Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam percaya perletakan jawatan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said bersangkut paut dengan skandal pemberian kontrak uniform suruhanjaya berkenaan.
Katanya kontrak itu diberi secara rundingan terus tanpa melalui tender terbuka seperti kebiasaannya.
Manikavasagam berkata, kontrak melalui rundingan terus itu mengakibatkan harga pakaian berkenaan melonjak melebihi 150 peratus berbanding harga asal.
Sehubungan itu katanya, beliau akan mendedahkan mengenai skandal pemberian kontrak itu dalam waktu terdekat.
“Saya memang ada beberapa kes rasuah melibatkan Ahmad Said dan akan dedahkan dalam masa terdekat.
“Di mana tender pakaian diberi kepada satu syarikat secara rundingan lansung,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada TVSelangor ketika mengulas mengenai perletakan jawatan Ahmad Said berkuatkuasa akhir ini.
Semalam Ketua Setiusaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, Ahmad Said telah meminta supaya kontrak khidmat beliau yang sepatutnya tamat Mei depan di pendekkan.
Manikavasagam juga mendakwa beliau mempunyai dokumen lengkap mengenai pemberian tender berkenaan.
“Saya rasa mungkin ada tekanan mereka sudah tahu dokumen-dokumen berada di tangan saya dan kemungkinan besar mereka suruh dia (Ahmad Said) untuk meletakkan jawatan awal,” katanya. -TVS

3 ulasan:
beginilah caranya... hidup dalam gelanggang umno... hidup dia orang ni mana boleh buat kerja kalau tak ada fulus, orang lain bertungkus lumus cari duit, dia orang dapat dgn senang itulah dia kalau tak takut dgn hukum yg telah dijanjikan oleh Allah, kalau ingkar perintah Allah, maka kamu tunggulah ..... azab Allah pasti akan kamu terima (JANJI ALLAH ITU BENAR, NERAKA ALLAH ITU BENAR, SYURGA ALLAH JUGA BENAR - NANTI PADA MASA ITU SUDAH TIDAK ADA LAGI KEAMPUNAN DARI ALLAH UTK KAMU)
Kalau nak dengar cakap pembangkang, semua pemimpin dan pegawai kerajaan korup.
Malangnya dikalangan mereka pun korup juga.
Rakyat yg jujur,amanah dan bertanggungjawab juga nampaknya yg tertipu......
Nampaknya org Islam tidak kenal siapa musoh mereka yg sebenar......kerana cakap org2 itu yang lebih dipercayai......
Demokrasi itu ciptaan manusia, sememangnya mudah dimanipulasi..........terutama dikalangan mereka yg matanya celik tetapi hatinya buta.....
Wallahualam.
Mana boleh hidup dalam kerajaan UMNO kalau tak rasuah sama, SPRM perasuah dan pembantu rasuah malaysia
Catat Ulasan