28 Jul 2010

Kepala Lembu: Penganut Hindu Kecewa Keputusan Mahkamah

Hukuman Ringan, Pengganut Hindhu Kecewa

Persatuan Malaysia Hindhu Sanggam menganggap keputusan Mahkamah Sesyen Shah Alam yang meminda pertuduhan terhadap 12 tertuduh yang terlibat dalam demontrasi kepala lembu pada 28 Ogos tahun lalu, menghampakan penganut Hindu.

Setiausahanya, Baskaran Masilamany kesal kerana mahkamah hanya menjatuhkan hukuman ringan sedangkan ia adalah isu besar dan menyentuh sensitiviti antara kaum dan agama berikutan pertukaran pertuduhan.

“Memang ini isu yang sensitif,” kata Baskaran.

Suka atau tidak, Baskaran dan seluruh penganut Hindu yang terkilan dengan demontrasi yang menghina haiwan suci agama mereka, terpaksa akur dengan keputusan mahkamah.

“Itu keputusan mahkamah dan itu bukan keputusan awam. Saya tidak boleh komen keputusan mahkamah kerana mahkamah yang membuat pengakhiran keputusannya,” katanya.

Pun begitu, beliau berharap insiden seumpama itu tidak berulang sekalipun mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kepada 12 tertuduh berkenaan.

“Masalahnya kita tidak mahu di dalam negara kita ada apa-apa pergaduhan antara kaum atau agama. Kita mahu hidup dengan aman, kalau ada masalah, kita perlu berbincang dan selesaikan masalah tetapi ini adalah sesuatu yang dia orang tidak patut buat bawa kepala lembu macam ke pejabat setiausaha ini,” katanya.

Beliau bagaimanapun bersetuju dengan pandangan Hakim yang menasihati semua tertuduh supaya tidak melalukan sebarang perbuatan secara terburu-buru.

“Saya berasa di Malaysia ini bukan satu bangsa dan agama sahaja. Memang kami mengaku semua agama boleh membuat perayaan tersendiri, kita hidup dengan aman. Kita perlu membuat pengakhiran dan jangan timbul lagi apa-apa hal boleh bincang,” katanya. -TVS


12 Tertuduh Tunjuk Perasaan Kepala Lembu Akhirnya Mengaku Bersalah

12 individu yang didakwa mencetuskan ketegangan agama melalui tunjuk perasaan kepala lembu pada 28 Ogos tahun lalu hari ini mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan.

Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Hasbi Hassan menjatuhkan hukuman RM1,000 atau satu bulan penjara ke atas setiap seorang daripada mereka.

Hakim Hasbi juga menghukum seorang daripada individu berkenaan, Eyzva Ezhar denda RM3,000 dan seminggu penjara atas kesalahan membawa kepala lembu.

Bagaimanapun oleh kerana Eyzva kini sedang menjalani hukuman kesalahan lain di Penjara Sungai Buloh, Hakim mengarahkan tertuduh memulakan hukuman penjaranya mulai 4 Ogos ini.

Sementara, Mohd Azmir Mohd Zain yang dituduh membawa dan memijak kepala lembu didenda RM3000 dan sekiranya gagal membayar akan dipenjara selama tiga bulan.

Empat lagi tertuduh, Ibrahim Sabri, Ahmad Mahayuddin Abd Manaf, Mohd Hilmi Ni dan Ahmad Shuhairi dilepaskan tanpa dibebaskan bagaimanapun tetap perlu membayar denda RM1000.

Hakim membuat keputusan ini selepas Peguam, Afifiudin Hafifi memohon hakim meringankan hukuman terhadap kesemua tertuduh memandangkan mereka mengaku bersalah dan sudah insaf di atas perbuatan mereka itu.

Menurut pendakwa pada 28 Ogos tahun lalu kesemua tertuduh melakukan kesalahan bagi mencapai niat bersama dengan sengaja melukakan perasaan penganut agama Hindhu dengan membawa dan memijak kepala lembu di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kira-kira jam 2.30 petang.

Mereka bertindak demikian kerana tidak berpuas hati atas cadangan kerajaan negeri mahu membina kuil di Seksyen 23, Shah Alam.

Hakim Hasbi mahu kesemua tertuduh menyedari perbuatan mereka menjejaskan kepentingan awam. Oleh itu mereka seharusnya mempertimbangkan pendekatan yang praktikal dan holistik dalam menangani isu sensitif seperti ini.

Pendakwaraya bagi kes ini ialah Ishak Mohd Yusuf dan tertuduh dibela oleh Afifudin Hafifi.


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

S/U Persatuan Malaysian Hindu Sanggam kena faham siapa mereka ini.Mereka ni adalah gulungan "The Untouchable",sebab itu mahkamah gunakan undang-undang yang berbeza,dari undang-undang rakyat biasa.

Tanpa Nama berkata...

Itu mufti kasi condemn itu hindustan punya tuhan mata berkilat: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/harussani-syor-tubuh-sekolah-khas-remaja-hamil-bukan-penyelesaian/

Tapi itu mata berkilat tak suruh itu remaja kecil kecil kasi taruh baby dalam perut.

mufti umur naalu sudah boleh hafal semua menteri punya nama??? anaan ingat nabi punya nama saja dia tau..... patutlah...

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya puak2 yg terlibat dijathkan hukuman sepuloh tahun penjara kerana secara tak langsung terlibat dengan kes menghina islam.

Tanpa Nama berkata...

Gulungan ini tak faham akan implikasi perbuatan mereka.Perbuatan mereka boleh mencetuskan pergaduhan antara kaum dan melaga-lagakan antara pengikut pelbagai agama dinegara ini.Ini bukan macam kes curi telor ayam,malah ini kes serious.Mahkamah wajar menjatuhkan hukum berat sebagai pengajaran agar perbuatan jijik ini tidak diulangi oleh mana-mana pihak masa depan.Kalau ini mainan politik,sah ianya politik kotor.

Tanpa Nama berkata...

Pindaan pertuduhan dibuat oleh Pejabat Peguam Negara. Mahkamah tiada kuasa untuk meminda pertuduhan. Mahkamah terikat kepada hukuman yang terdapat dalam peruntukan tuduhan pindaan tersebut. Tetapi hakim boleh mengenakan hukuman maksimum misalnya penjara. Jadi perkara ini perlu ditanya kepada Gani Patail selaku Peguam Negara, kenapa offer OKT dengan tuduhan pindaan yang lebih ringan.