
Antara penjamin beliau ialah bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Bekas Mufti Perlis itu dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini bagi menghadapi dakwaan memberi ceramah tanpa tauliah.
Sebelum itu, Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad, menolak permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam kerana alasan kurang munasabah.

Pendakwaraya dalam penghujahan mereka sebelum itu telah memberi alasan bahawa kes ini wajar dibicarakan di mahkamah tinggi di hadapan seorang hakim yang berpengalaman dan kes ini juga telah menjadi terkenal disebabkan hebahan media masa.
Peguam bela mewakili Dr. Mohd Asri, Jamal Lokman Sulaiman dalam penghujahannya pula memberitahu permohonan dan alasan pihak pendakwaraya tersebut seolah-olah dianggap menghina hakim dan mahkamah rendah syariah sebagai tidak berpengalaman.
Seorang lagi peguam bela mewakili Dr. Mohd Asri adalah Kamal Aniah Kamarulzaman.
Mohd. Asri didakwa mengikut Seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.
Pendakwaan terhadap Mohd. Asri dibuat ekoran penahanannya oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 1 November lalu kerana menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah di sebuah banglo di Taman Sri Ukay, Hulu Klang.
Keesokan harinya, Mohd. Asri diarahkan pergi ke mahkamah tersebut tetapi selepas menunggu lebih tiga jam, tiada pertuduhan dikemukakan terhadapnya.
Dr Mohd Asri tiba di mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi ini bersama dengan bekas menteri besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Turut hadir memberi sokongan ialah kira-kira 80 pengikut dan bekas anak murid Dr Mohd Asri.
Mahkamah mula mendengar 9.18 minit dalam dewan mahkamah yang sesak dengan orang ramai.
Turut hadir ialah Datuk Paduka Marina Mahathir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan