14 Mei 2010

Malu-lalu Katak, Melompat Juga Akhirnya Wee Choo Keong

Tindakan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang mengumumkan keluar sememangnya sudah diduga dan Pilihan Raya Kecil Sibu dilihat sebagai waktu yang sesuai.

Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Fuziah Salleh berkata ahli Majlis Pimpinan Pusat telah memerhatikan gerak-geri ahli parlimen tersebut dan sememang Choo Keong berada di dalam senarai teratas ahli parlimen yang akan melompat.

"Saya ingatkan Choo Keong akan mengumumkan keluar parti semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor tetapi mungkin tawaran semasa itu tidak lumayan maka beliau mendiamkan diri seketika.

"Gelagat Choo Keong yang cenderung mencari salah parti dan komen beliau di parlimen dan di dalam blog bukan untuk kepentingan parti tetapi lebih bersifat kepentingan diri.

"Ini merupakan tindakan terdesak Umno-Barisan Nasional dalam mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen," tegas Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan.

Beliau menambah, tindakan tidak bermoral dan beretika Umno-BN ini didalangi oleh ahli parti yang telah mengumumkan keluar parti sebelum ini.

"Saya yakin ini adalah usaha berterusan pihak tertentu untuk melumpuhkan KEADILAN dan ini mempunyai hubung kait dengan PRK Sibu.

"Saya yakin Choo Keong mendapat habuan yang lebih besar apabila mengumumkan keluar parti ketika Pakatan Rakyat akan menghadapi PRK Ahad ini," katanya kepada Suara Keadilan.

Sebelum ini, bekas pemimpin DAP dan Ahli Parlimen Bukit Bintang ini telah berkali-kali menafikan spekulasi mahu keluar parti.

Dengan keputusan itu, Choo Keong akan menyertai empat rakannya yang sudah pun memperoleh status sebagai Ahli Parlimen Bebas setakat ini termasuk wakil rakyat Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang dipecat Mac lalu. -SK


Wee Cho Keong akhirnya tinggalkan PKR

Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Cho Keong hari ini mengumum keluar dari PKR dan menjadi ahli Bebas.

Dalam sidang media yang diadakan secara tergesa-gesa di pusat khidmatnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Wee berkata tindakannya itu berkuat-kuasa hari ini.

Menurut Wee, beliau meninggalkan PKR kerana kecewa dengan cara parti itu dan kerajaan negeri Selangor dalam menangani skandal pasir menerusi Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Wee juga mengumumkan meletakkan semua jawatan partinya, termasuk ketua PKR Wilayah Persekutuan.

Pada 21 April lalu, Malaysiakini menyiarkan laporan khabar angin yang bertiup kencang bahawa Wee adalah pemimpin PKR yang bakal melompat tetapi beliau enggan mengulas apabila diajukan soalan berkenaan.

Beliau tidak mengesahkan ura-ura itu mahupun menafikannya tetapi sebaliknya berkata wartawan lebih mengetahui perkara berkenaan.

“Anda tahu segala-galanya. Kenapa perlu bertanya lagi? Anda lebih mengetahui, mengapa tidak anda siarkan berita itu terlebih dahulu?” katanya.

Beliau juga menyerang media baru yang dilabelkannya sebagai tidak bertanggung-jawab.

“Saya akan hanya bercakap dengan media tertentu kerana sesetengah media adalah tidak bertangung-jawab,” katanya.

Menurut Wee sesetengah portal berita tidak boleh dipercayai kerana “mereka akan hanya memutar-belitkan kata-kata saya...mereka akan tukar B ke A dan A ke B”. -mk



Ulasan GB

Yang aneh, tidak ada seorang pun yang melompat ini berani untuk kosongkan kerusi untuk melihat sokongan rakyat samada pengundi merestui atau tidak tindakan mereka.

Yang pasti, para pengundi tidak akan memilih mereka lagi.

3 ulasan:

Awanama berkata...

Payah betul bila pemimpin yang diberikan kepercayaan rakyat bekecil hati dan mengkhianati rakyat. Semoga Allah terus membersihkan lagi Pakatan Rakyat dari pemimpin-pemimpin seumpama ini.

Awanama berkata...

sedih... kecewa & takut....

itu saja yang dapat digambarkan ketika ini...

kini rejim LAKNAT umno/apco/bn cuma memerlukan 1ekor saja lagi katak untuk mencukupkan kuota bagi mereka mengganas di parlimen!

& jika ini berlaku... amat malang lah bagi lebih separuh rakyat Malaysia yang telah memberi mandat kepada alhi yang berhormat PAKATAN RAKYAT untuk berjuang menjaga kepentingan mereka di tanah air yang sedang dijajah oleh rejim umno/apco/bn!!!! mandat tersebut kini dikhianati... demi membuncitkan perut mereka sendiri!!!!

& jika ini menjadi kenyataan, maka tiada lagi perdebatan GSt, kenaikan harga gula, minyak, & barang keperluan lainnya & juga pengubahan undang2 termasuk persempadanan semula kawasan pilihanraya... dengan mejoriti 2/3 di parlimen maka semuanya akan diluluskan secara atomatik!!!!!

dalam keadaan kerajaan rejim umno/apco/bn yang belum cukup mejoriti ini pun, rakyat sudah cukup tertekan & sengsara... bayangkanlah jika mereka berjaya menguasai semula mejoriti 2/3 parlimen?

hanya pada ALLAH YANG MAHA ESA sajalah tinggalnya tempat mengadu!

YA ALLAH YA TUHAN SEKELIAN ALAM...
KAU Musnahkanlah rejim umno/bn dari MukaBumi MU ini!

AMIN YARABBALALAMIN....

Awanama berkata...

YA ALLAH YA TUHAN SEKELIAN ALAM...
KAU Musnahkanlah rejim umno/bn dari MukaBumi MU ini!

AMIN YARABBALALAMIN....

marilah kita bersama2 berdoa dan memohon kepada Allah agar dimusnahkan terus puak2 umno dari bumi malaysia ni... nampak gayanya semakin menjadi2 kezaliman, pembohongan, jenayah dan maksiat yang dilakukan oleh bee end. YA ALLAH TOLONGLAH HAMBA2 MU YANG LEMAH DAN TAK BERDAYA DALAM MEMPERJUANGKAN HAK MU YA ALLAH....
ALLAH HU AKBAR.