21 Dis 2009

Untuk Pak Bakar Dan Rakan-rakan Sejati, Terima Kasihku Tak Terperi

Maaf, tak tahu entri apa nak ditulis pagi ini. Banyak sangat isu, tapi semua hal introspeksi diri. Jadi kena kawal sekarang persaan ni, sebelum nanti dalam lebih ramai memaki-maki GB. GB dah kena beli, GB dah jadi agen musuh menentang parti, GB dah itu dan ini, begitu dan begini.

Oleh itu GB pagi ni main salin dan tampal jer. Salin dan tampal komen Pak Bakaq (gambar) dengan jawapan GB terhadap satu rangkaikata tulisan GB sendiri


Pak Bakaq sendiri selalu menulis membela PAS. Tapi bila Pak Bakaq kena gari, siapa pemimpin PAS yang ada taruh simpati? Kereta Pak bakar sampai nak kena tarik. Bil streamyx pun dah kena potong tempohari. Ada pemimpin PAS ambil tahu? Mujur Pak bakaq ni ada juga kable. GB lansung takder kable, kalau berlaku apa-apa hal macam berlaku ke atas mahazalim macam dulu, memang parah aku. Muga Allah melindungi.


Maka menjawablah Pak Bakaq:


Leganya kalau ada cable. Taklah internet kena potong, kereta kena tarik (bukan setakat nak kena tarik).

Sdr GB

Tak payah fikirlah soal penghargaan atau benda2 karut marut sebegitu.

Kita buat kerja kita, depa buat kerja depa.

Aku dah sebut dah. Kalau PAS nak menang, selain berpegang teguh kepada kehendak Islam, para pemimpin PAS mesti bersih dan dilihat bersih, tidak bodoh dan rajin.

Aku tulis kerana sakit hati. Bukan kerana hendak dihargai.

Apa tak sakit hati? Kita harap para pemimpin PAS bersih dan dilihat bersih, tak bodoh dan cerdik. Itulah kekuatan untuk melawan Umno.

Yang paling kita tak nak dengar ialah kata-kata "pemimpin PAS pun serupa Umno jugak".

Kata-kata itu sudah cukup untuk jadi sumber kekuatan Umno. Sebabnya, kalau pemimpin PAS pun serupa Umno, depa kata, baik pilih Umno.

Tetapi, kata-kata itulah yang kita dengar tak habis-habis sekarang. Itu persepsi sebahagian rakyat.

Mengkhianati kawan, bercakap bohong, keras pedal dengan kronisme, macam-macam.

Bila kita dah tak boleh nak menafikan tanggapan seperti itu, hang tak sakit hati ka?

Sebab itulah, mampoih pi la nak hargai ka, tak hargai ka. Mampoih pi la nak kata apa pun. Aku sakit hati!


GB pun jawab semula:

Alamak Pak Bakaq

Soriler kalau GB salah tulis kata Pak Bakaq ada cable. GB hanya tahu entah dari mana maklumat tuh.

Tapi itulah sahabat-sahabat semua, luahan seorang blogger lama.

Dulu sewaktu di zaman reformasi, seingat GB, selain dari Prof Abdullah Hassan dan isterinya, Pak Bakaq adalah diantara yang agak prolifik menulis dan menghantar artikelnya ke Laman Reformasi. Salah satu tulisan Pk Bakaq GB rakamkan di dalam tulisan ini.

Benar kata Pak bakaq

"Tak payah fikirlah soal penghargaan atau benda2 karut marut sebegitu. Kita buat kerja kita, depa buat kerja depa. Aku dah sebut dah. Kalau PAS nak menang, selain berpegang teguh kepada kehendak Islam, para pemimpin PAS mesti bersih dan dilihat bersih, tidak bodoh dan rajin.

"Kalaulah kerana nak dihargai, baik tak usah sampai nak menyusahkan diri, banyak menda lain yang GB boleh lakukan untuk dihargai. Malah laman IT kendalian GB skrg ni pun dah berbulan(bertahun kot) tak usik, sebab tumpukan perhatian kepada perjuangan parti.


Memang benar apa Pak Bakaq kata "selain berpegang teguh kepada kehendak Islam, para pemimpin PAS mesti bersih dan dilihat bersih, tidak bodoh dan rajin".

Jika seorang ahli biasa macam GB dan Pak Bakaq tak bersih, itu tak memberi kesan besar sgt kepada parti. Dan memang GB pun banyak kelemahan. Hutang masih keliling pinggang. Apa pasal? Sebab tinggalkan kerja buat kerja untuk parti. Sebab GB merasakan dulu, memprjuangkan Islam, mesti lakukan sepenuh masa, perjuangan Islam bukan kerja part-time jika nakkan Islam menang. Jadi dalamasa berjuang, keperluan zahiriah perlu juga dijaga. Kalau tak nak makan apa? Pilihan yang boleh dilakukan ialah berniaga, tetapi dunia perniagaan ada disiplinnya sendiri, sehingga GB terpaksa akui GB tak pandai berniaga, tak pandai nak pusing, tak pandai pula marketing. Hal ini pernah GB kisahkan di SINI.

Berbalik kpd luahan Pak Bakaq, mana tak sedih, penat-penat berjuang di alam siber sekian lama. tup-tup keluar Kerajaan Perpaduan.

Senang-senang pejuang siber dikhinati, bukan sekadar pejuang siber, tetapi pejuang di akar umbi juga seluruh negara.

OK tamat kisah tu, berhadapan pula dengan ramainya pemimpin atasan PAS yang bodoh dan pemalas pula yang oleh Ust Fathi Yakan maksudkan sebagai golongan "futur" dari kalangan pemimpin. Baca kat SINI.Banyak perkara boleh dibuat oleh PAS, tapi tak buat. PAS boleh anjurkan program Maal Hijrah sendiri untuk iktiraf pejuang2 PAS yang dah berkorban utk parti seperti Hassan Shukri, Subky Latif, bekas2 PJ Negeri-negeri, tapi pemimpin PAS tak buat, lebih seronok bertenggek atas pentas VIP majlis Maal Hijrah pihak lawan.

Dan pemimpin futur ini ada pengampunya yang tersendiri. Siapa? Tak payah sebut nama. Semua orang tahu. Termasuk kat harakah, penulis-penulis harakah dah jadi macam wartawan Utusan dan seumpamanya. Membodek tak sudah, hentam blogger. tetapi bodoh rupanya, kalau tak masakan harakahdaily terpaksa di"outsource" kepada sebuah syarikat bernama Altfa Solution. GB belum bongkar lagi hal tu. Ada tender ke tidak, kronisme ke tidak dll.

Nak suruh GB tinggalkan parti macam Pak Bakaq dah buat? Boleh dan mujur terjumpa hadith yang mengkisahkan tentang walaupun berjuang sendirian tanpa parti.. biar engkau sampai menggigit akar kayu... tenanglah kemudian hati ini.

_________________________

Pagi ni terbaca laporan BAYAN kat karpethijau yang pergi ke Seminar Blogger semalam.


BAYAN: mmg betul akhi cakap, perjuangan pas dah jadi prjuangan olok-olok. tahap mentaliti YB2 pun mcm budak2. meluat saya tengokkan.
21 Dec 09, 09:16

BAYAN: Smlm masa seminar blogger, saya dpti ramai yg gila glamour, posing amik gambar. termsk YB-YB. teringat saya kisah prjuangan Islam, umat Islam bawa illmu & pdg, bukan kamera. amacam pas nak menang ni?

Betul ke begitu? Mungkin dunia dah nak kiamat.
Jika betul dunia nak kiamat lebih baik GB berundur dari perjuangan alam siber yang dah dipenuhi dengan kepura-puraan ini.

Mungkin blog GB akan ditutup selama-lamanya. Mungkin ada yang suka, termasuk pemimpin-pemimpin tertinggi parti. Hidup nanti bertambah sedap tanpa GB. Asyik nak salahkan pimpinan parti, asyik prejudis dengan UG. Kata mereka.

Lagipun entah macamana, takdir Tuhan, laptop kebelakangan ini asyik meragam. Susah betul aku nak wat keje. Almaklum dah 4 tahun dilanyak habis. Ruang hard-disk dah penuh. Memori kecik. Nak convert video-video pun dah amik berjam-jam. Siara radio GB.fm nak stream pun asyik tersangkut, last-last suara GB dah tak der lagi di alam siber. Dah berbulan-bulan. Kawan-kawan email pun GB dah tak mampu nak jawab. Segan pun ada nak bagitahu yang GB dah tak mampu.

Nak bagitahu Pak Bakaq juga, usah bersedih, GB pun sebenarnya streamyx dah dua kali kena potong hari tu. Kereta buruk GB sampai dah masuk lot "kereta lelong" sebuah finance, mujur dapat jual motor buruk dan tebus semula. Itu pun dah rugi kat RM1000 (duit upah tarik dan sewa lot).

Itu pun kena tuduh macam-macam. Dapat habuanlah, dapat tajaanlah, GB dah kena beli... huhu pilu hatiku..

GB bukan macam blogger Sebol, mewarisi perniagaan stesyen pam minyak dari bapa, atau YB yang dah boleh menulis blog dengan gaji dan elaun bulanan dah tentu ada, atau forummer-forummer berbakat dengan perkataan caci-maki dengan kata nista.

Khuatir sangat GB mengenai kes GB terpaksa menyamar jadi peminta-sedekah di Puduraya zaman reformasi dulu, bila nak balik tak der duit minyak...

Ada yang syorkan jumpa ariffahmi. KAH KAH KAH .. pinjam Tukartiubnya ketawa sekejap.

Yang ada pada GB hanyalah Suci Sekeping Hati. InsyaAllah.
Dan GB bukanlah pejuang siber yang terbaik. Lebih ramai yang bagus-bagus. Jika ditakdirkan GB ada lagi menulis selepas ini, mungkin bukan lagi untuk pemimpin parti. Pemimpin parti dan para penyokongnya tak payah susah-susah hati. Kalau ada juga, terima saja ia takqdir Ilahi, GB mungkin dah boleh diubah lagi.

Semuga Allah terima amalan kita semua. Semuga Allah memberikan kemenangan hakiki kepada parti kita. Selepas ini.

Mohon ampun segala dosa jika ada.

Ni baru terbaca tulisan di sebuah blog Fakulti SiyasahSyariah untuk renungan bersama justeru ada juga yang menuduh kononnya GB termasuk golongan yang fasiq and manalah tahu kot betul GB fasiq.


Berikutan tulisan FSS mengenai "Fitnah Benar dan Fitnah Bohong", petang semalam, seorang sahabat bertanya "Bukankah Islam juga menolak berita yang disebarkan oleh orang fasiq?".

Untuk menjawab pertanyaan itu elok kita perhatikan firman Allah dalam surah al-Hujurat, ayat 6:

يأيها الذين آمنوا إن جاءكم فاسق بنباء فتبينوا
Terjemahan: Wahai mereka yang beriman! Jika kamu didatangi si fasiq dengan sesuatu berita, maka hendaklah kamu periksa (asas, latarbelakang atau kebenarannya).

Ayat tersebut tidak menyuruh orang beriman menolak berita yang disebarkan oleh si fasiq. Sebaliknya, ayat itu menyuruh orang beriman menyiasat berita yang dibawa oleh si fasiq.

Si fasiq yang paling teruk ialah si musyrik. Namun, berita darinya usah ditolak mentah-mentah. Justeru, Rasulullah mengutus beberapa perisik ke dalam kalangan musyrikin untuk mendapat berita dari mereka. Berita yang diperolehi dari mereka diproses dan dimanfaatkan.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,

Bro GB, jangan penat berjuang. Biar sampai ke hembusan nafas yang terakhir. Semua orang dalam dunia ni ada hak untuk meluahkan pandangan masing-masing. Dengan bertukar-tukar pandangan begini, barulah kita dapat muhasabah diri.

Kritikan ke atas pimpinan bukan untuk memecah-belahkan ahli-ahli PAS. Sejak bila pimpinan PAS tidak boleh dikritik? Kita orang2 PAS selamanya mengkritik dasar2 UMNO dan untuk itu, kita kerap dituduh memecahbelahkan orang Melayu dan orang Islam. Adakah sekarang sindrom UMNO sudah merebak masuk ke dalam parti kesayanganku?

Jika Bro GB berdusta dan memfitnah, adakah kami ni ahli-ahli PAS bodoh dan jahil benar untuk mempercayai 100% artikel beliau? Kritikan kepada pemimpin membuktikan bahawa ahli-ahli PAS tidak taasub kepada pimpinan seperti yang dituduh oleh UMNO selama ni. Saya dan rakan-rakan bukan baru semalam berjuang bersama PAS. Sekadar ingatan, ini adalah senario yang berlaku selepas pilihanraya umum yang lalu:

1. PAS tiba2 menjadi sebuah parti elit, bukan lagi parti marhaen seperti pada zaman Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Almarhum Yusuf Rawa dulu.

2. Para pemimpin PAS mula berani berbohong kepada rakyat menyebabkan imej pimpinan PAS jatuh dengan teruknya. Kenyataan pimpinan PAS dilihat tidak konsisten dan dieksploitasi secara besar-besaran oleh media arus perdana

3. Pimpinan PAS tidak menunjukkan sebarang ketegasan dalam isu UG. Dari semasa ke semasa, pimpinan PAS mengeluarkan kenyataan dan tindakan yang meragukan rakyat, padahal rakyat menyandarkan harapan yang sangat besar terhadap PAS untuk menjatuhkan kezaliman BN

4. Kelab Penyokong PAS yang bermati-matian menyokong kepimpinan Ulama' semakin menyepi, tidak seperti semasa pilihanraya umum yang lalu. Serentak dengan itu, sokongan golongan bukan Islam juga semakin surut. Hanya beberapa hari yang lalu, tiba2 wujud Dewan Penyokong PAS yang dilihat sudah agak terlewat. Mungkin better late than never.

5. PAS di peringkat kawasan saya tidak bergerak dan gagal diaktifkan kerana rakyat tempatan tidak lagi bulat hati dan bersemangat untuk mendukung pimpinan PAS, tidak seperti semasa pilihanraya dulu. Ramai yang berubah menjadi pengundi atas pagar. Sukar untuk menarik minat ahli-ahli baru kerana PAS dilihat tiada beza dengan UMNO. Pimpinan PAS dilihat sebagai mempermainkan harapan rakyat.

Maaf atas komen yang panjang. Saya bukan seorang lagi pemfitnah dan pengampu. Tapi dalam ruang yang terhad ini, saya ingin berkongsi dengan semua pembaca bahawa inilah realiti PAS hari ini. Ini adalah perkara yang perlu kita tangani supaya PAS dapat terus menjadi parti Islam yang unggul, bukan yang bakal dibakulsampahkan. Jika komen semacam ini dianggap fitnah, saya terlebih dahulu meminta maaf. Sedarlah wahai saudara-saudaraku. Teruskan perjuangan untuk memartabatkan Islam di tanah air kita ini. Moga Allah menunjukkan jalan yang besar untuk kita semua.

~Islam Untuk Semua~

Tanpa Nama berkata...

Bertanggungjawablah engkau wahai pemimpin parti terhadap insan yang amat disegani di dunia siber ini.

Kami teramat malu mempunyai pemimpin2 parti yang tidak perihatin kecuali memikirkan nafsu dan ego sendiri.

Pemimpin yang tak boleh ditegur dan boleh disentuh. Santan diperah, hampas tidak berguna lagi.

ayesha berkata...

sebak membaca kisah GB ni. mungkin perlu ditubuhkan tabung menyelamatkan blog kelab GB.

C++ berkata...

Bhai GB,

Relax.... biasa la macam nie... orang macam kita tak perlukan penghargaan... cukup saja kalu kita tengok PAS tak dijahanamkan oleh geng-geng yang tak sedar dek untung tuh...

Gua plak.... kalu tak pikirkan pasai kelangsungan PAS dan Reform.... rasanyer gua tak akan buat blog lagi... website dan blog lama (yang namanyer masih panas lagi dalam carta PDRM) gua terpaksa tinggalkan sementara ...

Penat dah menulis nih... bukan sikit masa dah terbuang... dari tahun 1987 lagie... kemuncaknya adalah dalam era Reformasi.... dan PRU12 ...

Gua harap gua masih bersemangat gak lagi pada PRU13 nanti... apa-apa pun GB... gua paham apa perasaan lu.... sebab apa yang lu luahkan tue.. memang itu jugak yang gua rasa nak luahkan... macam pak bakaq jugak la....

Apa-apa pun.... PAS patut bersih, dilihat bersih dan senantiasa bersih....

Salam dari gua ...

pria malaya berkata...

salam GB...

sedih la plak GB ckp cmtu..hehe...

no hal la GB, harap GB tak putus asa..teruskan dgn menegur dan mengkritik...PM sokong dari jauh...

mengenai tulisan PM seblum ni, anggap je kritikan terbuka PM, ada betul ada salahnya..kritik dalam mengkritik, rasanya xsalahkan GB?...hehe..

ok la GB, PM harap GB tak gundah gulana, sampai terfikir nk bersara dari dunia penulisan, dunia blogger...

teruskan berkongsi idea, demi perjuangan yg sebenar...hidup GB...:)

Tanpa Nama berkata...

Hari tu Si Siakap ada bertanya kalau-kalau ada blogger yang sengkek duit. Boleh beritahu dia. Dia akan cuba bantu.
Tapi aku rasa makam koorang bukan begitu. Itulah pejuangan. Walaupun tanpa penghargaan manusia.

Tanpa Nama berkata...

salam buat GB

jahbio66@yahoo.com.

insaallah saya bantu apa yg terdaya.

kia71.