.. Tengok kes anwar, bagus punya pendakwaraya, selalu menang..

Oh Malaysiaku...

Tanpa Nama berkata...

Razak mesti 101% orang UMNO kerana ada ciri2 berikut:- suka tanya soalan2 bodoh,cakap bodoh dan yg bukan2, punyai pendapat2 bodoh, sentiasa malukan bangsa dan negara dgn perbuatan2 yg tak masuk akal dan banyak lagi.

Tanpa Nama berkata...

Dia ni betul2 macam cap ayam la...

Tanpa Nama berkata...

Razak mesti 100% orang UMNO kerana ada ciri2 berikut:-
Suka tanya soalan2 bodoh, beri pendapat2 yg bodoh, melakukan perbuatan2 yg tak masuk akal, sentiasa memalukan bangsa dan negara dgn kenyataan2 yg bukan saja bodoh tapi gila, suka buli rakyat, tak mahu akui kesalahan dan banyak lagi.
APA AKAN JADI KEPADA NEGARA INI!!!

Tanpa Nama berkata...

aku MELUAT sangat ngan Si Razak tu... amat meMALUkan.. woii razak, hang berenti la dari jadi loyar.. baik hang mai tolong aku angkat padi... bodo punya manusia..
hang jadi loyar blajaq tang mana ? aku rasa... IQ hang zero la... blah la...

user017.

Tanpa Nama berkata...

cap ayam ?? razak leh kawan ngn ezam... dua duaaa cap ayam..

PRU13... kita pastikan PR traju Malaysiaaaa... AMINNNN...

User017.

Tanpa Nama berkata...

rakyat nak diperbodohkan kerajaan UMNO...

Tanpa Nama berkata...

n to the blog owner.. please dont be bias. awak hanya siarkan komen2 yg mengutuk kerajaan malaysia.pdahalyg bg awak makan kerajaan malaysia jugak. tq

Tanpa Nama berkata...

bangang sungguh anon 8.54 di atas.

yg beri makan, yg beri rezeki ialah Allah s.w.t. bukan kerjaaan.