1 Jan 2010

Rakyat Diseksa, Raja Gula Baru Gembira

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr Lee Boon Chye menyifatkan kenaikan harga runcit gula bagaikan “Hadiah Tahun Baru” yang dianugerahkan kepada rakyat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Beliau yang juga Ahli Parlimen Gopeng berkata, impak dari kenaikan harga runcit gula akan mencetuskan inflasi dalam negara.

Rakyat terutamanya pekerja terpaksa menanggung semua kos kenaikan tersebut tetapi bukannya pengeluar.

Beliau mengulas langkah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM1.65 sekilo gram di Semenanjung, serta RM1.75 sekilo gram di Sabah dan Sarawak hari ini.

Lee memberitahu pada tahun 2009 Menteri berkenaan Dato’ Seri Ismail Sabri pernah berkata subsidi gula akan diperincikan. Laporan penuh akan dibawakan untuk dibahas dan diluluskan di Parlimen. Tetapi, pengumuman yang tergesa-gesa itu menjejaskan kredibiliti kerajaan BN.

Menurut beliau, kenaikan harga gula sebenarnya merupakan hadiah kepada Raja Gula yang baru. Slogan 1Malaysia, “Rakyat didahulukan” menjadi janji kosong yang mengabaikan nasib rakyat Malaysia, kini rakyat semakin terseksa.”

Beliau berkata, kini kerajaan telah menaikkan salah satu harga runcit barang kawalan, dan roti putih juga telah dikeluarkan dari skim barangan kawalan harga.

“Tambahan pula mekanisme baru subsidi petrol juga akan dikemukakan pada Mei depan dan dijangka tahun ini akan menambahkan beban rakyat kerana tercetusnya cabaran inflasi yang semakin meningkat. -FMT

Ulasan GB

Kenaikan harga gula tidak terhenti setakat itu. Putaran ganas kenaikan harga akan berlaku. Semua produk yang menggunakan gula, kebanyakannya produk makanan dan minuman akan naik harganya. Indeks pengguna akan naik. Begitu juga indeks inflasi.

Berlaku kenaikan harga pada 1.1.10. Kerajaan BN disumpah dan dimaki rakyat semenjak pengumuman tersebut. Ia alamat BN akan bungkus selepas ini.


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

UMNO dan BN suka menindas rakyat, tolak BN PRU13

iswara berkata...

Salam GB & slmt tahun baru.
Inilah negara pak pandir ,alasan pemerintah bila naik harga negara lain dijadikan perbandingan TAPI bab turun harga & kebebasan demokrasi serta kebebasan bersuara tetiba je MATA MEKA JADI BUTA dan MARUAHnya lebih hina dari ??? kurap.
CELAKALAH KAMU SANG DACING..

Tanpa Nama berkata...

biasala tu dh jadi amalan sejak dulu ikut rasa, ikut hati bukan ikut mejoriti.....

Tanpa Nama berkata...

mati semut kerana gula, mati rakyat dan keadilan kerana UMNO dan BN