28 Jul 2010

Umno-BN Bawa Orang Melayu Kembali Ke Zaman Jahiliyah

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menganggap idea yang dibawa oleh Ketua Menteri Melaka dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mengatasi masalah sosial sebagai dangkal dan bodoh.

Azan berkata pemimpin Umno-Barisan Nasional tidak lagi mampu mencetuskan idea baru dalam dunia era digital yang serba canggih dan moden tetapi sebaliknya mencerna pemikiran yang membawa rakyat khusunya orang Melayu ke zaman kegelapan jahiliyah.

Beliau merujuk kepada cadangan Datuk Seri Ali Rustam agar diwujudkan sekolah perempuan mengandung bagi mengatasi masalah buang bayi.

"Ini menunjukkan kebodohan politik pemimpin Umno yang menggalakkan lagi perbuatan keji ini. Kalau dulu orang kutuk perbuatan seperti mengandung anak luar nikah akibat perbuatan seks rambang, Ketua Menteri Melaka pula seperti memberikan galakan.

"Umat Islam negara ini seharusnya menolak Ali yang dilihat memberikan kenyataan yang menjijikkan," ujarnya.

Begitu juga idea yang memalukan oleh Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya suntikan pangkal rahim diberikan kepada remaja perempuan bagi mengelakkan barah rahim akibat mengadakan seks rambang.

"Ini membuktikan pendekatan yang digunakan pemimpin Umno-BN jauh menyimpang dari landasan, tidak kena cara dan polisinya.

"Perbuatan yang sepatutnya dicegah, tidak dicegah tetapi diberikan ubat untuk mengelakkan penyakit daripada perlakuan sumbang itu."Mereka menggunakan pendekatan kufur seperti di zaman kegelapan Jahiliyah," kata Azan sambil menyifatkan tindakan Umno-BN yang merasuah orang Melayu sama seperti zaman jahiliyah.

Tambah Azan, aApa dikesalkan adalah ulama Umno seperti Tan Sri Harussani Zakaria tidak pula bersuara malahan menyokong perkara yang menganjurkan orang Melayu kembali ke zaman jahiliyah.

Beliau turut mencabar kerajaan Umno-BN khususnya Shahrizat supaya mengeluarkan maklumat dan statistik tentang berapa ramai remaja perempuan yang membuang bayi di klinik swasta akibat perbuatan seks rambang dan luar nikah. -SK

5 ulasan:

Awanama berkata...

pemimpin umno dari dulu kini dan selamanya membawa ajaran songsang,kalau dulu mereka tak mahu laksana undang2 islam takut huruhara,kini nak ujudkan sekolah untok perempuan mengandung,cuba semak berapa ramai perempuan yg mempunyai saumi buang bayi dan berapa pula perempuan tak bersuami buang bayi,kumudian kita boleh buat kesimpulan nak diujudkan sekolah tersebut untok siapa,agaknya inilah buah fikiran hasil dari islam hadhari.

Awanama berkata...

pemimpin umno dari dulu kini dan selamanya membawa ajaran songsang,kalau dulu mereka tak mahu laksana undang2 islam takut huruhara,kini nak ujudkan sekolah untok perempuan mengandung,cuba semak berapa ramai perempuan yg mempunyai saumi buang bayi dan berapa pula perempuan tak bersuami buang bayi,kumudian kita boleh buat kesimpulan nak diujudkan sekolah tersebut untok siapa,agaknya inilah buah fikiran hasil dari islam hadhari.

Awanama berkata...

masaalah buang bayi adalah kerana kelemahan pentadbiran BN

Awanama berkata...

Siapakah yang mengalakkan maksiat dinegara ni?Pesta Hiburan pada setiap hari perayaan,distadium,dipadang dan ditempat-tempat lapang.Lihat rancangan TV,hiburan,hiburan,hiburan.Ini semua nasihat dari APCO(Zionist)yang mau merosakkan muda-mudi Melayu/Islam.Perancangan Zionist ini sudah dirangka dan dirancang lama,kerajaan BN sudah termakan umpan.Ini Ali Rustam tak tau.Sekarang guru pulak sudah boleh berpolitik,semakin hancurlah murid-murid sekolah.UMNO tak kisah asalkan terus berkuasa.

anak kedah berkata...

Saya cadangkan KITA minta SAIPOOL bersumpah seperti dahulu di mana2 masjid untuk menafikan dia tidak melakukan hubungan dengan Farah tu..

dulu kan beria-ia sangat nak jadi sesumpah.nah kini majlis sumpah ke2.Mana pimpinan UMNO boleh ja taja majlis tu.Pimpina