5 Dis 2009

Mengapa Nik Amalina Tidak Mengadu Kepada Ayahnya?

Ahli Parlimen Kota Raja dari PAS, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, beliau tidak perlu menyatakan pendiriannya berhubung banyak pertanyaan sama ada beliau menyokong menantu Datuk Nik Aziz Nik Mat atau Datuk Husam Musa dalam krisis pertelingkahan antara keluarga tuan guru itu dengan bloger Nik Azidi atau lebih dikenali sebagai kickdefella.

Pertanyaan ini timbul kerana Dr Siti mengambil pertanggungjawaban untuk menyiarkan luahan hati anak perempuan Nik Azizi, iaitu Nik Amalina di dalam blognya.

Kata Dr Siti, jika beliau tidak mengambil keputusan untuk menyiarkan luahan perasaan Siti Amalina dalam blognya, beliau percaya, orang lain akan berbuat demikian.

Minggu lalu, Nik Amalina telah meluahkan perasaannya melalui laman blog Dr Siti Mariah berhubung isu suaminya yang terpaksa melepaskan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) atas apa yang beliau sifatkan satu fitnah besar dan penganiayaan ke atas suaminya.

Tulisan Nik Amalina itu telah dikutip dan disiarkan pula di dalam laman blog Kickdefella. Dalam tulisannya, Nik Amalina turut menyentuh tentang keperibadian Kickdefella yang menurut beliau sebagai punca yang menyebabkan karier suaminya di PMBK hancur musnah.

Bagaimanapun, tulisan Nik Amalina itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak yang menyifatkan beliau cuba mendokong nepotisma di dalam pentadbiran bapanya, taksub, riak malah dikatakan takabur.

Apatah lagi Nik Amalina dikatakan cuba mempertahankan kedudukan suaminya, Abdul Ariffahmi Abd. Rahman dengan acapkali menyebut yang suaminya adalah orang yang paling layak untuk jawatan tersebut sehinggakan Nik Aziz menawarkan jawatan itu bukan sekali tetapi empat kali.

Dalam hal ini, Dr Siti berkata, beliau bersimpati dengan Nik Amalina yang beliau merasakan tertekan dengan isu yang melanda suaminya.

“Dia (Nik Amalina) mahu mengisytiharkan perasaannya. Rasionalnya jika tidak saya yang memberi ruang kepadanya untuk meluahkan perasaan, dia tetap akan menyiarkan dalam blog lain,” tulis Dr Siti dalam posting terbarunya.

Dan oleh kerana tulisan Nik Amalina itu adalah satu luahan perasaan, kata Dr Siti, maka sudah tentulah ia beremosi.

“Luahan perasaan mestilah beremosi. Emosi biasalah...tidak rasional,” kata Dr Siti untuk menjustifikasikan tindakan Nik Amalina menulis dengan penuh emosi bagi menjawab kritikan pembaca ke atas anak Nik Aziz itu.

Oleh yang demikian, kata Dr Siti lagi, tidak semestinya apa yang diluahkan oleh Nik Amalina itu betul dan objektif dari perspektif pembaca walaupun kemudiannya Nik Amalina mungkin akan kembali tertekan apabila membaca komen-komen bloger yang sebahagian besarnya menghentam cara dia mempertahankan suaminya itu.
Jelas Dr Siti lagi, beliau juga telah ditanya, beliau berada di pihak mana? Keluarga Nik Aziz atau Husam Musa yang selama ini dikaitkan rapat dengan Kickdefella.

Kepada persoalan tersebut, Dr Siti menjawab; “Saya mendengar daripada pelbagai pihak. Komen-komen positif dan negatif mengenai orang yang terbabit dalam isu-isu tersebut. Saya tidak akan merakamkan apa yang saya dengar. Cukuplah saya katakan, semua maklumat saya terima dengan secubit garam. Entah betul, entah tidak. Saya tiada cara untuk memastikan maklumat dengan objektif. Semua dari persepsi sumber maklumat. Saya orang yang paling akhir yang akan "menghukum" orang lain. Jika saya ada pengalaman negatif dengan seseorang pun mungkin saya akan mendiamkan diri,” katanya.

Dr Siti juga berkata, pengalamannya selama 10 tahun lebih dalam jemaah telah mematangkan dirinya dengan karenah manusia.

“Kesimpulan saya ialah, dalam perjuangan ini, survival parti dan jemaah yang penting bukan individu. Sahabat-sahabat dalam perjuangan tidak akan mahu terlibat dengan konflik-konflik yang dianggap peribadi. Semasa kita 'berjasa' kepada parti, kita akan dijulang, tatkala kita membuat kesilapan dan menyebabkan imej parti terguris, kita akan dikritik. Jika kita merajuk, tiada siapa yang akan memujuk. Mungkin kata nasihat dan pendapat akan diberi, keputusan di tangan kita. Parti tidak memerlukan kita. Kita yang memerlukan parti sebagai wadah jihad kita,” ujarnya.

Dalam hal ini kata Dr Siti, beliau telah banyak belajar daripada bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor. -MSTAR

Ulasan GB

Saya tidak dapat tidak untuk menegur YB Dr Siti Mariah, yang mengambil keputusan untuk menyiarkan surat Nik Amalina Nik Aziz, melalui blognya.

Alasan diberikan: jika beliau tidak mengambil keputusan untuk menyiarkan luahan perasaan Siti Amalina dalam blognya, beliau percaya, orang lain akan berbuat demikian.

Jawapan tidak boleh dijadikan justifikasi untuk menyiarkan surat luahan peribadi itu yang YB Dr sendiri mengakui ia luahan perasaan, iaemosi, ia tidak rasional.

Sepatutnya YB Dr perlu menasihatinya bahawa ayahanda Nik Amalina sendirilah sepatutnya tempat mengadu. Ayahandanya seorang ulamak disegani, ayahandanya seorang pemimpin tertinggi parti, ayahandanya seorang doktor rohani, ayahandanya seorang yang dicintai oleh sekalian ramai umat manusia di negara ini, apa perlu Nik Amalina mengadu kepada orang lain tetapi membelakangkan ayahandanya sendiri?

Apakah kerana hendak mengadu kepada sekalian orang bahawa ayahandanya itu dikelilingi oleh penasihat-penasihat yang dia sendiri tidak mampu untuk menembusinya sehingga terpaksa meminta orang lain melakukan serangan kepada ayahandanya?


Tidak ada sbarang bukti dibawa, sekadar fitnah yang merapu-rapu. Dan ditulis oleh seorang anak Tok Guru yang begitu mencemarkan ayahandannya sendiri. Sama fe'el dan perangai seorang lagi anaknya, Nik Abduh namanya yang pernah melondeh kain ayahandanya sendiri.

Sedangkan orang yang "dimusuhnya" itu ada membawa bukti tentang gelagat dan perangai suaminya yang bernama Ariffahmi itu.


Itu sebab saya katakan tadi YB Dr tidak sepatutnya melayan anak tok guru yang mengada-ngada itu.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hak tang ni aku setuju dgn greenboc...
aku ingatke anok betino tok guru ni cerdik....
huaa..huaa...huaa
kesieee....

Tanpa Nama berkata...

kasihan, apa saja yg bertentangan dan kelihatan memberi impak negative kepada TGNA, pasti dikategorikan pencemar dan pencalit arang dan kredibeliti TGNA, waima anak2nya sendiri. Kelihatan, isu2 sebegini sudah menjadi isu konflik keluarga walaupun ia bermula dengan isu pentadbiran negeri. Nantikan bagaimana kesudahannya, semakin positif atau semakin negatif untuk PAS keseluruhannya. What goes around comes around.

-Mohd, Rusila -Mansoura, Egypt

lipanbara'blog berkata...

Assalamualaikum,

Disini saya meminta jasa baik tuan punya blog Kelab Greenboc bagi menukarkan link blog saya yang sedia ada http://sesamaislam.wordpress.com kepada http://best1of4.wordpress.com kerana blog lama saya bermasalah tak boleh nak login & terpaksa dihapuskan. Diharap mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak Kelab Greenboc, dan terimakasih sekali lagi kerana sudi meletakkan link saya di BLOG TAMU anda.