21 Jan 2010

Shabery Cheek Cuba Kelirukan 1Malaysia

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek menegaskan kerajaan tidak mengeluarkan sebarang peruntukan dalam Bajet 2010 bagi membiayai projek Pasukan 1Malaysia F1 Team.

Menurutnya, perbelanjaan melaksanakan projek itu dibiayai syarikat swasta yang terlibat seperti Proton, Naza Group, Air Asia, Lotus Car dan lain-lain dalam pertimbangan komersial syarikat masing-masing.

“Kerajaan tidak mengeluarkan wang rakyat walaupun sesen untuk projek ini. Kerajaan hanya memberi sokongan dan mengalu-alukan projek swasta sebegini.

“Perbelanjaannya adalah dari syarikat swasta yang terlibat atas pertimbangan komersial syarikat masing- masing. Ini tidak membazir kerana ia akan memberi elemen pemasaran yang besar pada negara apabila menyertai kejohanan F1 itu nanti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Pas yang membidas Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang didakwa membazirkan wang rakyat dengan memberi peruntukan ‘hangus’ RM1 bilion dalam Bajet 2010 untuk Formula 1.

Pas menyifatkan BN cuba melepaskan tanggungjawab ekonomi negara kepada rakyat dengan mengurangkan subsidi gula sehingga menyebabkan harga gula naik 20 sen sekilogram dan mencadangkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Ahmad Shabery berkata, dakwaan pembangkang itu tidak berasas sama sekali, sebaliknya perbelanjaan syarikat swasta untuk projek Pasukan 1Malaysia F1 Team juga tidak mencecah RM1 bilion.

Pasukan 1Malaysia F1 Team, usaha sama kerajaan dan swasta akan menyertai perlumbaan F1 mulai tahun ini. Projek itu melibatkan gabungan kepakaran Proton dan Lotus dengan disokong Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Persatuan Permotoran Malaysia (MAM), Naza Motor dan Air Asia. -SH


Petronas Jalin Kerjasama Dengan Mercedes Untuk Formula One

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah memeterai perjanjian lima tahun dengan pengeluar kenderaan Mercedes, untuk menjadi penaja utama bagi pasukan Mercedes GP, juara kejohanan Formula Satu (F1).

Pasukan itu, mulai 2010, akan dikenali secara rasmi sebagai Pasukan F1 Mercedes GP PETRONAS.

Syarikat minyak dan gas negara itu, dalam satu kenyataan Isnin berkata, kerjasama itu akan membolehkan urusan perniagaan dengan Mercedes yang akan menyokong usaha-usaha pengembangan antarabangsanya, terutamanya dalam perniagaan minyak pelincir dunia.

Syarikat itu berkata hak eksklusif sebagai rakan kongsi dan perkaitan dengan jenama premium Mercedes yang dikenali di seluruh dunia, akan meningkatkan kedudukan jenama global PETRONAS dan Malaysia.

Petronas juga akan terus mengambil peluang daripada pendedahan antarabangsa yang ditawarkan oleh sukan itu untuk membangunkan aktiviti perniagaannya.

Usahasama itu juga memberikan peluang kepada PETRONAS untuk mengambil kesempatan ke atas sejarah sukan bermotor Mercedes yang panjang menjadi tambahan kepada usaha-usaha pembangunan kemahirannya, sebagai satu sumbangan ke arah pembangunan industri sukan bermotor di Malaysia.

Selain Mercedes, syarikat itu akan meneruskan usahasama sebagai penaja utama Grand Prix F1 PETRONAS Malaysia, yang terbukti berjaya mempromosikan Malaysia secara berkesan di peringkat antarabangsa. -- BERNAMA


Ulasan GB

Baca kenyataan Ahmad Shabery Cheek dengan kenyataan Petronas sendiri yang GB lampirkan. Memang benar kerajaan tak labur banyak duit untuk Pasukan 1Malaysia F1 Team tetapi kerajaan melalui Petronas membelajakan berbillion untuk menaja pasukan luar iaitu Mercedes GP.

Tiada lansung rasa tanggungjawab sosial oleh Petronas. Yang menjadi perkiraan ialah laba yang diperolehi apabila menaja Mercedes yang lebih terkenal dari menaja Lotus.

Jumlah perbelanjaan sudah tentu lebih besar untuk menaja Mercedes. Petronas tidak boleh menafikannya.

Petronas telah merembat wang royalti Kelantan dan Terengganu bertahun-tahun. Dan doa bala akan terus berjalan. Bila dah pecah perut nanti baru diketahui bahawa gergasi minyak ini menyedari dia selama ini mentedarah wang haram.

4 ulasan:

pisau belati berkata...

Mula-mula kata kerajaan tidak terlibat langsung. Kemudian dia kata: " ...usaha sama kerajaan dengan pihak swasta...". Itu bermaksud kerjaan pun terlibat samalah tu. Bongok!!!
Dan kalau Petronas dan lain-lain pihak swasta sahaja yang terlibat, mengapa Najib bersungguh2 sangat mengisytiharkannya? Ada hirimau dibelakang banir ke?

Mentang-mentanglah orang Melayu bodoh!!!!

Tanpa Nama berkata...

Cakap Strawberry ni boleh pakai ke? Teringat masa dia berdebat dengan Daruk Sri Annuar Ibrahim dulu tu ada pembohongan yang begitu melucukan. Lebih lucu lagi bila terlihat buih di penjuru bibirnya hah... ha... ha... Sampai sekarang bila tengok muka dia teringat bibirnya berbuih-buih dulu. Orang macam ni pun ada dalam UMNO. Mamat ni dulu orang S46.

Tanpa Nama berkata...

Adakah mereka bekerja untuk kebaikan rakyat...atau bekerja menyusahkan rakyat....
Bolehkah mereka ambil sedikit masa tutup mata dan berfikir akan kehidupan orang miskin, makan tak kenya,hudup susah....manakala orang kaya bazir kekayaan negara...

Malaysia...saya rasa hanya TGNA buka mata sudah boleh bayangkan....

Gempur Wira berkata...

Fakta : Kos setahun tajaan Petronas untuk Team Mercedes adalah sekitar USD75 juta, lebih rendah daripada menaja F1 Lotus Malaysia pada kos USD85 juta!!!

Faedah tajaan pula menjadi pembekal OEM minyak pelincir untuk semua kereta jenama Mercedes di China, UK dan Turki. Selain itu, ada beberapa faedah lagi yang diperolehi. Jangan lupa Petronas pernah bina enjin sebelum penghasilan Campro dan Proton semasa itu tidak berminat menggunakan enjin EO1 Petronas, kini enjin tersebut digunakan oleh salah satu pengeluar kenderaan di China.

Objektif Petronas adalah meningkat penguasaan pasaran minyak pelincir dunia melalui penajaan ini.

Sila rujuk fakta ini pada keluaran The Edge Jan 11-17 2010.

Wallahualam.