Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilihat tidak jujur di dalam menyelesaikan isu serangan rumah ibadat apabila beliau menyatakan polis tidak akan mengambil keterangan daripada Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berhubung kenyataannya yang mendakwa beliau mempunyai maklumat tentang pembabitan ahli pergerakan Pemuda Umno dalam kes serangan gereja di Desa Melawati awal bulan ini.
Ramai pemerhati politik berpendapat tindakan Keselamatan Dalam Negeri tidak mengambil keterangan dari Azmin kerana khuatir Azmin berjaya membuktikan penglibatan UMNO di dalam insiden serangan gereja.
Hishamuddin pula berkata polis tidak perlu mendapatkan keterangan Azmin kerana beliau bercakap atas kepentingan politik semata-mata, Bernama dipetik.
"Azmin hanya orang politik yang boleh membuat andaian dan tuduhan yang bermacam-macam," katanya selepas majlis pelancaran Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Azmin semalam, yang mendakwa mempunyai maklumat tentang pembabitan Pemuda Umno Bahagian Gombak dan Ampang dalam kes membakar Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, pada 8 Januari lalu.
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak, berkata beliau sedang berusaha mendapatkan nombor kad pengenalan dan nombor keahlian ahli Umno yang didakwa terbabit.
Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, Umno juga boleh membuat tuduhan kepada PKR sekiranya mahu, namun kerajaan mahu menumpukan untuk mengumpul bukti dan fakta terlebih dulu dan tidak sekali-kali membuat tuduhan sembarangan.
Beliau berkata, polis tidak akan pilih kasih dalam sebarang tindakannya selepas bukti yang diperolehi mencukupi tidak kira ia membabit orang Umno atau sesiapa saja yang didapati terbabit.
"Sekarang polis sudah bertindak termasuk menahan seorang anak pegawai polis. Ini menunjukkan pihak berkuasa tidak pilih kasih dalam tindakan yang penting selepas kita mempunyai bukti untuk dibawa ke muka pengadilan," katanya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan pula, berkata dakwaan pembabitan Pemuda Umno dalam insiden itu hanyalah satu strategi baru pembangkang yang kini mensabitkan semua kejadian buruk kononnya datang dari Umno.
Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, Umno juga boleh menuduh PKR atau pembangkang melakukan perbuatan tersebut, tetapi Umno tidaklah sejahil itu untuk membuat tuduhan tanpa sebarang bukti.
"Saya nak ingatkan pembangkang jangan buat tuduhan melulu. Jika ada bukti sila dedahkan. Yang penting Umno tak suruh. Jika misalnya ada ahli Umno yang terbabit mencuri, itu bukan Umno yang suruh. Itu yang penting," katanya.

5 ulasan:
YB Azmin kena buktikan, jangan tidak. Tak mengapalah jika Hishamudin buat acuh tak acuh. Kita tengok sejauh mana dia nak mempertahankan sikap egonya tu.
hishamudin antara yang lantang menolak kebenaran penggunaan kalimah allah oleh mahkamah
menteri penggalak rusuhan
Kalau Azmin tu orang politik, Hishamudin pulak orang apa? ORANG HUTAN ke?
Satu lagi projek untuk memperbodohkan orang melayu...
Hishamudin bukan orang politik tapi orang yang bermuka tebal. Tengok kes PSMI dulu tu, selamba ja dia bersalam dengan SN A Samad Said sebab tu dia duduk di KDN la ni. Dia tu macam Izrail yang berani ambil tanah bagi mematuhi kehendak Allah yang nak cipta Nabi Adam.
Catat Ulasan