3 Dis 2009

Doa Turun Bala Sebagai Satu Peringatan

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyokong tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mendoakan kemusnahan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, jika Kerajaan Pusat tidak memberi royalti minyak.

Katanya, tindakan Mursyidul Am itu sebagai ‘ancaman’ kepada pihak yang menzalimi Kerajaan Negeri supaya bertaubat.

“Saya menyokong tindakan Tok Guru Nik Abdul Aziz, tetapi harus diingat doa itu akan hanya dilaksanakan jika Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus berdolak-dalik mengenai isu tersebut,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.

Khalid berkata, kerajaan selama ini cuba menyembunyikan fakta sebenar dalam isu royalti minyak dan tidak timbul isu pemberian wang ihsan kerana ia wujud setelah penubuhan Akta Petroleum 1974.

“Tidak ada istilah wang ihsan untuk Kelantan kerana ia hanya diwujudkan di Terengganu pada 2001. Jelas pemberian wang ihsan hanya wujud setelah perjanjian royalti minyak ditandatangani pada 1974,” katanya.

Dalam pada itu, Khalid menafikan beliau menyampaikan ajaran sesat dalam siri ceramahnya dan menyifatkan tindakan pihak berkuasa menarik balik tauliahnya adalah atas pengaruh pihak tertentu.

“Saya layak setelah ditemu duga seorang ustaz. Nazir dan ahli jawatankuasa masjid juga menerima lebih kurang lima surat amaran daripada Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) yang melarang menjemput saya untuk memberikan ceramah,” katanya. -SH

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sokong penuh TGNA kerana dah lama BN dan UMNO zalimi rakyat dengan ISA, penyelewengan, rasuah dan salahguna kuasa...

Martoiriat berkata...

TGNA hanya berDOA pada tuhan. Apa yg hendak
UMNO takutkan. Dlm surah Al-fatihah ayat yg ke-5 bermaksud "Kpd mu kami sembah dan kpd mu kami
minta pertolongan". TGNA hanyalah meminta pertolongan drp tuhan dan tiada sesiapa yang
bolih menentukan. Tentang baik buroknya, tuhan yg akan menentukan sgala2nya. Doa TGNA pun
hendak dipolitikkan. Inilah pemimpin2 UMNO yg
ketandusan modal politik..