10 Feb 2010

Blogger Hina TGNA Serah Diri Dan Ditahan

Blogger yang menggunakan nama "jeffrydamien09" yang dikatakan menghina Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman blognya, telah menyerah diri kepada pihak polis semalam.

Blogger berusia 44 tahun itu menyerah diri di Balai Polis Permas Jaya di sini selepas dia dikatakan membuat suntingan grafik yang menghina Mursyidul Am Pas itu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memberitahu, suspek diserahkan kepada Polis Kelantan untuk tindakan susulan.

"Kita telah menyerahkan lelaki itu kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan untuk siasatan lanjut.

"Kes ini akan disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, beberapa akhbar melaporkan, Dewan Pemuda Pas Kelantan yang diketuai Naib Ketua Pemudanya, Hisham Fauzi membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu berhubung tindakan blogger tersebut.

Hisham Fauzi berkata, pihaknya memandang serius perkara itu kerana ia jelas mengandungi unsur-unsur provokatif yang boleh menimbulkan ketidakstabilan politik dalam negara ini.

Blogger berkenaan didapati telah menghapuskan gambar lucah berkenaan.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

keterlaluan

FaridShah berkata...

Tengok dalam media2 perdana, heboh tak macam kes Aduka tempoh hari?

Tanpa Nama berkata...

begitulah jadinya, jika manusia tidak mahu mempelajari hukum Allah. Yg sebenarnya dlm Al quran telah tertulis segala sejarah dari zaman Nabi Adam a.s. lagi sehinggalah sejarah Nabi Muhammad s.a.w. apa yang terjadi dizaman kebangkitan dan kejatuhan Islam, itulah juga yg telah berlaku sekarang. Kejahilan manusia yang mengaku Islam tidak dapat ditolak kerana hanya Islam pada keturunan shj. INILAH YG DIKATAKAN BODOH TAK BOLEH DIAJAR, DAN BODOH SOMBONG, MANUSIA INI MEMANG TAK TAKUT AKAN HUKUM ALLAH APABILA DIBANGKITKAN SEMULA NANTI.

Tanpa Nama berkata...

Jefri umNgok.. ko x seglamer Aduka la.. x kecoh pun media psl ko.. Dunia oh dunia, hina raja dipandang berat, hina ulamak dipantang enteng.