8 Jan 2010

Gereja Di Desa Melawati Diletupkan

Sebuah gereja di Desa Melawati telah diletupkan pada tengah malam tadi seiringan dengan amaran polis kepada kumpulan masyarakat Islam supaya tidak mengadakan demonstrasi membantah Catholic Herald menggunakan kalimah “Allah” di dalam seksyen Bahasa Malaysianya.

Serangan ke atas Metro Tabernacle A/G, sebuah gereja di Jalan 4/4C Desa Melawati, telah memusnahkan pejabat pentadbiran di tingkat bawah. Tiada kecederaan dilaporkan akibat serangan tengah malam itu.

Polis masih cuba mengenalpasti penyerang berkenaan dan belum ada yang tampil bertanggunggungjawab terhadap insiden yang berkumngkinan boleh dikaitkan dengan kemarahan sesetengah pihak terhadap keputusan mahkamah pada 31 Disember lalu. Penghakiman berkenaan telah ditangguhkan perlaksanaannya denga rayuan di pihak kerajaan.

Menurut saksi yangbaru selesai minum kopi di kedai berdepanan dengan gereja berkenaan, tiga atau empat orang dengan dua motosikal telah berhenti di hadapan gereja itu.

"Mereka memecahkan panel kaca di tingkat bawah sebelum mencurahkan cecair pembakar dan kemudian membakarnya," menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak gereja.

Gereja itu ditempatkan di bagunan rumah-kedai tiga tingkat dengan menjadikan pejabat di tingkat bawah. Kakitangan gereja telah membuat laporan polis terhadap kejadian berkenaan.

Sebelum itu, lamanweb kehakiman telah diceroboh dan kemudian tidak boleh diakses.

Gereja Metro Tabernacle tidak ada hubungan dengan Gereja Katolik Roman yang telah mencabar penghakiman 2007 untuk menghentikan penggunaan kalimat “Allah” bagi menampilkan Tuhan Kristian di dalam majalah Herald.

Majalah Herald diedarkan secara ketat di dalam negara ini kepada anggaran 850,000 Katolik yang melakukan ibadat mereka di dalam bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil dan Bahasa Malaysia.

Gereja Katholik Roman telah bersetuju untuk tidak membantah penangguhan penghakiman untuk tujuan "keselamatan negara" kerana terdapat bantahan dari kalangan umat Islam terhadap keputusan mahkamah tinggi dan mengugut untuk berdemo.

Kumpulan itu telah dikatakan akan menganjurkan demo selepas solat Jumaat di Kuala Lumpur hari ini sekalipun pihak polis telah mengeluarkan amaran supaya tidak berdemo.

Perdana Menter Datuk Seri Najib Razak dan sepupunya Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin Hussein telah mempertahankan hak para pendemo untuk berdemo di kawasan masjid.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Mohamad Sabtu Osman berkata terlalu awal untuk mengkaitkan serangan ke atas gereja itu dengan protest terhadap kalimah Allah.

"Kami masih menyiasat," katanya kepada Associated Press. Beliau juga meminta umat Islam Muslims tidak menyertai demo yang dirancangkan, dan menambah bahawa polis akan di hantar ke masjid-masjid untuk memantau keadaan.

Polis menghadkan perkumpulan tidak melebihi lima orang dan lazimnya akan mengambil tindakan, termasuk menggunakan gas pemedih mata dan air berasid untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

Ulasan GB

Jika benar ia dilakukan oleh umat Islam, ia sesuatu yang amat mengecewakan hasil dari tindakan emosional serta tidak bertanggungjawab.

Ia berlaku apabila kejahilan menguasai diri dan mereka yang mengapi-apikan sentimen perkauman dan juga keagamaan di dalam isu kalimat Allah perlu merenung terhadap implikasi buruk yang menimpa agama Islam dan umatnya ekoran kejadian itu.

4 ulasan:

pemerhati berkata...

Nampaknya isu penggunaan nama "Allah" yang dipertikaikan telah merebak kepada keganasan.

Persoalannya mengapa
Gereja Metro Tabernacle diletupkan, apa salah mereka../ apakah isu penggunaan nama Allah itu tidak memberi apa-apa kesan kepada penganut islam maka pihak tertentu terpaksa gunakan tindakan yang lebih melampau agar orang yang beragama kristian bangkit memberontak dan berperang dengan orang islam...?

Sekali lagi kita nampak permainan agama ini menjurus kepada kepentingan politik sesebuah parti.

Diharapkan rakyat malaysia yang beragama islam dan yang tidak menyokong perjuangan UMNO, tolong jangan percaya dengan propaganda mereka.

Jangan libatkan diri semata-mata untuk menunjukkan simpati pada orang-orang yang merayu berkaitan dengan agama dan bangsa sedangkan itu hanyalah kepura-puraan semata-mata.

Perbuatan membakar atau meletupkan bangunan yang disayangi oleh puak tertentu adalah tanda ada pihak yang ingin mencetuskan huru-hara dikalangan rakyat seperti terjadinya kejadian hitam 13hb.Mei,1969.

Oleh kerana itu penyokong Pakatan Rakyat, diharap tidak melibatkan diri dengan provokasi seperti itu. Biarkan orang-orang UMNO yang memulakan dan menyelesaikan nya sendiri.

"Sendiri buat sendiri tanggong..."

Tanpa Nama berkata...

cilaka lah siap yg meletupkan gereje tu...org ini cuba membakar sentimen keagamaan dikalangan rakyat.

aku muslim tp aku xsokong tindakkan bodoh org mcm ni.

Tanpa Nama berkata...

saya selaku umat islam, sangat membantah tindakan mengebom tempat ibadat agama lain.Ini amat bertentangan dengan ajaran islam.Islam tidak menyuruh umatnya berlaku ganas sekalipun islam itu sendiri dipermainkan oleh agama lain.Kita tiada hak untuk menjatuhkan hukum ke atas orang lain sekalipun dia bukan seagama dgn kita..dan walaupun dia agama lain, tetapi duduk di bawah pemerintahan islam tu sendiri,dia berhak mendapat tempat perlindungan yang selamat..mengebom tempat ibadat orang adalah perbuatan terkutuk dan mmg tidak pernah diterima oleh islam..Ingatlah islam itu indah..bukannya perbalahan atau keganasan.

Tanpa Nama berkata...

Saya andaikan bahawa inilah yang dinamakan senjata makan tuannya sendiri iaitu senjata (Isu keUgamaan)yang digunakan untuk pemperkasakan semula dirinya yang telah dilihat semakin lemah demi untuk menarik sokong orang ramai terhadapnya. Namun sebaliknya pula yang berlaku...Itulah kekuasaan ALLAH s.w.t yang tidak memerlukan pembelaan dari umatNya


Kekiri tidak, Kekanan pun tidak, Rupa-rupanya diatas pagar bro....