16 Nov 2009

Era Najib Altantuya : Pilihanraya Kecil DUN Seputeh!

Mahkamah Tinggi di sini hari inimemutuskan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh di Kedah, yang membuka laluan untuk pilihan raya kecil bagi kawasan itu, demikian lapor Bernama.

DUN Kota Seputeh telah banyak menimbulkan spekulasi apabila Datuk Abu Hassan Sarif dari Umno-BN wakil rakyat DUN tersebut tidak hadir sidang dua kali, pada pada 19 April dan 9 Ogos lalu, tanpa sebarang kebenaran Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail.

Mengikut Perkara 51 Undang-undang tubuh Kerajaan negeri Kedah, kerusi mana-mana ADUN dikira kosong jika tidak hadir persidangannya dua kali berturut turut tanpa kebenaran Speaker. Abdul Isa ketika dihubungi berkata, tidak timbul soal surat pemberitahuan kerana Undang undang tubuh negeri menyebut hanya berkaitan kebenaran speaker.

"Bukan soal dia (Abu Hasan) hantar surat pemberitahuan atau tak hantar kepada saya, soalnya saya beri kebenaran atau tidak? Dia tidak berhubung dengan saya. Kalau dia hantar surat seminggu selepas itu pun tidak ada makna," ujarnya. Berikutan itu, Dr. Abdul Isa telah menyerahkan surat pemakluman berhubung pelanggaran itu kepada Suruhanjaya Pilihanraya SPR negeri bagi menentukan status jawatan Abu Hasan.

Mahkamah pada 6 Nov lalu telah membenarkan Speaker Kedah, Dato' Dr. Abdul Isa Ismail membuat semakan kehakiman ke atas keputusan SPR yang telah mengisytiharkan kerusi DUN Kota Seputeh tidak kosong.

Pada pilihan raya umum lalu, Abu Hasan yang mewakili Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi itu bagi penggal keempat selepas menewaskan calon PAS, Ismail Wan Teh dengan majoriti 1,573 undi.

Banyak pihak melihat bahawa keputusan mahkmah hari ini adalah untuk UMNO BN menguji kekuatannya selepas menang di Bagan Pinang serta mengambil kesempatan dari apa yang dikatakan kemelut yang melanda parti-parti di dalam Pakatan Rakyat.





Tiada ulasan: