18 Mei 2010

Najib, Bapa Judi Ditentang Banyak Pihak

Perhimpunan Bantah Lesen Judi 3 Julai

KUALA LUMPUR 18 Mei - Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan besar-besaran 3 Julai depan bagi membantan tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia bermula Jun ini.

Satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong juga akan diserahkan pada himpunan tersebut.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata, himpunan tersebut akan bermula di masjid negara sebelum bergerak ke Istana negara.

"Pada himpunan tersebut, kita akan menyerahkan memorandum kepada Tuanku, agar mendesak kerajaan menarik balik kelulusan lesen judi yang telah diberikan," katanya kepada Harakahdaily selepas mesyuarat dewan harian Pemuda PAS Pusat petang ini.

Biarpun menerima kritikan hebat dari pelbagai pihak, kerajaan awal bulan ini tetap meneruskan hasrat meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya yang dimiliki Tan Sri Vincent Tan.

Menurut Nasruddin lagi, sebelum himpunan besar itu, satu himpunan serentak di seluruh negara akan di adakan pada Jumaat, 21 Mei ini di masjid negeri masing-masing.

Ianya akan disusuli dengan penyerahan memorandum kepada mufti negeri masing-masing bagi tujuan sama.

"Bemula hujung Mei hingga ke penghujung bulan Jun, kita juga akan menggerakkan usaha untuk menyerahkan memorandum kepada mufti di setiap negeri dan menggesa mereka membawa kepada Majlis Mufti agar mendesak kerajaan membatalkan kelulusan lesen judi itu," tambahnya lagi.

Sepanjang tempoh menjelang himpunan 3 Julai itu juga, dewan pemuda PAS katanya akan mengadakan roadshow ke seluruh negara bagi memberi penjelasan berhubung tindakan kerajaan itu.

"Sepanjang Jun ini, kita akan turun ke setiap negeri bagi memperjelaskan implikasi judi kepada rakyat negara ini dan menyeru mereka agar tidak terlibat dalam kancah perjudian tersebut," jelasnya. -Harakahdaily


Kerajaan Didesak Batal Lesen Perjudian Bola Sepak

KUALA LUMPUR 18 Mei - Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat Umno (PAKKU) mendesak kerajaan membatalkan serta merta lesen perjudian bola untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat dewan tertinggi pertubuhan itu yang dipengerusikan presiden Tan Sri Adam Abdul Kadir dan dihadiri beberapa anggota lain antaranya bekas Menteri Pertanian Tan Sri Sanusi Junid dan bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Tan Sri Sabbaruddin Chik, kata naib presiden Tamrin Ghafar dalam kenyataan di sini hari ini.

Berjaya Corp dilaporkan telah menerima kembali lesen perjudian sukan.
Pada 6 Mei, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen berkenaan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini. -Bernama




JIM P.Pinang Kesal Kerajaan Beri Lesen Judi Bola Sepak Piala Dunia

PULAU PINANG 18 Mei - Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Pulau Pinang mendesak kerajaan menarik balik lesen konsesi berbilion ringgit kepada Kumpulan Berjaya Corporation bagi mengendalikan pertaruhan judi bola sepak sempena Piala Dunia 2010 Jun ini.

Yang Dipertuanya Mohd Taufek Abdul Rahman berkata JIM bimbang aktiviti perjudian akan meningkatkan gejala sosial, jenayah dan ketagihan judi dalam kalangan masyarakat terutama golongan muda.

Katanya JIM berharap kementerian prihatin dengan kesan yang telah, sedang dan bakal timbul kepada rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah.

"Kita juga khuatir aktiviti meminjam daripada ceti haram seperti ah long akan berleluasa ketika Piala Dunia kerana orang ramai meminjam wang untuk berjudi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung sebelum ini dilaporkan sebagai berkata bahawa Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan judi bola sepak pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010. -Bernama




6 ulasan:

mat bosan berkata...

Ketua Pemuda PAS ni tak faham-faham dan tak reti-reti.Kalau buat satu demo diKL,belum sempat nak melangkah keIstana Negara,polis sudah sembur dengan air asid dan munkin ramai yang akan kena belantan.Bukankah Sultan-Sultan dan Raja juga menjadi Ketua Agama dinegeri masing-masing,mengapa tak buat demo serentak diseluruh negara dikelolakan oleh Pemuda PAS Negeri? Dengan cara ini kekuatan polis akan terbahagi dan berpecah.Kata orang interletual,gunakanlah otak sikit,jangan buat kerja tu ikut semacam saje.

Martoiriat berkata...

Cakap Negara ini, negara Islam, tapi Umno luluskan lesen judi. Pemimpin dan pemudanya diam tanpa bersuara dan protes. Jika direnung, rupanya Umno berjuang hanya bertopengkan Islam. Mana suara2 Mufti Umno? Semuanya tutup mulut untuk jaga periuk nasi dan pulus. Begitu dangkalnya pemimpin2 dan pemuda Umno..

Tanpa Nama berkata...

Orang-orang Islam kalau ditegah menyertai judi yang telah diberi lesen akan memohon permit bagi membolehkan mereka menyertai judi itu.

Tanpa Nama berkata...

Diharap pejuang islam tulen en zulkifli noordin dan pejuang melayu tulen brahim turut serta diperhimpunan ini.nak tengok keberanian pejuang2 tulen ini beraksi..

Tanpa Nama berkata...

Biasa lah kalau datuk pun ada share kat genting dulu-dulu..cucu ikut je lah..

kembara putih berkata...

Kenapa yang besar2an 3 julai pula? Lama lagi tu, rasanya isu judi tu dah basi.