25 Jul 2010

Salah Seorang Atau Kedua-dua Adalah PENDUSTA

Nik Aziz tidak mahu Umno-BN gigit tangan PAS kali kedua

PAS tidak memerlukan peranan orang tengah jikapun parti Islam itu mahu mengadakan perbincangan dengan Umno mengenai soal penyatuan Melayu, kata Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi.

Bagaimanapun Menteri Besar Kelantan ini terus dengan pendirian yang telah dicapai parti itu pada muktamar-muktamar tahunan mereka sejak 2008 bahawa PAS tidak akan menjalin kerjasama politik dengan Umno agar “tangan PAS tidak digigit kali kedua.”

PAS mahu kekal dengan kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang turut dianggotai DAP dan PKR, kata beliau.

“Ada orang hendak menjadi orang tengah, mimpi... kalau saya (PAS) mahu, saya boleh jumpa Perdana Menteri, tak perlu (orang tengah),” kata beliau pada majlis ceramah isu-isu semasa anjuran PAS Kuala Terengganu di sini.

“(Ini macam) hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong,” tambah Nik Aziz dengan merujuk kepada tindakan beberapa pihak termasuk Umno yang menimbulkan semula syor kerjasama perpaduan dan penyatuan Umno dan PAS sejak kebelakangan ini.

Pakatan Rakyat yang menurunkan calon PAS memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada penguasaan BN pada pilihan raya kecil Januari 2009.

Malah Nik Aziz berkata, beliau tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan Umno kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Malah Nik Aziz mengulangi bahawa Umno terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

“Bila dah kalah baru cari kawan... selepas 13 Mei, (Allahyarham) Tun Abdul Razak datang jumpa PAS, kami ingat ikhlas, sebab saya orang yang paling kuat menerima jemputan (daripada Tun Abdul Razak).

“Tetapi bila sudah gemuk (selesa kedudukan), gigit (tangan PAS)... dia orang (akhbar menulis) PAS keluar (BN), tetapi bukan keluar, tetapi ditendang, macam mana punya wartawan tulis macam itu,”
katanya.

Oleh itu dengan merujuk kepada Umno-BN, tambah Nik Aziz, “kami kenal siapa anda.”

“Orang kata kita bodoh, tak mengapa (kali pertama)... tetapi gigit lagi (tangan PAS), kamu memang bodohlah,” katanya Nik Aziz seolah-olah tidak mahu pengalaman lalu berulang dan mahu mengelakkan kerjasama dengan Umno-BN.

PAS menyertai BN pada 1974 dan kerjasama itu berakhir empat tahun kemudian.

Nik Aziz mengatakan demikian ketika timbul semula idea kerjasama politik antara kedua-dua parti berkenaan.

Antara lain pada 17 Julai lalu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata beliau mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak tidak menyenangi usaha murni beliau itu.

Namun Harussani berkata, beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini, khususnya antara Umno dan PAS.

Harussani berkata terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Bagaimanapun beberapa jam sebelum ucapan Nik Aziz di sini malam tadi, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali mengakui ada menemui Harussani tetapi menafikan pertemuan mereka ada menyentuh soal kerjasama politik antara PAS dan Umno.

Dua hari sebelum kenyataan Harussani itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu, beliau akan menentukan masa yang sesuai untuk pertemuan dengan Nik Aziz bagi membincangkan syor kerjasama Umno-PAS yang muncul sekali lagi awal bulan ini.

“Saya menghargai sikap Datuk Nik Abdul Aziz yang terbuka dalam hal ini,” kata Timbalan Presiden Umno ini selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Jeli, Kelantan.

Muhyiddin berkata kerjasama itu perlu dibincangkan atas permintaan beberapa pihak yang mahukan orang Melayu bersatu kembali.

Nik Aziz juga berkata beliau sedia bertemu dan berbincang dengan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri mengenai “apa juga perkara” tetapi perjumpaan itu biarlah tanpa diatur mana-mana pihak ketiga sebagai orang tengah.- TMI

Ulasan GB

Itu suara Mursyidul Am PAS. Tetapi anihnya ada juga pemimpin PAS yang begitu teruja untuk melaksanakan apa yang dikatakan "perpaduan orang Melayu" sekalipun segan untuk menyebut ungkapan "perpaduan PAS dan Umno".

Lidah yang bercabang digunakan sebaiknya untuk "spin" perkataan supaya tidak nampak ketara tentang Kerajaan Perpaduan yang telah ditolak Muktamar.

Sama fe'el dengan Najib dan UMNO BN yang spin menggunakan hujjah pelarasan subsidi dan seumpamanya untuk menaikkan harga barangan. Yang jelas fenomenanya sama - untuk "menipu" orangramai.

Memang "dia" seorang yang mahir menipu atau memang sejak azali beliau seorang penipu. Dulu sewaktu PR menang di Selangor, dilakukan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin UMNO walaupun tidak ada mandat untuk beliau melakukannya bagi membincangkan perpaduan UMNO PAS. Bila disergah ramai, maka diputarkannya menjadi ..."oh saya mengumpulkan ADUN-ADUN PAS supaya mereka tidak dicuri oleh musuh..."...

Sketsa itu berlaku lagi, kat Hassan Ali:

“Dengan cara ini sistem pengurusan dan pembangunan negeri terus dapat dipertingkatkan.

“Pertemuan saya dengan Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan pada kira-kira dua bulan yang lepas merupakan salah satu daripada ‘engagement’ sedemikian yang dilakukan atas sifat saya sebagai ahli Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab secara langsung antara lainnya portfolio Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu.

“Pertemuan tersebut diatur bagi membolehkan saya meninjau ilmu dan pengalaman beliau secara amali mengurus hal ehwal Islam dan adat-adat Melayu,” katanya.


Dan Mufti Perak pula juga memutarkan lidahnya:

Kata Harussani, kedua-dua mereka tidak membincangkan kerjasama politik Umno dan PAS tetapi mengenai perpaduan orang Melayu di negara ini.

“Kami memang tidak membincangkan langsung pasal kerjasama Umno dan PAS tetapi perpaduan orang Melayu di negara ini kerana kami melihat orang Melayu semakin berpecah... TMI


Walhal sebelumnya Harussani sendiri mengeluarkan kenyataan:

terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.


Seorang mufti dan seorang Pesuruhjaya PAS Negeri rupa-rupanya PENDUSTA.

Dan pendusta-pendusta ini sedang memimpin umat Islam untuk dibawanya ke neraka!

10 ulasan:

Hisyamuddin Che Ali berkata...

Betul tu..perpaduan memg digalakkn, tp perpaduan biarlh berhujah..

Kalau PAS bersatu dgn umno, dan boleh kawal umno dan ubh dasar umno..fine, silakan..

Sy sendiri akan kibarkn bndera umno..

Tp sekrg ni??? Ada ke umno nak berubh..nk kmbali pd islam..nehi..

Bhkn yg terbaru, si ali rustam cdngkan nak buat sekolh pljr mengandung, untuk atasi mslh buang bayi..

Knp umno sampai thp tu..knp tak umumkn nk lksanakn hudud? knp tak nak buat..jls mereka sekrg ni sedg sesat..

Dan buat pemimpin PAS, knlh bijak berpolitik...nk kelirukn org umno, sampai ahli pas pun terkeliru juga. Knp x lwn hujah, tp lwn cr meniskus..
PAS perlu berubh, sebelum diubah..

Sorry to say..pas lebih teruk dari parti komponn pr lain..jika isu ug ni tak diselesaikn..Sbb klau pkr dan dap ada yb lompat, tp pas..satu parti nk lompat..x ke teruk nmnya..klau mcmnilh gayanya, jelas Pas xkn lyk selama-selamanya ketuai pr..

Buat ahli pas..bermuhasabalah..kita wala' pd pimpinan./.tp knp pimpinn x wala' pd keputusn ahli..keputusn ijtima dalam muktamar..tolonglh sedar..

Berubh sebelum diubh...biarlh tok guru nik aziz sebgai juruckp kita..buknnya hassan ali atau pas selangor yg jd juruckp..mmg haru-hijau betul..

Nizam berkata...

Salam...

TGNA kata dulu pas kena tipu tak apa sebab pertama kali. Tapi sekarang tak kan nak kena tipu lagi untuk kali yang seterusnya... Begitulah lebih kurang katanya.

Berbalik kepada geng perpaduWANG yang pernah menipu kita dulu. Tak apa... mungkin sebab pertama kali. Tapi sekarang masih cuba nak menipu lagi. Cukup-cukuplah tu... melayu dah lebih 50 tahun dibodohkan oleh umno. Tak kan pas nak sambung agenda umno untuk terus memperbodohkan melayu?

Saya harap TGHH dan team perpaduWANG letak jawatan dengan kadar segera sebelum pas hancur dan hilang sokongan. Kamu semua memang dipilih oleh perwakilan muktamar yang entah berapa kerat tu dengan mudah kamu bodohkan mereka. Pekik saja TAKBIR!!! Maka semua akan ikut terpekik TAKBIR serupa perwakilan umno pekik hidup melayu... Entah apa yang kamu semua pekikkan pun kamu sendiri tak faham.

Janganhina ulama? Benar... ulama adalah pewaris Nabi. Tapi adakah kamu semua ulama? Siapa yang beri iktiraf? Adakah kamu semua mengiktiraf sendiri diri kamu semua ulama? Adakah ulama boleh berbohong pada ahli mereka tiada pertemuan dalam gelap tapi pak lah kata ada?

Ketika kamu semua masih bertaraf ustaz sebelum bergelar YB & YAB, dalam kuliah kamu semua sering ada mengatakan "Ciri-ciri orang MUNAFIK ialah apabila bercakap ia DUSTA. Orang MUNAFIK tidak terpakai kesaksiannya". Bila kamu semua berdusta tentang pertemuan selepas 8 Mac adakah kamu semua tidak termasuk dalam golongan yang kamu sendiri sebut dalam kuliah kamu?

Jika ciri-ciri tersebut di atas ada pada kami semua, tidaklah menghairankan bagi umum. Tapi ia ada pula pada golongan yang menggelarkan diri mereka ulama yang tidah boleh dihina. Tolonglah jangan tipu kami semua. Kami dari golongan sekular yang lahir sejak umno memerintah inginkan perubahan ke arah Islam yang lebih baik. Jangan sampai nanti ada orang kata presiden pas sama atau lagi teruk dari presiden umno.

Cukup-cukuplah tu. Letak saja jawatan jika tiada upaya memimpin ummah terutama orang macam kami yang hardcore yang baru nak kenal apa itu Islam yang sebenar...

Tanpa Nama berkata...

salam, saya dah tahu bahawa ada musang celah pokoktu, dan pada penyokong PAS terutama negeri selangor,, hassan ali kita kena singkir bersama dengan orang yang dia bawatu, dulu sekali dan kini sekali saje,, dulu nak singkirkan MB selangor, oleh itu saya rasa hasan ali ni seorang yang tamak dan mata duitan, bukan macan TGNA, US AZIZAN, LGE.. fikirlah peyokong pas selangor

Tanpa Nama berkata...

bagus juga UMNO nak perpaduan, boleh bubar dan semua masuk PAS, barulah ikhlas.

Matketor berkata...

Mereka UBN, juak juak, katak katak, dan dah termasuk baru baru ni ulamamak..bukan saja dah sesat..malah menyesatkan..bila dah sesat tu faham faham ajelah..yang haram pun jadi halal..kalau bab menyesatkan berkumandanglah segala pembohongan dan fitnah dalam media juak juak yang dari dulu dah sesat..memang dah sesat-larat mereka mereka ni..payah nak cari jalan balik ni..bravo TGNA, andalah ulama sebenar di jiwa rakyat marhaen!!!!

blogenstarz berkata...

To Hishamudin Che Ali:
I have no words to say at all.
But i undestand whats is going on.
Right to say that your comment is very understanding and touching.
To all PAS suppoters,You have a chance to say something without feel guilty....

Tanpa Nama berkata...

Puak UG ni memang jahat dan munafik kelas tertinggi....

di Trengganu dan Selangor cukup main banyak golongan ni...

mat bosan berkata...

Sokong cadangan Nizam.Tak payah nak tunggu Muktanmar Tahun depan.Takut terlambat dan khuatir kerosakannya akan lebih parah.2/3 ahli PAS Pusat,jika bersetuju,sudah boleh adakan Muktamar Khas untuk pecat Geng UG ni.Tunggu apa lagi.

hussin berkata...

oh muktamar khas, lagak mu persis bulan purnama yang hanya mampu dilhat tetapi tidak boleh dicapai!

bagaimana keindahan bulan purnama dapat mententeramkan jiwa begitu jugalah muktamar khas, insya Allah.

bagaimana awan2 hitam boleh memalapkan bulan purnama, begitulah juga peranan virus ug di dalam pas!

mengharapkan muktamar khas macam pungguk rindukan bulan. bulan pula tidak akan jatuh ke riba...

Tanpa Nama berkata...

kesian umat islam zaman ini yang bercakaran kerana politik.. ada usaha yang baik untuk bersatupadu tapi macam2 dikatakan.. mari sama2 kita bertaubat..