14 Feb 2010

Siapalah Muhyiddin Nak Kritik Ku Li?

Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Tengku Razaleigh Hamzah perlu menilai kedudukannya dalam parti ekoran tindakannya yang menggunakan platform pembangkang untuk menyatakan pendirian berkenaan isu royalti minyak.

Timbalan Perdana Menteri berkata UMNO memandang berat tindakan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu.

"Platform yang dia (Tengku Razaleigh) gunakan itu bukanlah platform kerajaan pusat atau platform UMNO... saya dimaklumkan ia ditaja oleh PAS.

"Oleh itu sepatutnya perkara itu tidak berlaku dan kita juga ikuti banyak kenyataan-kenyataan yang beliau dah keluarkan dan saya lihat ada juga bertentangan dengan prinsip kerajaan dan parti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk Daerah Besut di sini pada Sabtu.

Timbalan Perdana Menteri mengulas tindakan Tengku Razaleigh yang menyatakan pendiriannya mengenai royalti petroleum melalui platform pembangkang pada 28 Jan lepas di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Baharu, Kelantan.

Muhyiddin berkata bekas Menteri Kewangan itu yang sudah dianggap veteran dan berpengalaman sepatutnya mempunyai pendirian yang tetap berhubung soal royalti minyak.

"Saya tidak sesuai nak tunjuk ajar, padahal Ku Li lebih senior daripada saya dan dia lebih tahu daripada saya.

"Harap teliti semula kedudukannya kerana dilihat melakukan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip parti atau yang bertentangan dengan dasar parti dan kerajaan. Jadi serah kepada kebijaksanaan Ku Li," katanya.

Mengenai cadangan PAS untuk bekerjasama dengan UMNO, Muhyiddin berkata cadangan yang dikemukakan itu tidak mengambarkan permintaan daripada akar umbi parti berkenaan.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dah beritahu, kita (UMNO) tak pasti kerana mereka (PAS) selalu berubah-ubah. Ia dibuat atas kenyataan (Mursyidul Am PAS) Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat) saja, kecuali kalau partinya buat keputusan seperti Majlis Syura yang bagi kenyataan nak berkerjasama dengan Umno dan kalau itu berlaku, kita ambil serius.

"Kalau setakat seorang dua yang nyatakan benda (kerjasama) itu, kemudian dia boleh berubah, tak setuju dan ia tak jadi apa-apa. Kita dah melihat banyak peristiwa dulu yang lepas-lepas, bila sebut nak kerjasama, esok dia patah balik," katanya.

Katanya, UMNO tidak boleh bergantung kepada cadangan seorang dua untuk bekerjasama, sebaliknya mestilah datang daripada keseluruhan parti.

"Setakat hari ini kita hanya mendengar...tak sesuai untuk kita respons," katanya.

-- BERNAMA

Ulasan GB

Siapalah Muhyiddin tu yang nak tunjuk-ajar YBM Tengku Razaleigh.
Ku Li jauh lebih berpengalaman, berkarismatik dan berkelayakan untuk menjadi PM daripada Muhyiddin, malah daripada Najib sendiri.

Jika Ku Li menyertai Pakatan Rakyat besar kemungkinan Ku Li mampu menjadi tokoh utama di dalam PR, jika ditakdirkan Anwar dikenakan tindakan ekoran kes konpirasi 2 yang sedang berjalan kini.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nak tergelak bila Timbalan Presiden UMNO kata begitu. Ku Li orang bawah pula digeruni. Acahan TGNA nampaknya membuka tembelang UMNO yang selama ini banyak berdolak-dalik dan akan terus memperbodohkan rakyat!

Martoiriat berkata...

Jika Tg Razaleigh bersalah kerana berucap dipentas pas dan bertentangan dgn prinsip UMNO, kenapa UMNO dan Muhyiddin tidak ambil tindakan terhadap beliau. Tak guna Muhyiddin hanya berani bersuara dan mengkritik Ku Li melalui media. Lebih baik panggil beliau dan tanya beliau sendiri kenapa beliau berbuat begitu.

Muhyiddin sendiri tak ada prinsip. Jika Ku Li bersalah hukumlah beliau. Kesimpulannya Muhyiddin sendiri takut dgn bayang2nya dan tak berani menghadapi Ku Li. Beliau bukanlah pegang apa2 jawatan dlm UMNO, cuma ahli parlimen. Yang mempunyai kuasa hanya Muhyiddin Dan Najid.

Begitulah hebatnya orang yg bernama Ku Li, Meski pun beliau tak ada apa2 jawatan dlm UMNO, namun Najid dan Muhyiddin tidak berani mengambil tindakan terhadap beliau. Cuma mereka berani menghukum Ku Li hanyalah melalui kenyataan2 akhbar2..

Sampai kucing bertanduk pun Tg Razaleigh tak akan dikenakan tindakan.. percayalah.. itulah kelebihan dan kekuatan Tg Razaleigh..