5 Dis 2009

Video Aksi Datuk Azhar Tunjuk Punggung

Belum pun 15 minit bersidang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini semalam kecoh apabila sembilan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) bertindak keluar dewan.

Tindakan itu dibuat apabila Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim sekali lagi digantung berikutan keengganannya memohon maaf kepada Sim Tze Tzin (PKR-Pantai Jerejak) yang mendakwa Azhar menunjukkan punggung kepadanya.

Semuanya bermula apabila Tze Tzin yang mengambil bahagian perbahasan Bajet 2010 pada pukul 9.45 pagi dan membangkitkan isu itu yang kemudian- nya mendapat perhatian Speaker, Datuk Abdul Halim Hussain.

Abdul Halim kemudiannya mengarahkan Azhar supaya memohon maaf kerana perbuatan itu seolah-oleh menghina Tze Tzin selain mempelawa Azhar menonton kembali tayangan video kejadian terbabit namun enggan dipatuhi Azhar.

Beliau kemudiannya mengumumkan Azhar digantung sehingga selesai persidangan yang menyaksikan semua ADUN BN keluar dewan. - Kosmo



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ala... apa nak herannya dia nafikan yg dia tunjuk punggong, memang sifat manusia dlm parti umno nie suka menipu, membohong, putar belit, penyangak, lanun darat yg ada sikit kelulusan... kerana jika dah berkecimpung dlm umno inilah kurikulom yg diajar utk mereka. tak suka nak ajar memahami hukum yg ditetapkan oleh Allah dlm Al quran dan sunnah yg ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w.

Tanpa Nama berkata...

Bukannya rakyat Penang yg mampus, tapi kontraktor2 umno yg nak mampus sebab dah tak dapat tender lagi.... begitu juga dgn poket2 yb yg biasa meluluskan projek, biasanya 20% singgah kat poket depa, sekarang ni dah tak ada... itu yg si azhar ni marah sangat...

Tanpa Nama berkata...

Yang kaya UMNO dan pemimpinnya, melayu hanya menjadi pencacai dan peminta sedekah dari UMNO...