UMNO Pulau Pinang diminta mengundur diri daripada Barisan Nasional (BN) jika tidak berpuas hati dengan kepimpinan Gerakan yang telah lama menjalankan amanah rakyat di negeri ini.
Naib Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, H’ng Khoon Leng berkata, isu tersebut tidak sepatutnya timbul kerana UMNO dan Gerakan adalah pengasas kepada BN negeri yang sudah lama bekerjasama dalam memastikan tanggungjawab kepada rakyat dijalankan dengan baik.
“Tindakan UMNO (meminta jawatan Pengerusi BN negeri diserah kepada parti itu) dianggap keterlaluan, boleh menjejaskan hubungan baik yang sudah lama terjalin. Di mana hilangnya semangat setiakawan kita?,” katanya.
“Kalau tidak berpuas hati sangat dengan apa yang dilakukan oleh Gerakan, undur diri. Jangan salahkan orang lain yang dianggap tiada kredibiliti untuk mentadbir,” katanya.
Menurutnya, tindakan UMNO menuntut jawatan Pengerusi BN negeri adalah satu tindakan yang rakus.
“Jika perkara ini diusulkan kepada parti komponen lain, saya rasa parti komponen lain pun akan setuju dengan cadangan saya ini supaya UMNO undur diri daripada BN Pulau Pinang.
“Pada saya, tindakan UMNO tidak menghormati parti-parti komponen lain dan ia boleh dikatakan sebagai ‘duri dalam daging’ bagi BN Pulau Pinang,” katanya.
Menurutnya, apa yang dikatakan sebagai ‘duri dalam daging’ itu merujuk kepada sikap kerakusan sesetengah pemimpin di dalam UMNO negeri itu.
“Parti Gerakan adalah parti yang menjalankan amanah rakyat, jadi apa yang masih tidak kena dengan parti ini? Sebab itu, saya kata, UMNO rakus dalam mengejar jawatan.
“Kita(Gerakan) tiada masalah dengan mana-mana parti komponen lain termasuk UMNO malah kita mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Pemuda BN negeri, jadi di sini sudah boleh nampak, siapa yang bermasalah sebenarnya,” katanya.
Mengulas mengenai kenyataan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, jawatan itu wajar diserahkan kepada UMNO berikutan parti komponen BN lain tidak memenangi sebarang kerusi pada pilihan raya umum lalu, Khoon Leng menyifatkan itu alasan yang ‘tidak masuk akal’.
“Itu bukan alasan. Kalau nak ikutkan, parti komponen hilang kerusi adalah kerana tindakan UMNO sebelum ini yang tidak disukai oleh rakyat antaranya kenyataan-kenyataan yang dibuat UMNO yang bersifat perkauman selain sikap kerakusan mereka sendiri.
“Parti Gerakan sudah lama buat kerja dari akar umbi. Jadi saya fikir, UMNO perlu ‘tepuk dada tanya selera’ dan apa yang paling dikesali, tindakan mereka seolah-olah tidak menghormati keputusan Perdana Menteri selaku Pengerusi Barisan Nasional,” katanya.
Sebelum ini, Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang memutuskan untuk menuntut jawatan Pengerusi BN negeri diserahkan kepada parti itu ekoran parti komponen BN lain di negeri itu tidak memenangi sebarang kerusi pada pilihan raya umum lalu. -SH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan