Kereta ketua polis S'gor yang dicuri dijumpai
Kereta rasmi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang hilang dua hari lalu berjaya dijumpai semula hari ini.
Kereta jenis Perdana V6 berwarna hitam itu ditemui di tepi jalan Prima Damansara, Sungai Buloh pada jam 8.45 pagi oleh anggota polis ketika membuat rondaan di kawasan berkenaan.
Sebuah nota ditinggalkan di atas dashboard keretaa yang berbunyi: "Sorry PDRM tersilap sapu."
Kereta itu dan kandungannya, termasuk beberapa topi polis berada dalam keadaan yang sama sebelum dicuri.
Menurut timbalan pengarah, jabatan siasatan jenayah Selangor, Asst Comm Khaw Kok Chin, polis masih menyiasat sama ada sindiket mencuri kereta terbabit dengan kehilangan itu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Nor Azam Jamaluddin ketika dihubungi Bernama berkata kereta itu kelihatan ditinggalkan dalam keadaan baik, malah nombor pletnya pun tidak diubah.
Menurutnya kereta itu akan dibawa kembali ke Shah Alam.
Pada 6 Mei lalu, kereta rasmi Khalid (kanan) dilaporkan hilang dipercayai dicuri ketika diletakkan di tempat letak kereta di Seksyen 9, Shah Alam.
Ketika kejadian, pemandunya yang membawa kereta berkenaan sedang bersarapan di sebuah restoran manakala Khalid pula tiada di tempat kejadian ketika kecurian berlaku kerana berada di Singapura atas urusan kerja.
Ulasan GB
Kes "kehilangan sementara" kereta rasmi KPN Selangor ini mendedahkan banyak perkara.
1) KPN Selangor yang celupar sejak akhir-akhir ini terutama mempertahankan anggota polis yang menembak remaja bernama Aminul-Rasyid Amzah wajar mengambil iktibar bahawa, bukan saja "kereta" anda boleh hilang, malah jawatan anda juga boleh juga "hilang". - Ada sedakan KPN Selangor ini dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dipecat dari jawatannya kerana isu tembakan Aminul-Rasyid.
2) "Negligence" - kecuaian pemandunya, yang sepatutnya boleh dikenakan tindakan.
3) Tiada butiran tentang ketiadaan KPN Selangor selain dari berada di Singapura atas urusan kerja. Nanti rakyat boleh mencungkil urusan polis apa di Singapura.
4) Mujur kereta itu dipulangkan pencurinya, tetapi ada nota "Sorry PDRM tersilap sapu." Apa ertinya?
5) Kecurian kereta ini nampaknya menjelaskan jenayah "berlaku depan mata" dan di "waktu siang hari" serta "tidak mengenal mangsa". Justeru kenyataan sebelum ini menyatakan kadar jenayah menurun adalah penipuan semata-mata.

5 ulasan:
Kalau rakyat kecurian barang atau rumah dimasuki pencuri, macam-macam sindiran pegawai polis kononnya itu semua kecuaian kita, kononnya negara yang dijaga mereka ini aman. Sekarang kereta ketua polis negeri kena curi, walaupun dipulangkan sekurang-kurang dapat mencalitkan segaris arang di muka PDRM.
Kalau tidak kerana orang yang mengambil kereta tu berstatus pencuri aka penjenayah, mahu sahaja aku ucapkan tahniah... tapi apakan daya kau pencuri... kau tunggu hari jelah untuk dicekup, paling komanpun mati ditembak.
kereta dan motor rakyat dah banyak hilang, polis jaga apa?
Jangan lari dari topik. Ketua Polis Selangor harus letak jawatan kerana mereka cerita parang dalam kereta remaja ditembak mati.
jenayah ni tak jadi kat ahli keluarga depa bolehlah kata kadar jenayah kurang... mcm mana dengan penagih dadah setiap hari bertambah, kes rogol, dera, bunoh, rompak, samun, buang anak, anak luar nikah.... setiap hari berlaku... ini semua angkara terlalu banyak hiburan... yang melalaikan orang melayu yang kononnya mengaku islam.... kalau karaoke tu jgn dikiralah... kat tempat sy ni... selepas habis waktu isyak.... karaoke pun bermulalah... yang cantiknya pusat karaoke ni betul2 bersebelahan dengan masjid.... faham ajelah ajk masjid pun umeno... memang depa ni pun kaki karaoke... tak nak fikir... buatnya tengah berkaraoke Allah cabut nyawa.... dah terlambat
macamana kereta ketua polis selangor pun boleh hilang....tak faham...tak faham...dan tak faham...apa yang diorang buat kerja pun tak tau.....kereta bos pun boleh hilang......
Catat Ulasan