Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menolak andaian sesetengah pihak yang mengatakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim akan dilantik menjadi Pengerusi Pakatan Rakyat (PR).
Menurutnya, sebagai Penasihat PR, Zaid diamanahkan oleh pemimpin-pemimpin PR untuk mencari dan melaksanakan ‘titik persamaan’ supaya gabungan tiga parti dalam PR iaitu PKR, Pas dan DAP dibawah satu lambang menjadi kenyataan.
“Dakwaan ini tidak betul, Zaid dilantik menjadi pengantara untuk melaksanakan transformasi dalam PR.
“PR juga memberi kepercayaan kepadanya untuk mengkaji penubuhan PR sebagai satu organisasi yang sah,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen tadi.
Sementara itu, Pengarah Strategik PKR, Tian Chua pula menjelaskan nama Zaid diperkatakan menjadi Pengerusi PR adalah tidak benar kerana nama Zaid hanya digunakan sebagai satu nama untuk memohon sebuah entiti baru iaitu PR sebagai sebuah badan yang sah.
Katanya, kepimpinan pusat PR akan dibincangkan kemudian setelah permohanan ini diterima tetapi ia masih dalam peringkat awal.
“Ia seperti mendaftar sebuah syarikat, kita dapatkan satu nama dan hantar permohonan kita, ia adalah prosedur ringkas untuk mendaftar sebuah parti,” katanya.
Tian yang juga Ahli Parlimen Batu turut menjelaskan PR dalam usaha untuk mencari persamaan supaya memperkukuhkan lagi pakatan dan pendaftaran PR sebagai satu entiti hanya sebahagian dari rancangan mereka.
Ditanya sama ada konvensyen PR pada bulan Disember nanti membincangkan mengenai kepimpinan pusat PR, Tian menjawab konvensyen tersebut tidak akan digunakan untuk memilih kepimpinan pusat.
“Tidak, konvensyen itu untuk memperkukuhkan PR, ia adalah berlainan, seperti mendaftar syarikat dan strategi pemasaran, ia adalah perkara berlainan,” katanya. -SH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan