Mufti Perak: PM mahu rundingan perpaduan Umno, PAS disegerakan
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersetuju untuk bekerjasama dengan PAS demi untuk mempertahankan perpaduan Melayu dan Islam negara ini, dan mahu usaha itu disegerakan tanpa sebarang prasyarat.
Harussani berkata keperluan itu dibangkitkan selepas Najib mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam semalam bagi membincangkan soal perpaduan orang Melayu.
“Perdana Menteri setuju tapi jangan letak syarat, beliau setuju supaya disegerakan soal perbincangan di antara Umno dan PAS.
“Beliau juga bersetuju supaya perbincangan itu perlu dibuat demi untuk mempertahankan perpaduan orang Melayu dan Islam di negara ini.
“Tapi Perdana Menteri minta supaya PAS jangan berdolak-dalik dalam perkara ini, kejap kata mahu, kejap kata tidak mahu,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Sebelum ini Najib mengatakan bahawa Umno sentiasa bersikap terbuka untuk mengadakan sebarang perundingan dengan PAS yang menjurus kepada perpaduan.
Bagaimanapun, beliau yang juga Presiden Umno berkata rundingan perpaduan itu mestilah dibuat tanpa prasyarat.
“Kita sentiasa terbuka (untuk berbincang dengan PAS mengenai perpaduan) tetapi jangan ada prasyarat dan terus menghina Umno dalam ucapan-ucapan mereka.
“Kalau nak berbincang janganlah kutuk antara satu sama lain,” katanya.
Bagaimanapun Harussani berkata beliau kecewa dengan sikap pemimpin PAS yang menuduhnya melakukan satu pembohongan hanya kerana enggan mendedahkan nama pemimpin kedua-dua parti Melayu itu yang menemuinya.
“Saya kecewa dengan sikap PAS yang tuduh saya bohong kerana mereka orang Islam.
“Kalau PAS nak kata saya bohong terpulang, hanya Tuhan yang tahu kebenarannya,” katanya.
Beliau berkata, tindakan enggan mendedahkan nama pemimpin tersebut adalah kerana mahu menjaga nama dan hubungan baik dengan pemimpin itu.
“Buat apa mesti nak dedahkan nama pemimpin yang jumpa saya nanti depa (mereka) berkelahi pula.
“Lagipun saya juga perlu menjaga rahsia orang, buat apa mesti nak dedahkan semua?
“Nanti kalau saya cerita boleh menimbulkan kemudaratan lain pula,” katanya.
Sabtu lalu, Harussani berkata beliau mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau itu.
“Masih ada harapan (ke arah perpaduan orang Melayu), jika kita bijak mengutamakan perkara yang lebih penting ke arah mencapai matlamat ini.
“Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya,” katanya selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak.
Harussani berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.
Bagaimanapun kenyataan itu ditolak pemimpin tertinggi PAS dengan menyifatkannya sebagai “satu fitnah dan pembohongan.”
Dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.
Awal pagi ini Mahfuz mencabar Harussani agar mendedahkan nama pemimpin parti itu yang didakwa menemui beliau berhubung isu idea perundingan menyatukan Umno-PAS.
“Sekali lagi kami hendak mengatakan yang kami tidak menghantar dan tidak pernah memutuskan perkara ini... tidak, tidak ada orang, tiada keputusan parti.
“Semua pemimpin PAS sedar perkara (pendirian parti) ini, kami yakin mereka tidak akan bekerja bersendirian. Sebab itu saya minta Tan Sri Harussani mendedahkan nama mereka jika benar ada wakil PAS jumpa beliau,” kata Mahfuz. -TMI
Ulasan GB
Hairan sungguh kita seorang mufti yang tidak menasihatkan pemimpin-pemimpin UMNO supaya kembali kepada pegangan Islam tetapi sebaliknya patuh dan akur kepada PM kononnya meminta beliau menyegerakan perundingan perpaduan UMNO-PAS.
Kita ingin khabarkan kepada Mufti yang tak mengaku bercakap bohong itu supaya ajar Najib dan sekalian menteri-menteri UMNO yang diampu dan dibodeknya itu untuk mengaji dan mengkaji Al-Quran. Betulkan bacaan dan tajwid mereka.
Di sana akan ditemui ayat untuk bersatu: "...berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah, jangan kamu bercerai berai.."
GB telah menyatakan sebelum ini bahawa lebih 90% menteri UMNO tidak tahu malah ada yang tidak pernah membaca Al-Quran pun!
Tidak percaya cakap GB? Bariskan semua menteri-menteri Islam dari UMNO itu dan suruh masing-masing baca sepotong ayat dari Al-Quran. Baru tahu kebenaran dakwaan GB. Itu belum disuruh ulas dan tafsir bersandarkan nas hadith dan kitab muktabar!
Jangan jadi mufti yang melembukan diri kepada nafsu dunia. Tak payah temberang dan tak payah dabik dada dengan umat Islam wahai sang mufti kerana di depan Allah pakaian mufti anda akan terlucut. Yang mulia disisi Allah adalah yang bertaqwa, yang menegakkan kalimahNya dan yang menjaga agamaNya sekalipun dia tidak ada jawatan di atas dunia. Silap gaya jawatan mufti anda itulah yang mengheret anda sebagai orang yang pertama ke neraka. - pesanan ikhlas dari seorang hambaNya.

5 ulasan:
Itulah Iblis yang bertopengkan MUFTI yang membisu dengan keburukan dan irihati dengan kejayaan islam. Sejarah telah menunjukan bagaimana IBLIS menggoda ulamak yang terdahulu dengan menyamar menjadi MUFTI yang menjadi ulamak dari ulamak.
najib tu yang sebenarnya dah terdesak. tu yang mcm orang demam panas aje... nak buat perpaduan umno pas demi orang melayu dan islamlah konon nya. sesiapa yang percaya dengan tipu daya najib ni adalah manusia yang jenis tak ada pendirian. dah berapa kali pas dan pakatan rakyat ditipu dek takutbini ni.... harussani pun sabenar harus mendalami al quran dengan sebenar2nya jgn pandai2 nak tunjok baik dengan pas pulak.... awak tu pentingkan dunia aje... mana akhiratnya... WAHAI HARUS SUNNY TAKUTLAH KAMU DENGAN AZAB ALLAH... JGN KAMU IKUT TELUNJOK ORANG2 YANG INGKAR PERINTAH ALLAH.... KAYA DIDUNIA NAK BUAT APA.. NANTI PAPA KEDANA DI AKHIRAT KELAK....
Pas yang berangan nak kuasa Putrajaya tetapi terpaksa mengharapkan ihsan pengundi-pengundi PKR dan DAP.
Malah kalau pakatan menang sekali pun Pas tidak boleh mendabik dada sebab Pas bukan parti dominan dalam pakatan. Yang mendominasi ialah DAP. Maka Pas tidak boleh menuntut kerusi PM dari pakatan memandangkan jumlah kerusi yang lebih kecil berbanding DAP. Lalu kalau nak ikutkan kuota kerusi, maka orang yang layak jadi PM ialah dari DAP.
Jadi tak usahlah Pas duk kutuk UMNO konon perlukan bantuan oksigen dari Pas. UMNO boleh survive lagi sehingga beberapa penggal pilihan raya dengan jumlah ahli yang ada sekarang.
codenamesomalipirate ternyata seorang umno sundal yang masih berangan-angan nak kekal di putrajaya.. kahkahkah
mca, mic dan ppp sudah hancussss. umno sendirian kini, camana nak kekal kat putrajaya? kahkahkah
Kepada saudara codenamesomalipirate,
Biarlah PAS berangan-angan nak kuasai Putrajaya. Biarlah PAS tidak boleh mendabik dada kalau PR menang. Ini kan kerja PAS yang tak ada apa-apa hubungan dengan kau.
Kalaulah UMNO tu kuat, tak usahlah dok canang nak bersatu dengan PAS. Kan UMNO boleh berdiri sendiri. Tak usah dok canang perpaduan Melayu (AKU tak mahu sebut tentang perpaduan Islam sebab AKU tahu orang UMNO memang tak menyukainya dan tak akan menyetujuinya).
Yang sedihnya ialah seorang mufti yang bagi AKU, ..... entahlah. Tak tahu membezakan yang mana kaca dan yang intan. ... AKU tak mahu komen terhadapnya sebab kan jawatannya MUFTI, bukan jiwanya dan amalannya. Percakapannya ibarat jemput orang makan kenduri tapi makanan tidak disediakan dengan alasan makanan yang disedia oleh beliau itu kurang halal dan boleh menimbulkan syak wasangka. Fikir-fikirkanlah.
Catat Ulasan