6 Mei 2009

AMK Sifatkan Gani Patail Berniat Jahat Dalam Kes Nizar-Zambry

Buletinonline melaporkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu menyangkal kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara , Tan Sri Abd. Ghani Patail yang menyatakan bahawa YAB Datuk Seri Nizar Jamaludin dilucutkan daripada menjawat jawatan Menteri Besar Negeri Perak kerana tidak mendapat kepercayaan majoroti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak .

Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa berkata, Ghani harus sedar kedudukan ADUN Barisan Nasional (BN) berjumlah 28, seimbang dengan ADUN Pakatan Rakyat.

Katanya tiga orang ADUN yang ‘melompat’ mengisytiharkan diri mereka ‘bebas’ dan tidak mewakili mana-mana parti.

Beliau memperosalkan, sekiranya Dato’ Seri Mohd. Nizar Jamaludin boleh dilucutkan jawatan kerana tidak mendapat kepercayaan ADUN, bagaimana pula kedudukan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said ?

“Menteri Besar Negeri Terengganu, Dato’ Ahmad Said, secara jelas tidak mendapat kepercayaan daripada 18 ADUN BN,

“sehingga menimbulkan ketegangan dan konflik politik di Negeri Terengganu yang memalukan dan melucukan,”katanya

Fariz berkata, ekoran persengketaan politik dalaman, perpecahan UMNO/BN Negeri Terengganu begitu parah sehingga Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Razak , terpaksa menurunkan pangkat Ahmad Said.

“Naib Presiden UMNO Dato' Seri Hisamuddin Husein dilantik menjadi Pengerusi UMNO Negeri Terengganu menggantikan Ahmad,

“bermakna Ahmad Said gagal memimpin dan menyelesaikan polemik yang yang berlarutan dan tiada kesudahan,”ujarnya ketika menghubungi Buletinonline semalam.

Oleh itu, katanya Najib sepatutnya melucutkan jawatan Ahmad Said kerana ADUN-ADUN UMNO/Barisan Nasional sudah hilang kepercayaan kepada beliau.

Katanya Najib sepatutnya mengambilkan tindakan yang sama seperti mana tindakan yang beliau lakukan terhadap Kerajaan Negeri Perak .

Katanya, tindakan ADUN-ADUN UMNO / BN menolak , menentang dan hilang kepercayaan terhadap Ahmad begitu jelas, terbuka dan tanpa segan dan silu menolak kepimpinan dan peribadi Ahmad Said.

Beliau yang juga Timbalan AMK Pusat, membantah dan kesal dengan campur tangan Peguam Negara yang seolah-olah berniat jahat ( mala-fide ), berusaha untuk mempengaruhi perbicaraan kes antara Menteri Besar Sah Pilihan Rakyat Datuk Seri Nizar dengan Menteri Besar Rampasan Kuasa Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir .

Katanya, sekiranya hujah Tan Sri Ghani Patail diterima mahkamah dan ia menjadi 'precedent case' ( kes ikutan ) , justeru Najib mesti melakukan tindakan yang sama mengikut kes tersebut dan memecat Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.

AMK Negeri Terengganu turut mencadangkan, adalah lebih baik Ahmad Said segera melepaskan jawatan Menteri Besar Negeri Terengganu secara sukerala atau mengambil tindakan membubarkan Dewan Undangan Negeri Terengganu kerana beliau sudah tidak mendapat kepercayaan dan sokongan ADUN-ADUN UMNO/ Barisan Nasional.

Dalam pada itu Mahkamah Tinggi juga diberitahu bahawa pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak pada 6 Feb lepas, menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, adalah tidak mengikut perlembagaan.

Peguam Sulaiman Abdullah, untuk Mohammad Nizar, berkata bahawa Zambry tidak boleh menuntut pejabat Menteri Besar kerana Mohammad Nizar belum meletak jawatan dan pejabat Menteri Besar tidak pernah dikosongkan.

"Pelantikan seseorang ke pejabat Menteri Besar mungkin hanya sah jika pejabat itu dikosongkan.

"Jika pejabat itu tidak dikosongkan, tidak ada pelantikan yang sah dalam undangundang untuk menduduki pejabat itu, kerana tidak boleh ada dua orang memegang satu jawatan Menteri Besar," kata Sulaiman dalam hujah dua jamnya.

Pada 13 Februari, Mohammad Nizar, 52, yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak pada 17 Mac, tahun lepas, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa Khas) bagi memohon pengisytiharan bahawa beliau pada ketika mana adalah Menteri Besar Perak.

Dalam afidavit untuk menyokong permohonan itu, Mohammad Nizar mengukuhkan bahawa:

* Beliau telah menasihat dan memohoan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengelakkan berlaku sebarang kebuntuan dalam pentadbiran hal ehwal negeri itu memandangkan tiga anggota DUN tersebut telah meletak jawatan;

* Tidak ada pembubaran DUN;

* Tidak ada usul tidak percaya dibentangkan terhadap beliau di DUN;

* Beliau belum meletak jawatan daripada pejabat Menteri Besar. Sulaiman, dalam hujah beliau hari ini juga mempertikaikan bahawa Menteri Besar Perak tidak boleh dilucutkan jawatan oleh Sultan Perak.


"Menteri Besar mungkin hanya boleh dilucutkan jawatan setelah undi tidak percaya diluluskan terhadap beliau oleh anggota DUN itu," kata beliau.

Ini kerana, kata Sulaiman, Menteri Besar itu tidak memegang jawatan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia tetapi memegang jawatan tertakluk kepada keyakinan anggota DUN yang mana (Menteri Besar) bertanggungjawab.

"Peranan Duli Yang Maha Mulia di bawah Artikel 16(6) hanya memutuskan sama ada atau tidak untuk membubarkan DUN, jika Menteri Besar telah hilang undi tidak percaya," kata Sulaiman.

Sulaiman yang sebelum ini tidak bersetuju dengan hujah pencelah, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata bahawa pembubaran DUN tidak hanya tertakluk pada keadaan di mana Menteri Besar telah hilang keyakinan majoritinya.

"Apabila Menteri Besar menghadap Sultan memohon perkenan untuk membubarkan DUN, ia bukan satu pengakuan bahawa beliau telah hilang keyakinan majoriti. Pembubaran boleh dipohon pada bilabila masa, untuk sebarang sebab, dan bukan terhad pada hilang keyakinan majoriti," katanya.

Sulaiman juga berkata mahkamah hendaklah mematuhi dan mengaplikasikan keputusan Stephen Kalong Ningkan menentang Tun Abang Openg dan kes Tawi Sli, yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Sarawak pada 1966, pada kes ini.

Pada kes itu yang memutuskan bahawa Gabenor tersebut tidak boleh melucutkan Ketua Menteri tersebut dan tidak boleh melantik seorang Ketua Menteri kedua sementara ada seorang lagi memegang jawatan berkenaan, dan bahawa hanya satu jalan untuk Ketua Menteri untuk melucutkan jawatan dengan cara undi tidak percaya dalam Majlis Negeri.

Perlembagaan Sarawak, Perlembagaan Perak sangat jelas bahawa ia tidak ada kuasa untuk melucutkan jawatan Menteri Besar itu dan budibicara untuk melantik dua orang memegang jawatan Menteri Besar itu.

"Peruntukan Artikel 7(1) Perlembagaan Sarawak sama dengan Artikel 16(6) Perlembagaan Perak dan keputusan kes itu masih merupakan satu undang-undang yang baik," kata beliau.

Penghujahan di hadapan Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim disambung esok.


2 ulasan:

A-I-B berkata...

Ghani Patail nie kan jenis spesis makhluk bodoh. Buang karan jer layan dia!...

Tanpa Nama berkata...

3 dun tu mana ada letak jawatan. surat tanpa tarikh itu menurut mahkamah tidak berpelembagaan. tak baca undang2 ke. rujuk kes tun dato mustapa. dan kes 3 dun tu pun dah ada keputusan sama dgn kes dato mustapha. mahkamah dah putus bulan lepas. juga 3 adun bebas itu boleh menyertai dan bergabung atau menyokong mana-mana pakatan pun. jadi dalam hal ini mereka bergabung dgn BN. PKR , DAP dan PAS pun bukan majoriti kalau di kira hal sebenarpun. gabungan ini tak daftar pun tapi berdiri dan diterima oleh perlembagaan atas ikrar sokongan mereka aje sebab itu boleh tubuh kerajaan dulu. Jadi sama lah kedudukan 3 adun bebas tu. Meraka istihar sokong BN. Jadi BN majoriti. Ikut le dan baca keputusan mahkamah. jangan kita jadi bodoh dan buta fikiran kita kerana terlalu taksub. 16 sep macam mana , tak haram ke, atau bukan rancangan kudeta ke, atau main pintu belakang ke. Lihat diri sendiri le dulu,