Dr Mohd Asri Perlu Bersama PAS
Oleh Ust Zolkharnain Abidin
Saya terbaca bahawa bekas Mufti Perlis ini pernah menyebut, dia hanya akan menyertai politik sekiranya ruang dakwah melalui saluran lain sudah tertutup. Maknanya dia tidak akan menyertai politik kerana ruang dakwah sampai bila pun tidak akan tertutup semuanya kerana ruang itu sangat luas.
Namun, tidak mustahil ruang yang luas itu boleh tertutup semuanya. Kamal Attarturk pernah menutup ruang dakwah serapat-rapatnya walau pun kesudahannya dia gagal.
Umno memang berminat dengan Asri. Semasa PRK Permatang Pauh, ada bayu berhembus dia bakal diletakkan untuk menentang Anwar tetapi tidak menjadi kenyataan. Terakhir, dia diuar-uarkan untuk dilantik sebagai YDP YADIM, itu pun tidak menjadi juga. Umum tahu, YDP YADIM sekarang dan sebelum ini adalah orang Umno, begitu halnya juga untuk masa akan datang.
Agak mustahil ruang dakwah di negara ini tertutup semuanya tetapi mungkin ada ruang-ruang yang menjadi ‘favourite’ Asri akan tertutup. Maka ketika itu tentu Asri tiada pilihan lain kecuali menyertai politik. Kalau begitu, parti mana yang akan dipilih oleh Asri?
Saya fikir, Asri tidak akan memilih Umno. Parti itu kurang serasi dengan jiwa dan semangatnya. Dia hanya agak mesra dengan Umno apabila dia menjadi Mufti Perlis sahaja. Kemesraan itu pun atas sifatnya sebagai penjawat awam yang perlu sentiasa menjaga hubungan baik dengan pemimpin kerajaan semasa.
Sebelum itu, nadanya, gayanya, penampilannya, adalah nada, gaya dan penampilan PAS. Semasa di luar negara juga, khabarnya dia antara individu yang rapat dengan pemimpin PAS terutama semasa kunjungan pemimpin PAS ke sana.
Maksudnya, PAS tidak asing sangat dengan Asri. Dan, rasa-rasanya pun dia lebih selesa, serasi dan mesra dengan PAS berbanding Umno. Cuma suasana dan persekitaran yang ada mendorongnya kelihatan agak rapat dengan pemimpin Umno.
Justeru, Asri wajar bersama PAS. Dia tidak perlu menunggu ruang dakwah tertutup semuanya kerana pada masa ini pun dia telah dibelenggu dengan ‘tauliah’ yang menjadi sebahagian ‘penutup’ ruang dakwah.
Kalau PAS boleh menerima orang Umno, orang JIM, orang ABIM, orang Tabligh, orang tidak berparti dan dalam proses untuk menerima orang bukan Islam pula sebagai ahli, mengapa PAS tidak boleh menerima Asri? Darahnya pernah panas dengan hawa perjuangan PAS. Kalau kini ia sudah sejuk pun, bukan sukar sangat untuk memanaskannya kembali.
Saya percaya ada sesuatu yang Asri mampu buat apabila dia bersama PAS. Paling kurang pun, dia pasti berjaya mengurangkan kemaruk Umno kepada orang agama sepertinya. Kalau dia bersama Umno pun, tidak ada apa sangat yang dia boleh buat kecuali diberikan jawatan di institusi tertentu dan dia dikongkong dengan budaya Umno. Kalau dia cuba menyanggah budaya itu, tentu dia akan dicantas.
Asri tidak akan mendapat tempat dalam hierarki Umno kerana budaya politik wang, ampu-mengampu, cantas-mencantas adalah budaya asing bagi Asri, sedangkan budaya itu selama ini serasi dengan Umno. Dia orang baik dan orang baik sepertinya tentu tidak bersedia mendedahkan diri kepada budaya songsang itu.
Bagaimana dengan ‘pembawaan’ Asri dalam soal tertentu yang berlainan daripada amalan masyarakat umum?
Itu bukan masalah. Dia buat semua itu berdasarkan ilmu. Lagi pun ‘kelainan’ itu bukan isu asas, ia hanya perkara cabang sahaja. Dalam PAS sendiri pun, misalnya PAS Perlis, ada kelainan dalam soal cabang dalam ibadat. Orang PAS yang baca qunut boleh solat di belakang orang PAS yang tak baca qunut. Tiada masalah pun.
Justeru, isu kelainan dalam soal cabang beberapa amalan ibadat tidak menjadi masalah kecuali kepada mereka yang taksub dan jahil. Ramai orang PAS Perlis malah dimana-mana sahaja sukakan cara ibadat sebegitu kerana itu bukan perkara baru tetapi perkara lama yang tidak perlu dipersoalkan.
Kalau ada orang yang tidak suka Asri pun, cuma kerana sikap dan pendekatannya sahaja. Dia agak agresif, kurang mengambil kira persepsi umum, kurang melayani suara orang-orang yang memang telah lama berpengaruh dalam masyarakat setempat dan sentiasa mencungkil perkara-perkara yang dijangka boleh menimbulkan kontroversi kepada umum. Itu sahaja.
Saya percaya, kalau dia bersama PAS, dia akan lebih fokus kepada soal-soal dan isu-isu pokok dalam perjuangan PAS. Dia tidak punya banyak masa untuk membangkitkan perkara-perkara yang selama ini menimbulkan kontroversi kepada umum seperti sekarang.
Kalau bersama Umno pun, dia akan bersikap begitu juga kerana dia tentu akan fokus kepada hala tuju politik Umno. Berbanding dia menjadi begitu jika bersama Umno, lebih baik dia bersama PAS. Sekurang-kurangnya PAS meletakkan agama sebagai asas perjuangan dan bersih daripada budaya songsang yang menjadi amalan Umno yang tidak serasi dengan Asri itu.
Mazhab Wahabi? Wahabi bukan mazhab, ia cuma sebuah gerakan ‘islah’. Kebanyakan pengikut Wahabi bermazhab Hanafi dalam fiqh atau selainnya. Gerakan itu tidak akan mendapat tempat di negara ini. Ia hanya wujud dan diterima secara eksklusif di kalangan kelompok tertentu sahaja. Lagi pun gerakan itu bukan merosakkan aqidah seperti kumpulan Ayah Pin misalnya.
Bagi saya, sudah sampai masanya Asri bersama PAS. Citra perjuangan dan dakwahnya akan lebih bersinar dan menyerlah jika dia bersama PAS berbanding dia ‘berseorangan’ ketika ini. Dia perlu bersama jamaah.
Dibimbangi jika dia terus ‘berseorangan’ seperti sekarang, dia bakal dibaham ‘serigala’ yang berkeliaran meninjau, mengejar dan menerkam mangsanya. Antara serigala itu ialah…

4 ulasan:
Asri boleh bersama Pas tapi tak boleh bersama hasan ali
Nak tengok PAS makin berpecah? Bawa masuk Asri ni.....
Penulis belum kenal manhaj Dr Asri. Kalau beliau hendak berpolitik nescaya beliau membawa pembaharuan gaya berpolitik yang lain dari gaya politik masa kini. Beliau adalah seorang yang genius.
Sistem sedia ada dlm Pas mampu mengapung tokoh spt Dr Maza. Ia tentu akan melonjakkan lagi Pas kehadapan sbg sebuah gerakan massa berpaksikan Islam. Cumanya pimpinan Pas peringkat pertengahan perlu rajin membaca buku-buku gerakan Islam dan pengurusan terkini utk membantu melonjakkan Pas ke persada politik baru ini. Tokoh spt Ust Dr Mujahid adalah contoh yg baik di sudut ini.
Saya juga lihat kini Ust Zolkharnain lebih wibawa dlm pandangan dan sikap beliau, mudah2an beliau bisa maju lebih jauh. Tentunya ini berkehendakkan beliau melebarkan jaringan persahabatan beliau dgn "tokoh2 bintang" dlm Pakatan, termasuk yg non-muslim. Mungkin elok beliau meningkatkan penguasaan asas bahasa Inggeris kerana rasanya tidak sukar bagi seorang yg telah melalui sistem tahfiz utk menguasainya.
Salam perjuangan.
Catat Ulasan