21 Dis 2009

Di Dada Karpal Ada Bulan, Bagaimana Pula Dada Pemimpin Pas Sendiri?

Semasa ucapan penutup Konvensyen Pakatan Rakyat yang lalu pada Sabtu 19--12-09, Murshidul Am Pas Tok Guru Nik Aziz berucap dan beliau berkata 'di dada Karpal Singh pemimpin DAP yang kuat menentang negara Islam itu ada 'bulan'. Bulan yang dimaksudkan Tok Guru itu sudah tentulah bulan purnama lambang Pas.

Karpal Singh sudah tua dan tidak segagah dulu tapi beliau tetap dengan prinsipnya dan ideologi yang di bawa DAP. Karpal tidak pernah menimbulkan huru-hara sesama pimpinan Dap seperti yang berlaku dalam krisis kepimpinan dalam Pas yang membawa kepada hilangnya kepercayaan ahli dan penyokong Pas kepada sesetengah pimpinan dalam Pas yang berpunca daripada isu Kerajaan Perpaduan, pakatan dalam gelap, perjumpaaan antara pemimpin Pas dan Umno selepas pru-12 yang lalu untuk bentuk kerajaan secara senyap di Selangor atas nama Melayu-Islam tapi tidak jadi kenyataan.

Walaupun ada penafian demi penafian tapi akhirnya apabila Tok Guru desak diadakan Muktamar Khas untuk pecat mana-mana pemimpin yang cuba bersekongkol dengan Umno barulah semua ahli Pas dan penyokong Pas buka mata atas penafian demi penafian sebelum ini rupanya Pas sudah diambang perpecahan.

Maka diadakan Mensyuarat Khas dan seterusnya diadakan pula Seminar di Taman Melewar membuktikan memang wujud anasir -anasir dalam kepimpinan Pas yang condong kepada Umno. Profesor Aziz Bari dikecam hebat kerana bersetuju dengan pendapat Tok Guru memang patut dipecat pemimpin -pemimpin Pas yang merosakkan Pas dari dalam. Akhirnya Prof. Aziz Bari sendiri tidak lagi akan buat sebarang ulasan untuk Pas, walaupun beliau di lihat antara tokoh akademik yang menyokong Pas dari luar.

Adakah di dada semua pemimpin Pas solid ada bulan atau bulan yang keris ditengah-tengahnya? Bolehkah Tok Guru meneka pula di dada pemimpin Pas yang mana satu ada bulan bersisipkan keris telanjang Umno?


Jika dalam isu Altantuya PM Najib yang dibabitkan dalam kes tersebut pandai menyelamatkan diri, begitu juga dengan adiknya seperti yang didedahkan P.Bala, penyiasat persendirian, mereka berdua guna taktik diam dan senyap menyepi daripada menyentuh isu tersebut dan masih selamat hingga sekarang tidak di dakwa.Taktik yang sama digunakan oleh pemimpin Pas yang didakwa mahu bersama Umno, mereka diam tak kata apa, tak banyak bersuara untuk kutuk Umno pendek kata tak macam dulu. Dalam Parlimen pun senyap saja tidak berani menyerang Umno lagi. Mulut mereka telah dipalam dengan habuan dunia yang tak berapa nilainya.

Aku yakin ahli Pas dan penyokong Pas peringkat bawahan mereka tetap istiqamah dengan Pas dada mereka memang ada bulan sama macam dada Karpal Singh yang juga ada bulan. Mereka tidak akan berganjak daripada menyokong Pas walaupun ada pemimpin Pas timbulkan perbalahan dan kesangsian dalam hubungan dengan Pakatan Rakyat. Mati hidup balik pun dada mereka ada bulan tapi dada sesetengah pemimpin Pas belum tentu ada bulan. Mungkin dada mereka ada projek yang boleh kaut keuntungan untuk hidup mewah sama macam dada Umno yang berlambangkan keris telanjang yang penuh dengan segala projek.

Kekuatan Pas yang digembelengkan bersama parti Keadilan dan Dap semasa lawan Umno-Bn pru-12 itu mesti terus diperkukuhkan bukannya jadi busuk dan jijik setelah menang bergaya selepas pru-12 jadi macam-macam isu dalam Pas selepas itu menuding jari kepada orang lain sebagai fitnah. Jika Pas terus lemah adalah salah pemimpin Pas yang bercekengrama dengan Umno bukannya salah pihak lain yang mengkritik Pas. -misaimerah

4 ulasan:

sb dehlawi berkata...

di dada beberapa kerat pemimpin Pas kina ada TIMBANG. nak timbang apa pun kita tak tahu.

Tanpa Nama berkata...

Di dada Nasha, Stopa Ali & Hasan Ali ada Daching...

mulutlancang berkata...

Ada Merc, ada Honda Elysion...itu kat dada...kat kepala penuh bintang jula juling!

hussin berkata...

hoi, hangpa jangan silap haribulan. nasha dah berubah, dah berubah, dah berubaaaaah.

aku tabik sungguh2 kat nasha mat isa, timb presiden pas nih. dia bervisi dan tahu menilai citarasa rakyat, tak macam dulu lagi, dah berubaaaaaah. tak terhegeh2 lagi nak masuk saf umno tu...

tak caye, ko semua baca di bawah:

"Bila Ustaz Hadi berdiri bersama dua pimpinan Pakatan yang lain di atas pentas dan gambar mereka tersebar luas, nyata komitmen terhadap Pakatan adalah komitmen PAS, "komitmen kumpulan ulama yang menerajui PAS".

Tentulah hati Zul "gembira" dengan keadaan ini. Utusan berperanan "memenangkan" saya berdasarkan sejarah dan urutan berita dan rencana yang disiarkan. "Kemmenangan saya berjaya mencapai sasaran Utusan mendekatkan lagi PAS dgn rakan Pakatan yang lain.

Saya amat bergembira atas kejayaan Utusan. Giliran saya untuk memperlekehkan Utusan."

Medan dakwah PAS menjadi lebih terbuka di bawah konsep Pakatan. Perjuangan PAS memerlukan public acceptance dari semua kaum dalam negara. Public acceptance itu boleh dicapai melalui public polisi mengikut stage siasah syariyyah yang benar dan tulin. Sudah tentu polisi yang diolah seperti itu boleh diterima umum dan pada masa yang sama tidak meningalkan asas perjuangan.

Ia mesti bermula dengan trust dan trust itu telah mula diperolehi melalui sokongan meningkat bukan Melayu dalam pilihanraya 2008. Kepercayaan itu tidak boleh dirosakkan dan tidak juga boleh digagalkan.

Dua perkara yang boleh merosakkan trust itu. PAS hanya menjuarai isu kemelayuan sekalipun bertentangan dengan konsep keadilan dan kesaksamaan sejagat. Bila nilai keadilan dijunjung tinggi, bukan bermakna segala yang terhak kepada orang Melayu mesti diketepikan seperti yang cuba digambarkan oleh media lawan.

Kedua, PAS menerima kerjasama dengan Umno yang akan meletakkan segala korupsi, lunturnya rule of law dan hilangnya integriti segala institusi utama negara terus tertegak kerana hilangnya segala nilai murni dalam Umno di semua peringkat. Samada PAS memimpin dan Umno di belakang atau Umno kekal di depan dan PAS mengiyakan kebobrokan yang berlaku kerana hilangnya jati diri parti itu.

Trust itu lebih penting bagi perjuangan PAS baik dari sudut dakwah mahupun politik.

Melalui Pakatan, PAS berpeluang menjadi rakan utama dengan meluaskan bilangan kerusinya dalam pilihanraya akan datang. PAS belum mencapai siling kekuatan. Ia masih boleh meningkatkan pencapaiannya baik di peringkat DUN mahupun Parlimen.

Dalam konteks perubahan dan reformasi, perubahan hanya boleh dilakukan oleh kumpulan yang mendokong dan menghayati nilai-nilai murni. Ia tidak boleh datang dari parti yang sudah korup nilai murninya dan luntur jati diri. Seperti disimpulkan oleh Tun, busuk sampai ke usus. Parti yang “usus” dan “'akalbudinya” sihat saja mampu membawa perubahan."

jangan beb, jangan tubing nasha lagi, dia layak menggantikan presiden maa!

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=1177