Lesen judi sukan: Akar umbi Umno mulai gelisah
Bibit-bibit protes mula kedengaran hari ini daripada kem penyokong kerajaan berhubung isu pemberian lesen judi sukan.
Tentangan tersebut mula dikesan pada satu sidang mesyuarat cawangan Umno di Teluk Intan yang mengusulkan supaya kerajaan menarik balik pemberian lesen tersebut.
Usul tersebut dikemukakan oleh seorang pemimpin akar umbi, Yuzaile Yusof ketika mesyuarat Umno Cawangan Lorong Masjid, Teluk Intan pada 22 Mei lalu.
Yuzaile berkata, pergerakan pemuda Umno sebelum ini tidak mampu untuk menepis isu judi kerana ia sememangnya memberi kelebihan kepada golongan yang bukan penyokong BN.
"Keadaan begini memberi ruang kepada (pro-Pakatan Rakyat) untuk bersuara.Jadi pemuda Umno tidak boleh menepis isu ini, sebab judi sememangnya haram walaupun lesen itu sah atau tidak," katanya.
“(Jadi) kami menggesa agar kerajaan menarik balik lesen judi bola sepak," kata Yuzaile yang juga ketua pemuda bahagian Teluk Intan.
Katanya lagi, selain isu judi, mesyuarat cawangan kali ini dilihat tidak mengandungi banyak perkara berbangkit untuk diutarakan.
Ini disebabkan, cawangan-cawangan lain masih tidak menyerahkan usulnya ke mesyuarat negeri, katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Mesyuarat tahunan peringkat cawangan itu bermula Sabtu lalu di seluruh negara hingga 15 Jun depan.
Ini akan diikuti dengan persidangan perwakilan bahagian serta sayap Wanita, Pemuda dan Puteri dalam tempoh bermula 16 Jun dan berakhir 16 Julai sebelum perhimpunan agung dari 28 hingga 30 Oktober depan.
Ulasan GB
Seingat GB cuba dua orang mufti yang tampil untuk menyatakan dengan berani bahawa langkah kerajaan menluluskan judi itu adalah salah di sisi agama.
Manakala mufti-mufti lain membisu. Begitu juga JAKIM.
Perlu dimaklumkan bahawa rakyat melihat kebisuan mufti-mufti dan JAKIM terhadap isu tersebut sebagai sesuatu yang mendukacitakan dan mereka yang membisu itu tidak lain dari kalangan yang bernama "syaitan bisu" - satu gelaran yang diberikan oleh Rasulullah terhadap ulamak-ulamak yang berdiam diri terhadap kesalahan yang dilakukan oleh pemerintah.
Mufti-mufti, Majlis Fatwa Kebangsaan dan JAKIM akan terus menjadi institusi yang tidak akan dihormati oleh umat Islam di negara ini apabila terus-terusan mendiamkan diri terhadap kemunkaran yang berlaku secara terang-terangan yang dilakukan oleh pemerintah.

4 ulasan:
bukan syaitan bisu,cuma dalam kekenyangan spt lembu kenyang.
Dia orang ni tau tangkap khalwat jer......tunjuk taring kat rakyat yang lemah dan mengaibkan orang yang kena tangkap khalwat.....
Mesti kena jadi syaitan bisu kerana kena jaga jawatan dan pulus walaupun judi bertentangan dengan agama sendiri. Pulus dan jawatan lebih penting dari segala2nya. Mereka semua lebih takut kepada Najib daripada tuhan. Begitulah sebabnya mereka jadi syaitan bisu..
BUAT DEMO MACAM DEMO BERSIH...KUMPULKAN RATUSAN RIBU DI PEJABAT JAKIM. KITA BERDEMO DGN JAKIM SYAITAN BISU PULA. ZULKIFLI NORDIN DAH JADI BAPAK SYAITAN BISU & BIOL
Catat Ulasan