17 Nov 2009

Era Najib Altantuya : Majoriti Rakyat Tidak Puashati Cara Kerajaan Tangani Rasuah

Kaji selidik yang dilakukan Merdeka Centre menunjukkan 74 peratus rakyat risau dan tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan dalam menangani isu rasuah dalam negara.

Kaji selidik yang dibuat menerusi panggilan telefon melibatkan responden berumur 21 tahun ke atas sejak awal tahun ini juga mendapati kes jenayah mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 81 peratus.

“74 peratus tidak puas hati dengan kerajaan menangani rasuah, jumlah 67 peratus juga tidak senang dengan cara kerajaan menangani masalah-masalah sosial. Di antara mereka yang disurvei, yang sangat tinggi 66 peratus juga tidak puas dengan bagaimana jenayah dan keselamatan awam sedang ditangani. Tidak mengejutkan, 81 peratus responden merasa rasuah adalah masalah serius,” kata kenyataan media berhubung kaji selidik yang disiarkan menerusi laman web itu di alamat www.merdeka.org.

Kaji selidik itu juga mendapati, rakyat negara ini risau dan berharap pemimpin dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani kes jenayah.

Sementara itu, krisis ekonomi berada di tangga kedua dengan peratusan sebanyak 31 peratus di belakang kes jenayah rasuah.

Ia diikuti masalah soasial dengan 12 peratus dan 10 peratus adalah kes jenayah dan keselamatan awam negara.

Dalam perangkaan tersebut, sebanyak 42 peratus adalah jenayah rasuah jenis berdaftar diikuti kes penipuan (37), rasuah dalam kalangan ahli politik (34), rasuah besar (30) dan rasuah pentadbiran, 24 peratus.

Sebanyak 58 peratus jenayah rasuah negara telah diperolehi dengan tersebarnya berita-berita di dalam akhbar.

Ia termasuklah kes yang melibatkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Selain itu, beberapa nama tokoh politik juga turut menghadapi tuduhan kes rasuah termasuk bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Ketidakstabilan politik dan rasuah berdaftar adalah antara faktor mengapa rakyat mendakwa negara ini sudah tidak ada hala tuju. -SH

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SPRM sentiasa membantu rasuah pemimpin BN. Ada MOU dengan perasuah...