5 Dis 2009

Najib Dan UMNO Takut Dengan 2 Bala

Sekembalinya ke tanahair, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak telah diserbu wartawan dengan mengajukan kepadanya beberapa isu yang melanda negara, khususnya yang ada kaitan dengan Mohd. Najib sendiri.

Pertama isu dakwaan bahawa adiknya, Datuk Mohamed Nazim telah memaksa penyiasat persendirian, P Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpahnya.

Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan itu yang menurutnya tidak berasas.

Apabila soalan itu diajukan kepada beliau dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno malam ini, Datuk Seri Najib Tun Razak sepertimana biasanya dalam isu Altantuya berkata, beliau tidak akan melayan kenyataan semberono.

Beliau diminta mengulas dakwaan Balasubramaniam dalam siri video wawancaranya yang disiarkan dalam Youtube.

Dalam wawancara tersebut, Balasubramaniam mendakwa Nazim dan beberapa individu lain, bertindak sebagai proksi Najib bagi memaksanya menarik balik akuan bersumpah pertamanya.

Beliau juga mendakwa ditawarkan RM5 juta oleh Nazim dan individu lain yang dikaitkan dengan kes tersebut.

Akuan bersumpah itu mengandungi dakwaan yang Najib mempunyai hubungan dengan Altantuya Shaariibuu, di mana Najib telah menafikannya.

Balasubramaniam telah menarik balik akuan bersumpah pertamanya itu dalam tempoh 24 jam dalam situasi yang meragukan dan meninggalkan negara bersama anggota keluarganya.

Walaupun pelbagai pihak telah mendesak Najib supaya memberi reaksi terhadap perkembangan terbaru itu, tetapi perdana menteri dan adiknya itu sebelum ini, hanya membisu.


Najib memang selama ini takut untuk membicarakan hal berkaitan Altantuya, memang hantu Altantuya sentiasa mengejarnya ke mana ia pergi. Jalan mudah - jangan fikirkan lansung mengenainya.

Kedua ialah isu rompakan terhadap royalti minyak Kelantan dan bala yang didoakan oleh Mursyidul Am PAS keepada perompak-perompak dari UMNO ini.

Najib berkata beliau tidak pasti mengenai penglibatan bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai kaukus mengenai royalti minyak Kelantan kerana perkara itu belum disahkan.

Najib berkata kerajaan juga tidak berhasrat mengambil alih soal penubuhan kaukus mengenai royalti minyak Kelantan yang kini diusahakan oleh pembangkang.

"Nak take over macam mana... kerajaan telah pun membuat pendirian berhubung perkara itu," katanya.

Pada bulan lepas, Najib mengumumkan kerajaan akan membayar wang ehsan kepada kerajaan negeri Kelantan melalui Petronas bermula tahun depan, sebagai menggantikan tuntutan royalti minyak yang dimahukan kerajaan negeri Kelantan.

Beliau berkata kerajaan negeri Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih dan wang itu akan disalurkan dalam bentuk pembangunan melalui kerjasama dengan kerajaan negeri.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang mewarisi kelembapan Tun Abdullah dalam kabinet Najib, terkejut dengan doa Nik Aziz.

"Tak tahu nak kata apa", itulah reaksi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang terkejut dengan kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang akan mendoakan pemimpin kerajaan BN "pecah perut" berhubung isu bayaran royalti minyak.

Beliau berkata kenyataan sedemikian kononnya langsung tidak mencerminkan sifat keislaman dan terperanjat kerana ia keluar daripada seorang yang bergelar mursyidul am.

Merompak royalti Kelantan itu mencerminkan sifat keislaman agaknya.

Munkin Najib dan Muhyiddin selepas ini akan sentiasa meraba perutnya, khuatir nanti terlalu gedempol dengan hasil rompakan minyak Kelantan, maka wang haram itu akan cepat diagihkan kepada pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan, supaya pemimpin UMNO Kelantan pula yang akan pecah perutnya kerana melantak duit kepunyaan Kerajaan Negeri Kelantan berdasarkan Perjanjian yang telah di tangani di bawah Akta Petroleum yang senang-senang saja diubah dan dicabuli oleh pemimpin tertinggi UMNO ini.

Semalam di Kelantan, dunia dan langit menyaksikan rakyat pelbagai kaum memberi sokongan kepada Nik Aziz. Melayu, Cina, India dan mungkin kaum Siam juga, dari kanak-kenak kepada orang tua, lelaki dan perempuan, tanpa dipaksa oleh ssiapa, telah mengenakan lilitan di kepala WE LOVE TOK GURU.

Mungkin Najib dan UMNO terpaksa merancang untuk memaksa Ong Tee Keat yang sedang berdepan kemelut MCA, Samy Vellu dan Kayveas dengan masyarakat India agar memakai lilitan di kepala WE LOVE NAJIB... sebagai tangkal untuk menghalau dua bala yang menyerangnya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Seorang warga Kelantan baru-baru ini berkata Tengku Razliegh tu tak begitu cerdik kerana masih setia dalam UMNO. Betul juga tu. Dia adalah bekas Presiden S46 tapi setelah kembali kepada UMNO dia adalah MP paling lama tapi tak dilantik menduduki Menteri Kabinet, sedangkan Rais Yatim juga bekas Ahli MT S46 ke bawah dari beliau jadi Menteri Kabinet setelah kembali kepada UMNO.