Kabinet perlu bertanggungjawab keatas kehilangan enjin pesawat pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia.
Menyifatkan kehilangan aset tentera ke tangan syarikat asing sebagai kebocoran serius keselamatan negara, Ahli Parlimen Johari Abdul berkata, kesalahan tidak harus dibebankan pada bahu pegawai tentera semata-mata.
"Bukan pegawai kerajaan yang harus dipersalahkan, tetapi yang harus dipersalahkan ialah mereka yang menjaga polisi iaitu kabinet dan seluruh jawatankuasa kabinet," katanya ketika dihubungi, petang tadi.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, enjin bernilai RM50 juta ini dikesan hilang dari Gudang Material Udara 1, Pengkalan Udara Sungai Besi pada 2007 dan didapati telah dijual kepada sebuah syarikat di Amerika Selatan.
“Didapati bahawa sistem penghantaran oleh pihak Tentera Udara Diraja Malaysia ini mempunyai sistem yang cukup baik tapi mungkin disebabkan ianya dilakukan oleh sekumpulan pegawai bawahan yang cukup terancang dengan pihak luar,” katanya.
Zahid menambah sistem inventori pertahanan akan dirombak dengan serta-merta sebagai respon kepada kecurian ini.
Johari walaubagaimanapun menyeru satu siasatan terperinci dijalankan dengan hasil laporan siasatan itu diserahkan ke persidangan Dewan Rakyat tahun hadapan.
"Rombakan sahaja tidak mencukupi, kita mahu investigation dilakukan dan semua mesti dimaklumkan kepada parlimen. Dan kita pasti akan bertanyakan soalan ini dan seluruh pembangkang pasti akan mengupas isu ini secara halus," katanya.
Ahli Parlimen ini tidak yakin hanya empat suspek terlibat dalam kes penyeludupan aset tentera ini. - FANSURINA ABDULLAH (TVS)

5 ulasan:
kehilangan yg bernilai jutaan ringgit baru diketahui.... ini adalah satu tektik umno aje... kita tengoklah nanti.. apakah akan ada tindakan yg diambil terhadap org yg mencuri tu.... hebohnya aje yg lebih nanti sunyi sepi tanpa berita. Dah banyaknya perkara2 begini berlaku... AKHIRNYA TAK ADA APA TINDAKAN PUN YG DIAMBIL. INILAH PENYANGAK NEGARA... BUKAN MUDAH SATU2 BARANG YG BEGITU PUNYA BESAR NAK HILANG KALAU BUKAN MEREKA SENDIRI YANG MENCURINYA.... KITA TUNGGU DAN LIHAT ....
SEMOGA ALLAH MEMBALAS SETIAP KEJAHATAN YG TELAH MEREKA LAKUKAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA TAK KIRA AGAMA ATAU PUN BANGSA. JGN NANTI M'SIA MENJADI NEGARA TERMISKIN DIDUNIA ANGKARA PENGKIANAT2 NI SUDAH....
Siapa ye menteri pertahanan 2007?
oh, lupa.negara kita tak ada menteri pertahanan masa 2007. sebab itu tak ada menteri perlu bertanggungjawab isu ini.
Lucu juga ni... agaknya bolehkah enjin tu dimasukkan dalam karung gula untuk diseludup keluar?
Elok buat BN Alkartun dengan visual memasukkan enjin jet dalam karung untuk diseludup keluar.
agaknya enjin tu letak dalam poket kut.. mudahnya nak dijual macam nilai rm 50 aje... APA? rakyat malaysia ni bodoh mcm kuncu2 UMNO ke? ORG UMNO BOLEHLAH DI PUTAR BELIT... SBB DAH TUA-TUA SEMUANYA TUNGGU MASA AJE ALLAH NAK BAWAK PERGI, TAPI KAMI DARI PR TAK AKAN BOLEH DITIPU LAGI....
Catat Ulasan