14 Feb 2010

Ramai Ahli Setuju Tindakan Khalid Samad Tidak Rayu

Ahli PAS rata-rata menyokong pendirian Yang Dipertua PAS Shah Alam Khalid Samad untuk tidak merayu terhadap hukuman yang dikenakan oleh Jawatankuasa Diiplin PAS sebelum ini sekalipun diminta oleh Setiausaha Agung parti, Mustafa Ali berbuat demikian.

Mustafa, di dalam satu kenyataannya di media online menyatalan Khalid Samad tidak boleh berdiam diri, sebaliknya perlu menulis jika mahu jawatankuasa kerja pusat dan Majlis Syura mengkaji semula hukuman digantung jawatan parti selama enam bulan.

Mustafa berkata pihaknya akan menganggap Khalid tidak berhasrat jika enggan mengemukakan rayuan dalam tempoh yang ditetapkan perlembagaan parti.

Dalam keputusan diumumkan 29 Jan lalu jawatankuasa disiplin menjatuhkan hukuman menggantung kesemua jawatan dalam parti disandang Khalid selama enam bulan.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor hanya diberikan amaran.

Khalid, seperti Datuk Hassan dikatakan didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS.

Khalid mempunyai masa 30 hari untuk mengemukakan rayuan kepada jawatankuasa kerja pusat dan jika ia ditolak, boleh merayu kepada Majlis Syura.

Jawatankuasa kerja pusat sepatutnya bermesyuarat hari ini tetapi ditangguhkan kerana sambutan Tahun Baru Cina.

Kata Mustafa, sama ada mahu menyerahkan kepada jawatankuasa kerja pusat atau tidak, Khalid tetap perlu memaklumkan ibu pejabat parti.

“Beliau kena maklum kami, tidak boleh maklum pada media sahaja,” katanya.

Justeru kata Mustafa, beliau akan memaklumkan kepada jawatankuasa kerja pusat “tidak menerima sebarang rayuan bertulis” jika tiada respons daripada Khalid dalam tempoh

Sejak jawatankuasa disiplin mengumumkan keputusannya pada 29 Jan lalu banyak pihak menyifatkan tindakan Jawatankuasa Disiplin itu tidak adil dan diskriminasi.

Kelmarin, penasihat undang-undang PAS Hanipa Maidin menggesa jawatankuasa kerja pusat parti itu agar mengkaji semula keputusan jawatankuasa disiplin membabitkan dua pemimpin Selangor berkenaan, yang kini mencetuskan reaksi tidak senang di kalangan sesetengah pihak.

Hanipa, Pengerusi Lajnah Guaman PAS menyatakan beliau akan meminta jawatankuasa kerja pusat mengkaji semula penghakiman yang diumumkan agar ahli parti akan melihat keputusan ini sebagai adil dan seimbang.


"Mustafa Ali tiba-tiba kini muncul untuk mengarahkan Khalid untuk buat rayuan. Siapa Mustafa? Beliau hanya seorang Setiausaha Agong dan di dalam Perlembagaan fasal berapa yang memberikan beliau kuasa terlalu besar sehingga boleh mengarahkan seseorang ahli parti yang dikenakan tindakan disiplin lakukan itu dan ini," tanya seorang pemimpin PAS peringkat kawasan yang enggan disebutkan namanya.

"Ahli parti berhak menilai dan membincangkan kepincangan keanggotaan dan perjalanan jawatankuasa disiplin parti, siapa sebenarnya yang melantik mereka, di atas kapasiti dan piawaian apa mereka dilantik dan apakah ada tatacara khusus yang professional di dalam urusan menghakimi kes-kes disiplin oleh Jawatankuasa ini?" tambahnya.

Ramai ahli mempersoalkan bagaimana jawatankuasa ini dilantik yang tiba-tiba membicarakan kes-les disiplin parti. Perlantikan jawatakuasa ini tidak telus dan ramai beranggapan perlantikan mereka dibuat secara tidak professional yang sepatutnya bersandarkan syarak yang memerlukan perlantikan "hakim" terdiri dari mereka yang berkeahlian, bukan yang pandai pusing dan pandai menipu ahli jemaah.

"Malah mendukacitakan apabila kes dibicarakan secara tertutup, tiada ketelusan sekalipun Pengerusinya sebelum dari perbicaraan bermula menyatakan bahawa perbicaraan akan dilakukan secara telus. Mengapa tertutup? Apakah ada yang terlalu sensasi seperti kes Saiful yang mencerita dirinya diliwat di dalam mahkamah baru-baru ini?" tegasnya.

"Sedangkan Inkues kematian Teoh Beng Hock, satu dunia boleh menyaksikan perbicaraan. Di zaman Rasulullah dan khulafau Ar-Rasyidin pun begitu. Tetapi dalam PAS, ia mengikut contoh kes Saiful, tertutup semuanya. Apakah ada pihak yang khuatir kerana pendedahan "liwat" pemimpin PAS dengan UMNO dalam kelambu atau apa?

"Sudahkah ada procedure siasatan dilakukan dan apakah pihak ahli jawatankuasa siasatan telah dikursuskan untuk menjalankan siasatan supaya ianya memenuhi prinsip kesaksamaan dan keadilan yang dituntut oleh Islam?" tambahnya.

Ramai bersetuju dengan cadangan Peguam PAS, Hanipa Maidin supaya kes Khalid dan Hassan dibicarakan semula oleh sebuah badan disiplin yang lebih berwibawa, bukan jawatankuasa disiplin bertaraf kedai kopi.

Permohonan ahli supaya ahli-ahli jawatankuasa disiplin yang ada dilucutkan dari mendengar sebarang kes perlu dipenuhi dan apa juga keputusan yang dibicarakan sebelum ini hendaklah dianggap "null and void".


Kita bimbang apabila pemimpin mempunyai kuasa 'menggantung' dan 'tidak menggantung', mereka akan menuju ke tahap kezaliman Firaun dan Namrud yang mendakwa mereka berkuasa 'menghidup' dan 'mematikan'. Apabila berkenan menghidupkan, seseorang itu dibiarkan hidup dan jika mahukan seseorang itu mati, orang itu akan dibunuh. Demikianlah Firaun dan Namrud mengaku mereka berkuasa 'menghidup' dan 'mematikan', kononnya menyamai kuasa Allah SWT yang menghidupkan dan mematikan makhluk.

Perkembangan ini begitu menakutkan, kerana kuasa dijadikan alat untuk menjayakan cita-cita seseorang yang gila kuasa. Kita berpendapat kehadiran Jawatankuasa bukanlah untuk mempamer dan menunjukkan kuasa sebaliknya untuk memastikan semua ahli dan pihak diadili berdasarkan undang-undang sedia termaktub. "Justice must not only be done; it must also be seen to be done." Keadilan bukan saja perlu dilaksanakan tetapi juga dilihat ianya dilaksanakan.

Setiasaha Agong boleh mengemukakan dipecat semua ahli PAS yang menolak keputusan Jawatankuasa Disiplin, dan mengekalkan keahlian hanya mereka yang bersetuju dengan keputusan jawatankuasa disiplin, jika beliau mahu. Biar yang tinggal hanya ahli PAS dari Terengganu dan mereka yang menyokong perpaduang.


9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Teruskan perjuanganmu GB. Kami menyokong 100%.

kita minta ahli PAS kali ini bersatu melawan habis-habisan puak UMNO dalam PAS.

Di harap ada kawasn yang berani memulakan memberikan undi tidak percaya kepada pemimpin PAS yang ada untuk memberi laluan EGM dan pemilihan semula parti.

Cukuplah ahli tertipu dengan puak UG ini.

kembara putih berkata...

Percayalah jika krisis ketidakadilan ni tidak ditangani, PAS bakal kehilangan ramai pengundi muda dari terus mengundi PAS di PRU akan datang.

Jebon berkata...

YB Khalid tak kebulur jawatan seperti hasan ali yang kebulur jawatan MB Selangor. Nak rayu buat apa?

Kalau rasa keputusan tak betul, maka perbetulkanlah. Jangan jadi umno yang suka memperbodohkan orang melayu.

Tanpa Nama berkata...

mana ajk pas pusat yg lain?
dah jadi syaitan bisu?
redha dengan ketidak-adilan jk disiplin pas?
atau cintakan jawatan?
atau wala' mengkhinzir buta...

ittaqullah!

cucu jebat berkata...

KEBENARAN PASTI AKAN TERBUKTI JUA AKHIRNYA,SUDAH CUKUP LAH ERA MENIPU AHLI ATAS NAMA KEPIMPINAN ULAMA,KENAPA ORANG YANG DIHUKUM TAK MAU MERAYU,ORANG YANG TERLIBAT MENGHUKUM PULA SEOLAH MERAYU SUPAYA YANG DIHUKUM MERAYU,KELUAR DARI MULUT SU AGONG LAK TU,DAH BERASA BERSALAH MENGHUKUM KE?
BEZA DAH TUAN2 PIMPINAN HOI,SEKARANG ZAMAN INTERNET,MANUSIA MAKIN BIJAK DAN PANTAS MEMIKIR,SEBAB TULAH RAMAI YANG RESPON PERIHAL KHALID SAMAD.
AKU SEBAGAI AHLI BIASA DI SHAH ALAM AMAT BERSETUJU SUPAYA YB KHALID TIDAK MERAYU,MERAYU APA SAMPAI TUDUHAN KESALAHAN KEPADA YANG DITUDUH LANGSUNG TAK MASUK AKAL BAHKAN TAK TAU APA TUDUHANYA.
LAGI PULA AJKD TU MACAM TAK ADA WIBAWA LANGSUNG.
US AHMAD AWANG,HANIPA MAIDIN,ABDULLAH KARIM,US ZUL PERLIS,PEMUDA GOPENG,DR JAAFAR TERUSKAN MEMPERTAHANKAN KEBENARAN DALAM PARTI,KALAU DALAM PARTI SENDIRI TIDAK BOLEH NAK BERLAKU ADIL PADA AHLI SENDIRI JANGAN PULAK KITA NAK MENGHARAP ORANG LAIN MEMPERCAYAI KITA BOLEH MEMBERIKAN KEADILAN PADA MEREKA.
DIN AYOB,MAHFUD TERUSKAN BERDIAM DIRI KERANA BERDIAM DIRI ITU DAPAT MENGEKALKAN ANDA SEBAGAI NAIB UNTUK AKAN DATANG,ITUPUN KALAU AHLI MASEH BANGANG DALAM MEMILEH PEMIMPIN DI MUKTAMAR AKAN DATANG.

hussin berkata...

"Beliau hanya seorang Setiausaha Agong dan di dalam Perlembagaan fasal berapa yang memberikan beliau kuasa terlalu besar sehingga boleh mengarahkan seseorang ahli parti yang dikenakan tindakan disiplin lakukan itu dan ini."

"I$A" sudah menguasai pas - "Ikut $topa Ali".

perenggan di atas menjelaskan semua. Allah mempunyai caraNya sendiri mendedahkan perilaku pemimpin yang hanya mementingkan agenda sendiri yang telah dipersetujui dengan pihak ketiga. kenapa keterlibatan $topa ali dengan pertemuan dalam gelap dengan mantan pm tidak disebut langsung oleh nasharudin ketika mempertahankan kononnya peretemuan dipersetujui oleh majlis syura ulama?

mempertahankan nasharudin sebagai timbalan dan melantik $topa ali sebagai setiausaha agong adalah satu kepastian yang mesti terlaksana. jika tidak mana mungkin pas terus di dalam kemelut yang entah bila akan berakhir bermula dengan kerajaan perpaduan. mahu nafi? seluruh dunia mengetahuinya. keputusan jk disiplin satu hal, tengok sahaja lagak $topa ali...

pas dengan "I$A" sudah semacam dap di mana setiausaha agongnya yang berkuasa.

$topa ali mesti berada di mana2 bersebelahan tg presiden, hatta semasa tgna menziarahi tg presiden kerana kehilangan adinda yang dikasihi. pada waktu begitu pun beliau perlu berdampingan tg presiden, barangkali untuk memastikan tiada yang terlepas dari pendengarannya!, jahat, ya memang saya jahat, tapi saya tidak sejahat $topa ali. saya hanya menterjemahkan apa yang dipaparkan oleh Yang Maha Kuasa, sedangkan $topa ali jelas adalah di antara individu yang menyebabkan tgna mencadangkan egm!

wallahu'alam.

Tanpa Nama berkata...

Aik gelabah semacam je tok pa ni... Ada yang tak kena ke.

Tulah masa nak lantik AJK tu tak rujuk perlembagaan sekarang kan dah gelabah...

Tanpa Nama berkata...

apa perlunya rayuan kepada orang yang zalim

Tanpa Nama berkata...

selagi barua UMNO ada dalam pas jangan harap berlaku keadilan