2 Dis 2009

Dr. M Dapat Lihat Sendiri Kemusnahannya Seperti Didoakan Almarhum Ust Fadzil Noor

Kini Mahathir baru terkejut dengan apa yang telah terjadi kepada UMNO dan ahli serta para pemimpinnya. Harakahdaily menyiarkan berita bahawa Mahathir berkata “UMNO kini busuk hingga ke ususnya“.

Ketika ramai di kalangan kita tidak hairan dan terkejut dengan apa yang kini telah menimpa UMNO, mungkin kita terkejut kerana Mahathir baru terkejut.

Suatu masa dahulu ketika Dr. M menerajui UMNO, Shahnon Ahmad pernah memperkatakan tentang kebusukkan apa yang ada di dalam usus UMNO, ramai pemimpin dan ahli UMNO menentang dan marah. Kemarahan mereka dibawa hingga ke dalam teks khutbah Jumaat (di seluruh masjid negeri Selangor ketika itu).

Apakah ini seperti yang pernah IB sebut sebelum ini – Al-Marhum Ustaz Fadzil Doa Mahathir Dipanjang Umur … ?

Namun kemusnahan yang dialami UMNO kini berpunca tidak lain dari Mahathir sendiri. Dalam era pemerintahannya yang hampir suku abad itu telah sedikit demi sedikit merosakkan UMNO dari sistem hingga ke orang-orangnya sekali. Kemusnahan ini tidak terbendung di dalam UMNO sahaja malah wabak ini berjangkit hingga ke parti-parti komponen BN yang lain dengan apa yang kita dapat lihat hari ini.

Malangnya bagi negara kita, kerana kekuasaan BN dan kekuatan mereka, kemusnahan ini turut terkesan kepada kita semua rakyat yang biasa hinggakan boleh juga kita lihat tercerna pengaruhnya di dalam pemikiran sesetengah ahli dan pimpinan parti lawan (yang mungkin sebelum ini mereka pernah bergelumang dalam UMNO dan terikut-ikut dengan budaya sana) – dan PAS pun terkesan sama.

Mungkin ini menjadi suatu cerminan untuk pemimpin PAS memerhati perilaku dan budaya kita supaya tidak terikut-ikut kemusnahan yang dilalui UMNO. -IbrahimBaba


Al-Marhum Ustaz Fadzil Doa Mahathir Dipanjang Umur …

Dalam perjalanan untuk hadir ke satu majlis pada tahun 2000, Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor pernah berkata kepada kami dalam kereta yang dipandu IB sendiri ketika itu, bahawa beliau mendoakan agar Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat kemusnahan yang telah dilakukannya sendiri.

Apakah kini doa Al-Marhum mantan Presiden PAS itu dimakbulkan satu demi satu?

Kemusnahan institusi kehakiman, kerosakan akhlak remaja [dan orang-orang tua pun!], kebejatan sosial, rasuah berleluasa, asas ekonomi yang mula goyah … sebahagian besarnya ini adalah hasil tangan Mahathir sendiri. Kebanyakan rungutan yang Mahathir luah kini adalah berpangkal dari Mahathir sendiri. Pak Lah mungkin sebagai perlengkap sahaja.

Saban hari, satu demi satu isu dan pelbagai pembongkaran dihebahkan di dada akhbar dan lain-lain media untuk dihukumkan oleh masyarakat. Kini Mahathir seolah-olah sedang dibicarakan oleh rakyat umum. Walaupun Mahathir tetap menjawab namun suara-suara yang dulu pernah dikunci beliau sudah tidak lagi menikus dengannya. Tidak mungkin mampu Mahathir membela dirinya untuk segala tuduhan dan isu yang dilodehkan oleh mereka yang pernah berada di sekeliling beliau ketika berkuasa selama lebih 22 tahun.

Mereka yang dulu mendiam diri kini bangkit berani bersuara.

Senarai “pendakwa raya” “perbicaraan rakyat” Mahathir panjang dan kini bertambah setiap hari [tidak mungkin IB boleh lengkapkan senarai yang kian bertambah itu]. Pak Lah yang sebelum ini hanya sekadar menepis pelbagai tuduhan Mahathir kini telah kian lantang membongkar pula pelbagai dakwaan terhadap Mahathir.

Walaupun ada yang menyebelahi Mahathir dalam krisis kini untuk menjadi “peguam bela” namun ramai dari “peguam bela” ini sendiri turut terbabit dalam pelbagai kes yang dibongkar itu. Dan mereka ini adalah sebenarnya antara barisan “saksi” utama dalam “perbicaraan rakyat” ini.

Dalam membela dirinya, Mahathir turut, tanpa disedarinya sendiri, membongkarkan pelbagai perkara yang sebelum ini rakyat umum tidak tahu. Betul atau tidak kata-kata Mahathir itu dalam keadaan beliau tersempit – banyak yang kita boleh persoalkan. Sememangnya persaksian orang-orang seperti Mahathir ditolak dalam Al-Qur’an.

Apabila seseorang berbohong dia akan berbohong lagi untuk menutup pembohongan lamanya [when you compound a lie, you compounded the consequences]. Dan dia akan terus dengan pembohongan demi pembohongan. -IbrahimBaba


6 ulasan:

Unknown berkata...

la...
hang ni baca x story 2 yang sebenar
bukan mahathir yang cakap umno busuk..

tp dia kata ada pemimpin kanan umno cakap mcm 2..
hang dah buat fitnah ni...pg mintak maaf. hang tau kan dosa menfitnah.

ak bukan nak sokong sape2..tp ak dah bace isu tu..

Unknown berkata...

betul le tuh pemimpin kanan kata umno tu busok tapi mahathir jadi proksi menyebarluaskannya melalui tulisannya di chedet

Tanpa Nama berkata...

UMNO dah jadi parti busuk dan berulat sampai nak sebut UMNO pun nak termuntah......

Tanpa Nama berkata...

busuk UMNO didunia tapi di akhirat UMNO lagi busuk dengan penindasan, kezaliman, rasuah dll lagi...

Tanpa Nama berkata...

kepala paling busuk dalam UMNO mahathir, tapi najib kata kita serupa, sebab tu mahathir sayang najib...

Tanpa Nama berkata...

bak kata org lama 'cermin yg retak xkan sama dgn asalnya walau dicantum dgn gam cap gajah' huhu.. 'labu yg ditebuk mahathir xkn boleh dibaiki' hanya layak dimasak utk tantapan sealian para pendokong arm-no...