21 Jan 2010

Terdesak Raih Sokongan, Umno-BN Perbesar Isu Kalimah Allah

Umno-Barisan Nasional yang dilihat terdesak bagi meraih sokongan rakyat mula menggunakan alat propagandanya Utusan Malaysia memperbesarkan isu penggunaan kalimah Allah.

Pemimpin PKR, Datuk Chua Jui Ming berkata, tindakan sambil lewa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam menjejak petualang serangan ke atas rumah ibadat jelas mengiyakan syak di kalangan rakyat mengenai peranan Umno disebalik isu ini.

Jui Ming berkata, merupakan sesuatu yang pelik apabila polis mengambil masa lebih dari dua minggu bagi menjejak dalang berkenaan walaupun rakaman kamera litar tertutup yang mengandungi imej penyerang telah diberika oleh pihak gereja.

“Syak wasangka mesti ada, siapa yang menghasut kita tahu... Utusan Malaysia yang menghasut tiap-tiap hari sehingga ke hari ini saya tahu. Kerana bila terjadi kejadian bom ini saya membeli akhbar Utusan Malaysia, saya hendak tahu Umno yang sebenarnya memiliki Utusan Malaysia apa sikap Utusan.

“Saya dapat tahu penghasut utama dalam isu ini tidak lain tidak bukan, Utusan Malaysia yang dimiliki oleh Umno,” katanya.

Menurutnya, bagi memadam syak wasangka rakyat, Ketua Polis Negara perlu mendedahkan nama individu mahupun organisasi yang bertanggungjawab ke atas serangan berkenaan.

Katanya, strategi ini digunakan Umno-BN itu untuk kepentingan politik mereka setelah tergugat dengan penolakan lebih 70 peratus masyarakat India dan Cina dan hampir 50 masyarakat Melayu terhadap rejim itu.

“Oleh kerana itu kita hendak tahu apa muslihat Umno dalam isu ini tidak lain tidak bukan atas kepentingan Umno sendiri.

“Tetapi kenapa empat negeri itu (Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu) menjadi antara negeri termiskin atas benyak sebab, rasuah yang kian meningkat, institusi-institusi kerajaan Persekutuan terus dikawal, di dalam cengkaman Umno sehingga pada hari ini tidak ada kebebasan di Malaysia. Oleh kerana itu orang Melayu sendiri telah mula beralih kepada Pakaran Rakyat,”katanya.

Jui Ming berkata, rejim itu juga menimbulkan isu ini bagi mengelakkan rkayat daripada mengetahui mengenai laporan Union Bank of Switzerland (UBS) bahawa rezab luar Malaysia menjunam sehingga 50 peratus.

Katanya laporan itu turut menyatakan, situasi yang dialami negara ini sebagai 'ganjil' berikutan Malaysia memperoleh keuntungan ratusan bilion ringgit melalui perdagangan antarabangsa namun rezab negara semakin berkurangan.

“Apa yang diberitahu wang rezab khazanah Malaysia pada tahun lalu telah menjunam sebanyak 50 peratus akhirnya sampai hujung tahun lalu, 25 peratus sudah hilang daripada rezab luar Malaysia. Dia kata ia ganjil, kerana ‘hot money’ tiada lagi di Malaysia. Tidak ada lagi sejak krisis kewangan Asia 1997/98 wang panas sudah lari dari Malaysia ,”katanya. -TVS



3 ulasan:

Awanama berkata...

Ada pemimpin dan pengikut PAS sendiri yang menyokong UMNO dalam isu kalimat Allah walaupun PAS dah ada pendirian membolehkan kalimah itu digunakan untuk penganut agama samawi.

kanuar Malaya berkata...

saya setuju...umno memang terdesak slogan 'Juara Rakyat tapi sebenarnya 'JUAL RAKYAT'..Hrap Pakatan Rakyat telah bersedia hingga ke akar-umbi...

Awanama berkata...

Permainan ini kini kelihatan sedang memakan diri. Kemelesetan ekonomi dan inflasi yang dihadapi serentak memang sukar dibendung. Kira-kira 2 tahun lalu Bank Simpanan Nasional telah mengambil langkah dengan menyingkirkan tidak kurang 40 kakitangan dengan alasan kakitangan terbabit tidak dapat menunjukkan prestasi yang memuaskan. Kini ia sedang tercungap-cungap kerana dikhabarkan sejumlah tidak kurang 6,000 kes Non Performance Loan (NPL) terpaksa diselenggarakan selepas kerajaan melaksanakan Skim Kredit Mikro dulu. Pengerusinya Dato Azim Mohd Zabidi yang tewas sebagai calon Ahli Parlimen Bukit Gantang pada PRU12 dulu dan salah seorang Pelopor politik wang sewajarnya bertanggungjawab!