10 Feb 2010

Rosmah Kekal Canselor Unisel Sehingga Hujung Tahun - MB

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor masih kekal sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (UNISEL), sehingga hujung tahun ini, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Masih... masih... masih sehingga hujung tahun ini" katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan laman berita web, Malaysiakini, yang memetik Exco Kerajaan Negeri Dr Xavier Jayakumar sebagai berkata bahawa Rosmah tidak akan dilantik semula sebagai canselor selepas tempoh lantikannya tamat Jun ini.

Jayakumar berkata kerajaan negeri belum lagi membuat keputusan tetapi perkara itu telah dibincangkan dengan Menteri Besar secara tidak rasmi.

Abdul Khalid berkata sama ada Rosmah akan dilantik semula atau tidak sebagai canselor universiti milik kerajaan negeri itu, bergantung kepada keputusan lembaga pengarah universiti itu. - BERNAMA

Ulasan GB

Kerajaan PR bukan sebusuk kerajaan UMNO BN, cantas sesuka hati.

Teringat kita kepada Tan Sri Sanusi Joned disingkirkan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa oleh kumpulan Pak Lah kerana Sanusi merupakan orang kuat TDM.

Dia sesama dia juga singkir menyingkirkan.


3 ulasan:

Putra IJ80 berkata...

Quote"Kerajaan PR bukan sebusuk kerajaan UMNO BN, cantas sesuka hati."unquote

...Dan pecaya lah senjata yg.tak busuk ini juga yang akan makan tuan nya satu ketika nanti.,

Coz tak mau belajar dari sejarah.

Tanpa Nama berkata...

Kalau benar Datin Rosmah tidak disambung kontraknya, ianya bukan atas dasar pendidikan semata, tetapi lebih kepada politik sebab Selangor sekarang di bawah pimpinan PR.

Penamatan sesuatu kontrak atau perjawatan adalah amalan biasa. Jika kontrak tidak disambung, mungkin ada sebab-sebab tertentu yang difikirkan perlu.

Tidak perlu diperhebahkan isu ini. Tetapi memandangkan Datin Seri Rosmah adalah isteri kepada PM, maka hebohlah cerita ia tidak disambung.

Mungkin ini strategi PR nak serang PM melalui isterinya. Kalau nak serang direct, dah tak mampu sebab PM pun dah diterima rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Minah ni tak berasa malukah? Nampak sangat orang meluat dengan dia!!!