18 Mei 2010

Semua Katak Sepatutnya Letak Jawatan Dan Bertanding Semula

Angkatan Muda Keadilan Selangor mendesak Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong dan ahli parlimen yang sebelum ini mengisytihar diri mereka keluar parti meletak jawatan dan bertanding semula atas tiket Bebas. .

Ketua Penerangannya, Mohd Ezli Mashut berkata sikap ahli parlimen terbabit adalah tidak bermaruah kerana mengkhianati amanah dan perjuangan rakyat.

"Tindakan keluar parti oleh Choo Keong ketika pilihan raya kecil Sibu berlangsung merupakan tindakan politik yang dirancang oleh pihak tertentu.

"AMK Selangor menggesa wakil rakyat yang keluar daripada KEADILAN mutakhir ini melepaskan jawatannya segera.

"Mereka ini sepatutnya malu kerana kemenangan tersebut bukan kemenangan individu tetapi keyakinan rakyat kepada perjuangan KEADILAN dan Pakatan Rakyat," tegasnya.

Tambah Ezli, perjuangan KEADILAN dan Pakatan tidak akan lemah dengan tindakan segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan bahkan semakin kuat dengan sokongan rakyat yang semakin kukuh kepada Pakatan dalam PRK Sibu.

"Kemenangan ini adalah langkah bermakna Pakatan Rakyat untuk menawan Sarawak dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak.

"AMK Selangor mengucapkan tahniah atas kemenangan Pakatan di Sibu.

"Ini akan menjadi pembakar semangat untuk Pakatan mengorak langkah ke Putrajaya mendepani arus perubahan dalam agenda "Selamatkan Malaysia"," ujar Ezli dalam kenyataan media tersebut.


AMK Selangor Desak Wee Choo Keong Letak Jawatan Ahli Parlimen Wangsa Maju

Angkatan Muda Keadilan Selangor mendesak Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Wangsa maju segera. Beliau yang menang dalam PRU-12 sewajarnya melepaskan jawatannya dan bertanding semula atas kapasiti bebas kerana rakyat memilihnya atas tiket PKR pada ketika itu.

AMK Selangor yakin tindakan keluar parti Wee Chee Keong ketika saat pilihanraya kecil Parlimen Sibu sedang berlangsung adalah tindakan politik yang dirancang oleh pihak-pihak tertentu. Tindakan sedemikan adalah tidak bermaruah dan memalukan kerana mengkhianati amanah dan perjuangan rakyat.

AMK Selangor juga menggesa wakil-wakil rakyat yang keluar daripada PKR mutakhir ini melepaskan jawatannya segera. Mereka sepatutnya malu kerana mereka menang bukan kekuatan nama sendiri tetapi rakyat memilih kerana yakin dengan perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat.

Perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat tidak akan lemah dan longlai dengan tindakan keluar parti. Sebagai bukti kemenangan Pakatan Rakyat melalui DAP di Sibu adalah petanda rakyat memberi sokongan kuat dan mantap kepada perjuangan Pakatan Rakyat. Justeru kemenangan ini adalah langkah bermakna Pakatan Rakyat untuk menawan Sarawak dalam pilihanraya DUN Sarawak.

AMK Selangor mengucapkan tahniah atas kemenangan Pakatan Rakyat di Parlimen Sibu. Ia menjadi pembakar semangat untuk mengorak langkah ke Putrajaya dalam PRU-13. Kita akan terus mendepani perubahan kerana hanya ini langkah terbaik dan tepat untuk membawa agenda ‘Selamatkan Malaysia’.


Mohd Ezli Mashut
Ketua Penerangan AMK Selangor


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

NAIKKAN KAIN RENTANG /BANNER SELURUH NEGARA DI TEMPAT-TEMPAT YG STRATEGIK MENYATAKAN AGAR SEMUA 'KATAK' MELEPASKAN JAWATAN SUPAYA PILIHAN RAYA KECIL DAPAT DIADAKAN SEMULA.,BIARLAH RAKYAT YG MENENTUKAN.

Tanpa Nama berkata...

saya sokong supaya yang melompat parti tu letak jawatan...mereka ni jgn jadi kacang lupakan kulit....tak sedar diri betul la katak2 ni.....

Tanpa Nama berkata...

diorang ingat kalau lompat ms PRK Sibu,PR akan kalah...tp PR menang!!!!!

x malu ke wooi????????

hahahah!!!!!!!!!!

pasni mesti naik bgnn tinggi2 pastu terjun ke bawah.sebab apa,mana nak letak muka?malu tuuuuu..........hahaha

Tanpa Nama berkata...

Katak-katak tu mana berani nak buat macam tu. Mereka tunggu peluang nak masuk UMNO/BN yang bahteranya dah nak karam tu.

kembara putih berkata...

Kalau dah letak jawatan mana boleh bertanding lagi. Dah undang2nya macam tu