6 Mei 2009

Kerajaan Haram UMNO/BN Perak Tutup Jalan Dan Bawa Masuk 30 SB Ke dalam DUN Esok

Kerajaan haram Barisan Nasional Perak hari ini bertindak menutup laluan masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan agaknya kerana takutkan Jebat-Jebat Perak mengamuk lalu menyerbu masuk ke Sidang Undangan Negeri esok selama tujuh hari tujuh malam, demikian dilaporkan oleh Suara Keadilan.

Semua laluan ke pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini dari Jalan Kuala Kangsar, Jalan Silibin, Jalan Lahat, dan Jalan Hospital akan ditutup sementara dan dilencongkan mulai 9 malam ini hingga esok sempena persidangan Dun tersebut.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias, berkata orang ramai hendaklah menggunakan jalan alternatif bagi mengelak kesesakan lalu lintas sepanjang tujuh hari persidangan itu berlangsung.

Beliau berkata cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh sudah menetapkan 13 kawasan penutupan dan lencongan jalan ketika perasmian Dun pagi esok.

Laluan yang akan ditutup dan dilencongkan ialah simpang Jalan Lim Bo Seng, Jalan Horley, simpang Jalan S.P Seenavasagam, Jalan Kompleks Islam, simpang Jalan Istana, simpang masuk Medan Istana, susur dari bangunan pejabat Tanah, susur Jalan Kuala Kangsar, simpang Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dan susur dari Taman Idris.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak didakwa merancang membawa masuk serama 30 anggota polis daripada Cawangan Khas ke dalam Dewan Undangan Negeri semasa persidangan berlangsung esok.

Exco Kanan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Datuk Ngeh Koo Ham ketika dihubungi TV Antara mendakwa Datuk Dr Abdul Rahman Hashim mempunyai senarai yang mempunyai sebanyak 30 nama dipercayai anggota polis.

"SS (state secretary) ada senarai itu, ada sebanyak 30 nama orang yang tidak dikenali. Menurut sumber dalaman pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri mereka berkemungkinan SB (special branch) kerana bukannya daripada kalangan ADUN atau MP atau ketua-ketua jabatan kerajaan negeri.

"SS tidak mahu memberi senarai tersebut kepada Speaker dan Speaker tadi mengadu kepada saya mengenai perkara ini," kata Datuk Ngeh.

Beliau berkata langkah Setiausaha Kerajaan Negeri itu seolah-olah membenarkan kumpulan yang tidak ada hubungan dengan persidangan DUN untuk hadir di dalam tanpa dketahui motof kehadiran mereka.

Datuk Ngeh menyelar Barisan Nasional yang dianggapnya tidak menghormati undang-undang kerana tamakkan kuasa dan kedudukan.

"Kita akan mengikut undang-undang dan peraturan semasa persidangan esok. Kita mahu menjadi wakil rakyat contoh bagi mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat.

"Ini berbeza dengan BN yang nampaknya rela membawa masuk SB untuk mengugat ADUN-ADUN dan mungkin juga membelakangkan kuasa Speaker," tegas beliau lagi.


1 ulasan:

toytian berkata...

UBN boleh tunjuk hebat & kuat membelakangi TUHAN, rakyat perak tak payah takut nanti kalau umur panjang pilihanraya kita tegur dgn kertas undi. Jangan lupa hak kita sudahpun dirampas UBN dan yang sewaktu dgn nya. ...............Jiwa tuah atau jiwa jebat kah kita?