8 Jun 2010

SUHAKAM Hanya Penghabis Wang Pembayar Cukai

Pengerusi Eksekutif Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDHL), Kementerian Luar Tan Sri Hasmy Agam hari ini dilantik sebagai Pengerusi baru Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengumumkan pelantikan anggota-anggota baru Suhakam, iaitu Muhammad Sha'ani Abdullah, Profesor Datuk Dr Khaw Lake Tee, James Deva Nayagam, Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi A.Majid, Jannie Lasimbang dan Detta anak Samen.

Pelantikan itu untuk tempoh tiga tahun berkuatkuasa pada 26 April lepas, menurut Perdana Menteri dalam kenyataan akhbar beliau kepada Bernama di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata menurut subseksyen 5(2) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597), Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan anggota Suhakam tersebut.

"Selaras dengan subseksyen 6(1) Akta 597, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan Tan Sri Hasmy Agam dilantik sebagai Pengerusi Suhakam," katanya.

Pengerusi Suhakam sebelum ini ialah bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman. -BERNAMA

Ulasan GB

... Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhkam) hanya gah pada nama tetapi tiada “taring”.

Kita tidak memerlukan “Suhakam” yang kerjanya sekadar menerima aduan dan membuat cadangan tetapi selepas itu laporan tahunannya yang dikemukakan ke Parlimen dibakulsampahkan.

Nazri telah menjelaskan sebelum ini memang kerajaan tidak berhasrat memberi Suhakam “taring”, memadai dengan tugas dan bidang kuasanya yang terhad itu.

... Kita tidak perlukan “Suhakam” yang hanya membuang masa rakyat berhimpun dan menghantar memorandum. Tidak wajar ditubuhkan sebuah badan yang hanya menghabiskan wang pembayar cukai!

Kita mahukan sebuah badan, yang bergerak bebas, adil dan tanpa gentar.


Tiada ulasan: