20 Dis 2009

Calon Pengerusi SPR Dan SPRM Perlu Jalani Ujian Kelayakan

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mencadangkan calon Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menjalani ujian kelayakan dan soal selidik oleh Jawatankuasa Khas Parlimen.

“Jawatankuasa khas mesti soal semua calon layak dan tugas Perdana Menteri hanya untuk mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong dalam pelantikan tersebut,” katanya dalam perbahasannya sempena Konvensyen Pakatan Rakyat di sini, semalam.

Beliau turut mencadangkan agar tarikh pilihan raya umum tidak melebihi lima tahun bagi memastikan keadilan untuk semua parti politik di negara ini.

“Tepat lima tahun, kita mahukan tarikh pilihan raya diumumkan dan tidak mahu Perdana Menteri ataupun menteri besar memutuskannya dengan kerenah mereka,” katanya.

Antara usul lain yang beliau kemukakan ialah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Tabung Haji diletakkan di bawah satu kementerian, desakan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat royalti minyak Kelantan dan mempertahankan keistimewaan Bumiputera di bawah Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. -SH

Ulasan GB

Tahniah Sdra YB Salehuddin.

Kita berharap begitulah juga langkah yang patut di ambil bagi Pengerusi Lembaga Disiplin PAS sendiri jika perlantikannya tidak melalui Majlis Syura Ulamak sebagaimana mestinya mengikut Perlembagaan.

Kecenderungan Pengerusi Lembaga Disiplin PAS sendiri yang bias dan tidak berlaku adil boleh diikuti di SINI.

Kalau masih tak nak ikut Perlembagaan, maka pastikan kandungan Perlembagaan yang menyentuh soal perlantikan Lembaga Disiplin Parti itu dipinda sebelum Perlembagaan itu sekadar menjadi buku penglipur lara atau dibakar oleh perwakilan di Muktamar nanti.

Kita akan berjaya mengubah Pengerusi SPR dan SPRM jika kita berjaya mengubah Pengerusi Lembaga Disiplin kita sendiri. Bukankah perjuangan itu bermula dari diri kita sendiri?

2 ulasan:

Awanama berkata...

Betul kata GB. Perbaiki Lembaga Disiplin PAS dulu. Usahakan pembaikan di dalam diri baru dpt membetulkan org lain.

Awanama berkata...

makanya, jika kita benar2 mahukan yg terbaik utk M'sia, org2 PAS hendaklah disaran kesemua supaya pergi mengaji hukum2 Allah, barulah boleh memperbaiki diri, jadi aje ahli pas tapi tak nak pergi kuliah.... baik aje masuk balik dalam umno... jangan kita jadi munafik kerana ALLAH MENGETAHUI YG TERKANDUNG DLM HATI KAMU WAHAI HAMBA ALLAH SEKELIAN. TAKUTLAH AKAN AZAB ALLAH......