Interpol tolak notis keluarkan 'amaran merah'
KUALA LUMPUR 5 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah memohon bantuan polis antarabangsa (Interpol) mengeluarkan notis 'amaran merah' terhadap pengendali laman portal 'Malaysia Today', Raja Petra Kamaruddin namun ditolak, Januari lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menjelaskan, tindakan ini menyukarkan PDRM untuk memburu dan menahan Raja Petra yang kini dipercayai berada di United Kingdom (UK).
"Kita tidak boleh sewenang-wenangnya pergi ke negara orang untuk buat tangkapan, undang-undang sesuatu negara itu perlu dihormati.
"Justeru, kita meminta bantuan Interpol untuk berbuat demikian dengan mengeluarkan notis 'amaran merah' terhadap Raja Petra namun ia ditolak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Musa mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang hari ini secara terbuka mempersoalkan tindakan dan keupayaan risikan pasukan polis dalam usaha memburu Raja Petra.
Dalam pada itu, jelas Musa, adalah tidak benar jika ada pihak yang beranggapan bahawa polis mengambil remeh dalam isu ini.
"Meskipun gagal mendapat bantuan Interpol, PDRM tidak akan lepas tangan sebaliknya akan tetap mencari ikhtiar dan alternatif lain," ujar beliau.
Ditanya mengenai perintah ekstradisi terhadap Raja Petra, katanya, perkara itu perlu dirujuk kepada pejabat Peguam Negara kerana ia merupakan bidang kuasa pihak berkenaan.
Sementara itu, di lobi Parlimen, Khairy berkata, pihak berkuasa sepatutnya berupaya menjejaki Raja Petra kerana individu itu sering menghadiri program-program di sekitar UK terutama di London dan jadual mengenainya ada disiarkan di Internet.
Khairy mengutarakan perkara itu kerana mendapati Raja Petra telah berucap pada satu majlis dikenali sebagai "Friends of Pakatan Rakyat" di London semalam.
Katanya, jadual mengenai ucapan Raja Petra pada majlis tersebut telah pun diuar-uarkan di laman web Malaysia Today sejak Jumaat lalu.
"Risikan yang saya dapat ini diperolehi di Internet, bukan daripada Scotlandyard atau polis antarabangsa (Interpol) jadi kenapa tiada tindakan?" katanya.
Ulasan GB
Interpol pun cuba hendak diperdayakan oleh PDRM. Inilah taraf polis di Malaysia, sesuka hati nak tangkap dan nak heret orang, hanya semata-mata kerana nak mengampu UMNO BN, hanya semata-mata nak kejar pangkat.
Raja Petra bukannya pengganas, bukannya pembunuh, bukannya penyamun....Sekadar seorang blogger, itupun UMNO dan PDRM tak senang duduk....
Saya rasa Musa Hassan, Hishamuddin Tun Hussein dan Najib sendiri nanti yang akan dicari Interpol...sebab banyak songelnya suruh tahan sianu dan sianu.
Polis yang membunuh di dalam beberapa kes selama ini masih terlepas....

4 ulasan:
baru padan muka KPN... selama ini ikut telunjuk UMNO hingga terabai undang2... tapi sudahnya UMNO menyalahkan semula Polis tak buat kerja... Nasib kau la Polis...
kau patut buat kerja kau, usah terpedaya dengan unsur2 dari luar yang akhirnya terjerat diri sendiri...
berapa ramai pembunoh di malaysia yang dibela... dunia mereka2 ini dibela tapi akhirat nanti tidak akan ada sesiapa pun yang akan membela mereka.... Allah sentiasa menyaksikan kezaliman dan kekejaman yang mereka lakukan kepada manusia lain.... tipulah sesuka hati... tapi ingat.... ALLAH TIDAK SIAPA PUN BOLEH MENIPU. SESUNGGOHNYA ALLAH TIDAK AKAN PANDANG PADA MEREKA2 YANG DURJANA INI... TUNGGULAH.....
Usha Polis Malaysia nak tangkap Raja Petra yang berada diLondon sebenarnya sekadar melepaskan batok ditangga saja.Kalau Raja Petra ditangkap(*kalaulah) bermakna dia wajar dihadapkan kemahkamah.Ini yang cuba dielakkan oleh Najib.Dimahkamah semua kekotoran akan didedahkan.Boleh tahan ke? Jadi polis pun turut sama main lampu ajaib.Lihat apa yang berlaku pada Badan Pencegah rasuah yang nak hantar pegawai keLondon untuk siasat Raja Petra.Baru kena sergah Raja Petra,dah tak berani nak hantar pegawai keLondon - cuma hantar soalan-soalan saja.Begitu gagah Raja Petra Kamaruddin sebab dalam sakunya ada sesuatu yang dapat menjatuhkan kuasa pihak yang berkuasa diMalaysia.
Awat depa ingat INTERPOL tu macam PDRM? Orang nak tahan orang pun berdasarkan bukti kukuh, bukan cerita main masak-masak macam budak kecik.
Tengok depa, masing-masing dok keluar kenyataan yang lari dari tajuk. Orang putih jahat tapi ikut peraturan / perundangan. Kita orang Melayu baik tapi tak tahu dan tak mahu ikut perundangan. Siapa yang jahat sebenarnya?
Catat Ulasan