Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menghormati keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertindak memecat Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sebagai ahli parti.
Katanya, MPP PKR itu berhak membuat pemecatan itu dan Pakatan Rakyat Kedah akur pada keputusan yang telah dibuat.
“Itu hak PKR, mereka lebih berhak buat keputusan. Memandangkan Zulkifli adalah wakil rakyat yang mewakili PKR, parti itu lebih berhak membuat keputusan. Saya yakin pentadbiran di sini tidak akan terjejas dengan pemecatan itu kerana beliau hanyalah seorang Ahli Parlimen,” katanya.
Azizan mengulas tindakan MPP PKR, kelmarin yang sebulat suara memecat Zulkifli Noordin sebagai ahli PKR, ekoran tindakan Ahli Parlimen itu membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan kelantangannya membidas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta wawancara yang dianggap keterlaluan disiarkan di TV3.
Azizan berkata, pihaknya sentiasa menghormati setiap keputusan yang dibuat oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat, dan tidak pernah mempertikai keputusan yang dibuat.
Bagaimanapun, Azizan enggan mengulas mengenai desakan MPP PKR yang mahu Zulkifli mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.
Ditanya mengenai pelantikan wakil rakyat Padang Serai, N Gobalakhrisnan yang akan memangku tugas Zulkifli, seperti diputuskan oleh MPP PKR kelmarin, Azizan berkata, pihaknya tiada masalah dengan cadangan itu dan menerimanya dengan hati terbuka.
“Jika benar PKR Pusat telah melantik beliau memangku tugas-tugas Zulkifli di sini, saya tiada masalah dengan pelantikan itu. Saya cuma harap beliau dapat melaksanakan tanggung jawab terhadap rakyat dengan bijaksana,” katanya. -SH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan