21 Jan 2010

Sudah Bersediakah Perak?

Katakanlah benar pilihanraya akan dipanggil semula di Perak, persoalannya, mampukah PAS mempamerkan prestasi cemerlang seperti yang ditunjukkan di dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu?

Menurut Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada keseluruhannya sokongan rakyat terhadap Pakatan itu tidak luntur dan jika pilihan raya diadakan mereka yakin akan menang, mengakui sokongan Melayu terhadap Pakatan Rakyat di Perak telah merosot sedikit terutama di kawasan pedalaman.

Menurut beliau berdasarkan bancian, Pakatan telah kehilangan antara 7 hingga 8 peratus sokongan daripada pengundi Melayu.

Ketika berkuasa selama 10 bulan berikutan kemenangan pada pilihan raya 2008, gabungan pimpinan Nizar itu memperolehi 40 peratus sokongan daripada masyarakat Melayu.

Ahli parlimen Bukit Gantang itu mengakui Pakatan Rakyat gagal menembusi kubu-kubu BN di kawasan pendalaman.

"Kemerosotan juga berpunca kerana media alternatif gagal mencabar media tradisional seperti Utusan Malaysia dan akhbar lain.

Selain itu, kemerosotan didakwa berpunca daripada isu seperti kononnya semasa menjadi Menteri Besar, beliau adalah boneka DAP, dan kononnya beliau telah menderhaka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Menurut perakexpress.com,

Zambry tak mahu DUN dibubarkan kerana takut kehilangan jawatan Menteri Besar. Najib sudah cuci tangan. Dia mau membersihkan imejnya di Perak dan mahu menyingkir Zambry dari jawatan Menteri Besar.

Semua orang tau, rampasan kuasa di Perak dirancang oleh Najib. Tiga ekor katak yang melompat, dibayar oleh Najib dan semasa perisytiharan mereka sebagai calon bebas, ketiga-tiga calon PR itu diapit oleh Najib.

Semasa mula-mula BN merampas kuasa di Perak, Najib telah berjumpa Sultan untuk menghantar nama Menteri Besar Perak pada pukul empat petang. Tetapi pada pukul enam petang, Pak Lah memintas perancangan Najib dengan mencalonkan Zambry sebagai Menteri Besar.

Lembu punya susu, sapi dapat nama. Najib kerja keras, Zambry jadi Menteri Besar.

Keputusan mahkamah Persekutuan telah pun diketahui. Keputusan lima orang hakim yang mengadili kes Nizar Zambry telah lama menghantar keputusan kepada Ketua Hakim Negara, Zaki Tun Azmi.

Ketua Hakim Negara meminta keempat-empat hakim yang memihak kepada Nizar supaya menimbang semula keputusan tersebut tetapi mereka tetap tidak berganjak. Ini bukan lagi menjadi rahsia. Tanya Nizar kalau tak percaya.

Menurut sumber, Sultan Perak telah dimaklumkan tentang perkara ini dan Sultan juga bersetuju supaya DUN dibubarkan, untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku sekiranya DUN bersidang lagi. Imej Sultan dan Negeri Perak sudah teruk dan sekiranya DUN tidak dibubarkan, maka imej Sultan juga akan terus merudum.


Dan perakexpress.com meramalkan bahawa hampir pasti pilihanraya akan diadakan pada Mac 2010 ini. Betul tak betul spekulasi itu bukan soalnya.

Ini diperkuatkan lagi, dengan laporan tindakan kerajaan mewajibkan semua anggota polis membuat kad pengenalan awam (Mykad) yang tujuannya semua orang tahu, sebagai satu usaha untuk menambahkan pengundi BN di dalam pilihanraya.

Dalam pada yang sama, setelah setahun berlalu, Pakatan Rakyat nampaknya tidak masih di tahap yang sama, mengharapkan keputusan mahkamah berpihak kepada Nizar, mengharapkan pilihanraya semula diadakan segera dari hari ke sehari untuk mengembalikan kuasa rakyat dan untuk mengembalikan kepimpinan PR di negeri Perak.

Tetapi usaha untuk mendekati rakyat diabaikan. Bukankah sepatutnya ruang masa setahun yang ada itu sepatutnya diisi dan dimenafaatkan untuk menggerak-gempur seluruh Perak serta melakukan aktiviti-aktiviti yang memberi kesan kepada rakyat supaya PR terus bertakhta di hati mereka?

Apa yang berlaku, PR masih tersandung dalam esakan tangis berpanjangan ekoran rampasan kuasa itu, dipenuhi dengan emosi sentimental dengan mengharapkan simpati rakyat terhadap apa yang berlaku.


Ada yang lari ke alam siber, untuk bersama-sama berblogging meninggalkan medan DUN mereka sendiri yang sepatutnya DUN merekalah yang lebih berhak untuk diberikan perhatian dan tumpuan. Sebahagian besar masanya dibuang untuk melakukan kerja di alam siber yang sebenarnya tidak perlu kerana sudah begitu ramai yang simpatisan terhadap episod Perak yang boleh membantu mereka. Langit kini hampir runtuh kerana kini telah terlalu banyak blog dengan terlalu ramai pelayar yang bertempur-tempur di alam siber dengan aktiviti-aktiviti salintampal untuk menyebarluaskan maklumat alternatif.

Tapi jangan lupa, keberkesanan alam siber kini juga sudah diragui peranannya apabila "on the ground" keadaan tidak diselenggara dengan usaha yang meyakinkan rakyat. "Tragedi" Bagan Pinang menyaksikan bahawa sekalipun lebih 80% blogger PR berkempen di alam siber untuk Bagan Pinang, PR hanya memungut sekitar lebih kurang 2000 undi dan PR tewas pula di situ. BN menang dengan majoriti 5300 undi. Bandingkan jika lansung tiada blog yang membantu Bagan Pinang, kemungkinan angka yang diperolehi oleh calon PAS (PR) jauh lebih rendah. Keputusan yang signifikan itu nampaknya tidak diambil oleh PR untuk dijadikan pelajaran di dalam meneruskn perjuangan.

Pelajarannya apa? Alam siber hanya faktor suplimentari. Yang terlebih penting ialah kerja-kerja di bumi DUN sendiri. Ketukan pintu di rumah pengundi, pertemuan di kedai-kedai kopi, balai rakyat, surau dan masjid, majlis-majlis penerangan "setiap" malam di DUN masing-masing, aktiviti-aktiviti yang efektif seperti kelas tiusyen, debat orang kampung, kursus memasak dan menjahit untuk kaum Hawa, tamrin perkaderan untuk remaja, pembentukan kumpulan usahawan berjaya di kalangan pnganggur siswazah, membawa dan memperkenalkan teknologi maklumat kepada orang kampung dan apa jua aktiviti positif yang boleh membantu memperkasakan PR di kalangan rakyat.

Apakah kesempatan itu telah dilakukan sewaktu setahun yang lalu?

Jika tidak, jangan ditangisi jika esok pilihanraya, rakyat memberikan endorsement kehadiran UMNO BN memerintah Perak.

5 ulasan:

Jebon berkata...

Salam...

Rasa-rasanya dia orang dengar tak nasihat kita? Saya tak rasa begitu kerana dia orang ni semua perasan yang rakyat sentiasa menyebelahi mereka. Mereka kurang sedar tentang kebodohan orang Melayu yang sekian lama diperbodohkan oleh UMNO.

Bila PR dapat memerintah je, semuanya hendak ditukar dalam sekelip mata. Ambil iktibar di Terengganu dulu. Jangan terlalu memaksa rakyat untuk menyokong kita sebaliknya kita kena buat supaya rakyat menyokong kita.

Apa caranya? Saya rasa ahli politik lebih bijak dari kami untuk membuat sesuatu yang baik untuk rakyat. Buat perlahan-lahan supaya rakyat tidak terkejut (culture shock).

Dr Nik-On X-Ray berkata...

I would like to agree to your arguments. Everybody feels complacent about what have been achieved, but few would really realise about continuous efforts to win the hearts of the people. It is utmost important to always make sure that services have been delivered to the people, at the best we can. Symphaty will just be a temporary surge of support, it will fade once the issue has been cooled (you know why....our people commonly adopt "Hot Hot Chicken S*it" attitude - hangat-hangat taik ayam)
Rasulullah had been "Istiqamah" is his strive to uphold Islam...why dont we, as his followers adopt the same principle - but in our context.
"Muslim yang paling baik adalah yang paling banyak mendatangkan manfaat kepada orang lain" - a concept which was upheld by Rasulullah SAW

Penulis skrip berkata...

Parti gabongan yang terdiri dari PAS/PKR/DAP tidak perlu tergesa-gesa mengharapkan Barisan Nasional khususnya UMNO mengadakan pilihanraya dinegeri Perak.

Dalam pemerhatian penganalisa politik berkata UMNO mengambil sikap "alang-alang mandi biar basah..." terhadap kerajaan negeri Perak.

Semua agensi kerajaan seperti SPR, SPRM, Polis, Peguam Negara, Hakim dan Istana telah terikat dan terpaksa bersubahat dengan mereka.

Oleh kerana itu mereka boleh buat apa saja yang mereka suka walaupun tindakan mereka itu jelas melanggar peraturan dan undang-undang sedia ada.

Mereka tidak peduli apa pun yang akan terjadi dalam negeri tersebut sama ada rakyat mahu memberontak menentang mereka atau menyokong tindakan mereka. Namun untuk kepentingan nafsu mereka, pilihanraya tetap tidak akan diadakan sehingga pilihanraya yang ke13 kecuali kehendak Allah saja.

Mereka telah mengeluarkan belanja yang besar untuk merampas Negeri Perak. Amat mustahil bagi pihak mereka menyerahkan negeri Perak dengan begitu mudah kepada Pakatan Rakyat...? Sedangkan mereka perlu melakukan sesuatu dengan segera untuk mendapatkan kembali duit yang telah mereka laborkan dalam negeri tersebut.

Tidak salah kalau penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat mengharapkan pilihanraya dapat diadakan secepat yang mungkin. Apa pun bentuk spekulasinya namun kita jangan jadi lebai malang.... terutama Nizar.

Tetapi adalah lebih baik harapan itu jika ditukarkan kepada tindakan turun padangan dan berkomunikasi dengan rakyat yang perlukan pertolongan dan perhatian dari wakil rakyat yang mereka pilih.

Serang propaganda mereka dengan fakta dan bukti agar terbuka minda rakyat untuk berfikir dan menilai semula sokongan mereka terhadap BN?UMNO.

Tindakan ini akan memberi lebih harapan memenangi pertandingan apabila diadakan pilihanraya ke13 kerana rakyat akan mudah memberi undi kepada calon yang mesra rakyat.

"Bersedia, Bersatu, Lawan terus lawan..."

Tanpa Nama berkata...

bagi den kalau pilihanrayo tu jadik x yah ler bawak isu personnel atau sorang peribadi calon udah2 ler dedahkan aib org...kang ade kalah mcm bagan pinang.. adalah lbh baik dibawak isu nasional mcm isu minyak, gula yang mano org kmpg pun terpalit... isu incometax.. org mkn gaji plk terkene... byklah isu yang lbh faedah.
bila dah kluokan isu tu sertakan jln penyelesaiannya cara pakatan ... ambil contoh debat anuar ngan strawberry... anuar siapkan fakta kek mano nak dpt duit yang boleh menghalang kenaikan harga minyak.. jgn jd mcm umno nak bagi sabah biliyon.. serawak billiyon... mane duitnye?

Tanpa Nama berkata...

insyallah pakatan rakyat ada peluang bukan sahaja perak, malahan malaysia.