5 Ogo 2010

Maaasihkah Kau Ingat....?

Hishammuddin Tidak Layak Pegang Portfolio KDN, Hanya Pandai Ampu Sepupu

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak layak memegang jawatan itu selepas beberapa insiden yang memalukan negara sehingga menyebabkan kredibilitinya kini tercalar begitu teruk sekali gus menunjukkan beliau gagal melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

Insiden pendatang tanpa izin bolos untuk kali kedua di Depot Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang Ahad lalu jelas menunjukkan ketidakupayaan sepupu Perdana Menteri itu memegang antara portfolio yang terpenting dalam Kabinet.

Ketika depot di bawah jagaan kementerian beliau gagal diawasi dengan cermat menyebabkan 20 tahanan warga Afghanistan melarikan diri, institusi kepolisian yang juga di bawah KDN disalahguna sepenuhnya terhadap peserta perhimpunan aman anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada hari yang sama.

Sebelum ini, pada 27 April lalu, 12 warga Afghanistan dan empat warga Myanmar berusia 22 hingga 48 tahun menyusup keluar melalui ruang jeriji yang dipotong sebelum melarikan diri dengan memanjat pagar pusat tahanan sama.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika dihubungi Suara Keadilan berpendapat Hishammuddin tidak mempunyai pendirian yang tegas menerajui KDN selain hanya memberi sokongan sepenuhnya dalam cara apa pun kepada sepupunya, Datuk Seri Najib Razak.

"Kalau mengikut penilaian NKRA, beliau sebenarnya telah gagal melaksanakan tugasnya. Banyak isu yang beliau tidak dapat selesaikan dan tergantung sehingga kini.

"Isu Kugan, isu Teoh Beng Hock, isu Aminulrasyid, semuanya tidak mampu beliau selesaikan tetapi apa yang dia tahu buat hanyalah menangkap peserta perhimpunan aman yang bersenjatakan sebatang lilin," tegas Khalid.

Khalid menganggap Hishammuddin sebagai Menteri yang 'cakap tak serupa bikin' kerana acap kali perkara yang sama diperkatakan sebelum ini namun cakap hanya tinggal cakap tanpa sebarang respons yang positif dari beliau mahu pun KDN.

"Tindakan beliau jelas menampakkan sikap 'double standard' kepada pendemo dalam kes kepala lembu di mana Hishammuddin berkata dengan nada yang songsang bahawa negara ini mengamalkan demokrasi dan kebebasan bersuara.

"Tetapi muktahir ini kerajaan Umno-Barisan Nasional begitu terdesak dalam usaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap mereka lalu jalan terakhir adalah melalui kekerasan seperti yang kita melihat kezaliman terhadap perserta perhimpunan anti ISA
," kata beliau lagi. -SK

Ulasan GB

Kalau mengikut track record, beliau gagal dalam banyak perkara. Contoh jelas ialah semasa dia menerajui Menteri Pelajaran, bagaimana di dalam isu PPSMI beliau menipu ahli bahasa dan sasterawan. Kegagalannya lebih terserlah semasa memegang portfolio KDN.

Berlagak hero, sekadar mencium keris, sedangkan tangan sebelah lagi memegang tin arak. Masihkah kau ingat?


3 ulasan:

agas berkata...

aku tak nampak apa kebolehan hashamudin ni...semoga bn cepat berkubur.

Tanpa Nama berkata...

dah tu... mana ada mangkok2 dalam umno yang betul2 layak pegang jawatan... semuanya bingung bila najib lantik... maknya itulah orang yang paling layak.... makanya dapat kita lihat kebanyakan mereka2 ini hanyalah kaki ampu untuk penohkan poket dia orang aje

m berkata...

Sebok sangat nak mengangkat punggung najib altantuyalah menyebabkan PATI yang dikurung terlepas....kenapa tak kosongkan aje balai polis seluruh negara malam tu supaya semua tahanan dalam lokap pulak boleh cabut lari...bagilah alasan apapun..rakyat dah meluat..