Pemuda MCA: Kami terpaksa turun kereta seandainya...
Kenyataan Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi bahawa MCA dan Gerakan adalah penumpang Barisan Nasional amatlah menyedihkan. Ramai lagi pemimpin dalam UMNO yang mempunyai pemikiran ketinggalan zaman sehingga hari ini.
Ketua Pemuda MCA Bahagian Petaling Jaya Selatan, Sheah Kok Fah berkata, gagasan 1Malaysia oleh Perdana Menteri Najib Razak menuntut rakyat untuk mengikis konsep perkauman, menyumbang kepada negara tanpa mengira kaum, dan membawa Malaysia untuk meluncur di landasan ke arah negara maju.
Namun demikian, apa yang mengecewakan, ramai lagi pemimpin UMNO yang masih kekal dengan pemikiran kuno, mengagih mengikut kuota, malah melihat isu negara dari perspektif hegemoninya, iaitu UMNO adalah big brother, kata Sheah Kok Fah.
Beliau menambah, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber semula jadi. Tetapi, langkah kemajuan negara terbantut kerana dibelenggu dengan pelbagai sistem yang ketinggalan zaman. Lebih-lebih lagi, sesetengah negara seperti Singapura, China dan sebagainya telah jauh meninggalkan kita dalam tempoh 10 tahun kebelakangan.
Sheah Kok Fah berkata, logik Ahmad Zahid dan ramai lagi pemimpin UMNO yang menuntut agar kuota perkauman diaplikasikan dalam pelbagai perkara di Malaysia, merupakan sesuatu yang menongkah arus zaman.
"Gagasan 1Malaysia oleh Najib menaruh harapan agar perubahan berlaku. Tetapi sistem yang lama ini masih kekal, malah pemikiran yang kuno masih berlegar dalam minda pemimpin UMNO. Secara jujur, ekonomi Malaysia bagaikan kereta lembu yang lapuk, amat susah untuk berjalan jauh."
Sheah Kok Fah menegaskan bahawa MCA bukan penumpang, dan tidak pernah MCA tertinggal (atau tidak hadir) dalam pembangunan Malaysia.
"Seandainya pemimpin UMNO terus mengeluarkan kenyataan yang tidak elok ini, maka MCA terpaksa turun dari kereta kelak. UMNO pula akan susah untuk bersendirian."
"Kami harus sedar, dalam senario pada hari ini, mana-mana parti politik akan gagal untuk menang di kawasan pilihan raya hanya dengan sokongan satu kaum. MCA semestinya memerlukan sokongan undi Melayu, dan parti politik lain seperti PKR, DAP, PAS juga memerlukan undi Melayu. Keadaan yang sama untuk UMNO yang juga memerlukan sokongan undi Cina di banyak kawasan pilihan raya."
"Mungkin saya perlu berkata, mana-mana parti politik yang ingin memerintah, memerlukan sokongan undi orang Malaysia, sama ada undi Cina, undi Melayu atau undi India."
"Kalau kami (MCA) terus menerima layanan UMNO yang mengada-ada, mengapa tidak kita turun kereta?" -MR
*Pandangan oleh Sheah Kok Fah selaku Ketua Pemuda MCA Bahagian Petaling Jaya Selatan, diterjemahkan dari teks asal dalam bahasa Cina.
Ulasan GB
GB dah kata berulang-kali: nyawa UMNO BN sudah dekat sampai di penghujung jalan...

4 ulasan:
Salam GB & 4 all.
biarkan silunlai dengan labu-labunya.
sememangnya umno adalah parti perkauman,berlagak kononnya dialah parti terkuat tanpa sedar bahawa tanpa sokongan cina,india & lain-lain takkan dia jadi pemerintah.Ayuh!! apalagi nak ditunggu lagi wahai mca,mic angkat kaki drpd parti biend yang karut marut & berfikiran kuno.Sesungguhnya tiada maruah dan harga diri jika masih kekal menyokong parti cap dacing.Hasad Dengki,Hati Busuk,Riak,Takkabur,Ego adalah ramuan Parti cap dacing(ayam).
Kalau baca statement pemuda mca dengan semangat PERKOSA memang ada rasa marah sebagi orang melayu tetapi kebenarannya kalau diberi 80% kuota melayu pun saya kira melayu tidak akan maju selagi dipimpin oleh umno. Dah lebih 50 tahun melayu diberikan tongkat, dipimpin oleh melayu, bernaung di bawah raja-raja melayu, tinggal di tanah melayu, kakitangan kerajaan juga ramai melayu. Tapi melayu masih hidup susah. Salah pembangkan atau salah pemerintah atau salah orang melayu itu sendiri.
Tunggu apa lagi..tinggalkan sahaja UMNO
Melayu pun dah tinggalkan UMNO, bodoh punya MCA...
Catat Ulasan