27 Jan 2010

Rais : Permohonan Maaf Aduka Harus Dipertimbangkan. 80% Setuju Aduka Tidak Wajar Dihukum

Seramai 80% responden NTV7 Edisi Bahasa Inggeris menyatakan bahawa penulis blog, Aduka tidak wajar dihukum. Hanya 20% berkata sebaliknya. Soalan asal berbunyi Should bloggers who insult Rulers Escape Punishment.

Sementara itu, Mahkamah Majistret Kota Bharu telah memerintahkan Aduka Taruna yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor, ditahan reman selama empat hari.

Penulis blog itu telah menyerah diri kira-kira pada jam 4.40 petang semalam di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.

Aduka, yang bekerja sebagai pereka grafik dan berasal dari Negeri Sembilan, dibawa ke mahkamah dengan kawalan ketat polis pada pukul 9 pagi dan dilihat keluar dari mahkamah 10 minit kemudian.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, ketika dihubungi mengesahkan penahanan penulis blog itu yang disiasat mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Namun, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim pula berkata, Kerajaan tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap penulis blog yang memohon maaf secara terbuka kerana menyedari kesilapan dalam penulisan blog mereka. Menurut Rais, permohonan maaf dari penulis blog berkenaan harus dipertimbangkan.

"Mana pihak yang sudah pun menyesal dan melahirkan perasaan dukacita dan menarik semua tulisan blognya seharusnya kita tidak mengambil tindakan lagi," kata Rais.

Bagaimanapun, katanya, penulis blog yang terbabit dengan sesuatu kesalahan haruslah membuat permohonan maaf secara formal kepada pihak yang berkaitan.



4 ulasan:

Pak Tani berkata...

Setuju!!!! pegi mintak maaf kat Sultan Johor...

mudz berkata...

Setakat terlanjur kata kepada Almarhum Sultan Johor...aku tak kisah, boleh dimaafkan.

Tapi, bila AT terus menerus ( bukan terlanjur) memaki dan mempelekeh para ulamak termasuk isteri nabi (saw). Ini tidak boleh diampunkan, AT patut dihukum sebagai pengajaran untuk diri dia dan tauladan kepada yang lain.

Mungkin ada pihak yang akan mengambil kesempatan, supaya AT dimaafkan dan dibenarkan meneruskan tabiat keji dia dengan harapan berlaku perpecahan/bercanggah pendapat dikalangan ulamak....AT akan dibebaskan tanpa hukuman.

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya UMNO nak hukum juga, nak gentarkan bloggers, kerana blog lebih dipercayai berbanding media arus perdana

Tanpa Nama berkata...

biar dihukum org yg sesat lagi menyesatkan, ibu segala org mukmin dihina, dan sahabat nabi saw juga dihina, ulama mazhab pun dihina, maka sapa yg lebih sesat? hina bukan sembunyi2 tapi terus terang.. tidak berlapik kemudian dgn bangga berkata tidak kisah sekiranya org menghukum kan dia kapir, apakah GB merasa redha dgn org seperti ini?