Saya merujuk kepada kenyataan YAB Perdana Menteri Malaysia di Dewan Rakyat pada hari ini 16 Zulkaedah 1430H bersamaan 4 November 2009, mengenai tuntutan royalti petroleum Kerajaan Negeri Kelantan.
1. Royalti atau Wang Ehsan?
Bersama kenyataan ini, saya kembarkan kenyataan media (media release) PETRONAS bertarikh 25 Jun 2009, yang juga boleh dilayari di laman web PETRONAS.
Saya petik apa yang ditulis;
Another RM6.2 bilion was paid in royalty payments to the state governments of Terengganu (RM3.0 bilion), Sarawak (RM2.3 bilion) and Sabah (RM0.9 bilion)
Perhatikan istilah yang digunakan – royalty payment to the state government of Terengganu, Sarawak and Sabah.
Pertama: Ianya ‘Royalty Payment’ termasuk kepada Terengganu dan bukannya ‘Wang Ehsan’
Kedua: ‘to the state governments’ bukannya diuruskan oleh ‘Kerajaan Persekutuan’.
Berasakan ‘media release’ rasmi PETRONAS ini, nyatalah kenyataan YAB Perdana Menteri di Parlimen bahawa bayaran kepada Terengganu sebagai ‘Wang Ehsan’ adalah salah dan ‘misleading’.
2. 3 Batu Nautikal
Pengeluaran petroleum di Sabah, Sarawak dan Terengganu juga berada di luar 3 batu nautikal.
Mengapa Sabah dibayar royalti, bukan ‘Wang Ehsan’?
Mengapa Sarawak dibayar royalti dan bukan ‘Wang Ehsan’?
Mengapa Terengganu juga dibayar royalti terus kepada Kerajaan Negeri?
Nyata asas yang disebut oleh YAB Perdana Menteri mengenai 3 batu nautikal adalah tidak berasas bagi kes-kes Sabah, Sarawak dan Terengganu. Ia sengaja digunakan untuk mendiskriminasikan Kerajaan dan Rakyat Kelantan.
3. Respon Kerajaan Negeri
Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan hari ini bersetuju melantik panel rasmi guaman untuk menasihati Kerajaan Negeri mengenai langkah selanjutnya yang perlu diambil sehingga tuntutan royalti minyak ini dipenuhi.
Antara isu yang dicadang dipertimbangkan oleh panel guaman ini ialah;
Kemungkinan mengambil tindakan mahkamah membatalkan perjanjian penyerahan hak kepada PETRONAS untuk mencarigali dan mengeluarkan sumber petroleum di darat dan lautan Negeri Kelantan 1975 jika sekiranya tuntutan royalti tetap tidak dipatuhi.
Kemungkinan untuk Kerajaan Negeri mengambil tindakan mahkamah di luar negara termasuk perintah injunksi menghentikan pengeluaran di JDA dan CAA yang melibatkan entiti dan syarikat antarabangsa.
Walaubagaimanapun, keputusan muktamad akan ditentukan kemudian selepas pandangan dari panel guaman tersebut.
4. Mengapa ‘Wang Ehsan’ harus diurus oleh Kerajaan Pusat?
Pengumuman YAB Perdana Menteri bahawa Kelantan hanya layak menerima ‘Wang Ehsan’ dan bukannya royalti dan wang ini pula akan diurus oleh Kerajaan Pusat adalah satu keputusan politik. Ia membelakangkan semangat federalisme, kedaulatan undang-undang dan penghormatan terhadap perjanjian dan penghormatan terhadap perjanjian dan menekankan kepentingan politik semata-mata.
Keberkesanan pengurusan oleh Kerajaan Pusat boleh dipertikaikan. Sebagai bukti, dengan jumlah royalti yang besar untuk Terengganu bagi tempoh 20 tahun lalu, masih gagal membenteras kadar kemiskinan yang kekal tinggi di Terengganu.
Kerajaan Negeri mencadangkan ‘Wang Ehsan’ ini dibayar kepada Kerajaan Negeri dan sebuah Badan Penyelaras Penggunaannya bolehlah ditubuhkan dan Kerajaan Pusat boleh menghantar wakil menyertainya untuk memantau penggunaan wang ini.
5. Sekali lagi kami berharap YAB Perdana Menteri berfikir semula dan mengambil kira tuntutan ini atas prinsip kesaksamaan, kedaulatan wilayah dan semangat federalisme yang utuh serta penghormatan perjanjian yang termaktub demi kesejahteraan dan keharmonian Negara Malaysia.
YB. DATO’ HAJI HUSAM BIN HAJI MUSA
PENGERUSI JAWATANKUASA PERANCANGAN EKONOMI,
KEWANGAN DAN KEBAJIKAN
AHLI MAJLIS MESYUARAT
KERAJAAN NEGERI KELANTAN
16 ZULKAEDAH 1430H
04 NOVEMBER 2009

K'tan mungkin tolak Petronas...
Kerajaan Kelantan sedang mengkaji kemungkinan membatalkan perjanjian menyerahkan hak cari gali kepada Petronas jika royalti petroleum tidak diberikan, kata exco ekonomi dan kewangannya.
Mengulas kenyataan perdana menteri untuk menyerahkan wang ehsan kepada Kelantan, Datuk Husam Musa berkata isu membatalkan perjanjian itu akan dikaji oleh panel peguam yang dilantik kerajaan negeri.
Keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini sebagai reaksi segera negeri itu terhadap pengumuman Datuk Seri Najib Razak pagi ini di Parlimen.
Dalam satu kenyataannya, Husam turut mempertikaikan penggunaan istilah "wang ehsan" sebagai bentuk bayaran kepada Kelantan, sedangkan "bayaran royalti" digunakan untuk bayaran di Terengganu, Sabah dan Sarawak.
"Nyata asas yang disebut oleh perdana menteri mengenai (kedudukan lokasi cari gali di luar pesisiran pantai sejauh) 3 batu nautikal adalah tidak berasas bagi kes-kes Sabah, Sarawak dan Terengganu," katanya lagi.
"Ia sengaja digunakan untuk mendiskriminasikan kerajaan dan rakyat Kelantan."
Sehubungan itu, kata Husam, kerajaan negeri mahu wang ehsan dibayar kepada kerajaan negeri dan sebuah badan penyelaras ditubuhkan yang turut dianggotai wakil kerajaan pusat untuk memantau penggunaan wang tersebut.
“Sekali lagi kami berharap perdana menteri berfikir semula dan mengambil kira tuntutan ini atas prinsip kesaksamaan, kedaulatan wilayah dan semangat federalisme yang utuh serta penghormatan perjanjian yang termaktub demi kesejahteraan dan keharmonian negara malaysia,” katanya.
Mengenai penubuhan panel guaman tersebut, Husam berkata, antara isu yang dicadang dipertimbangkan oleh panel guaman ini ialah:
1. Kemungkinan mengambil tindakan mahkamah membatalkan perjanjian penyerahan hak kepada PETRONAS untuk mencarigali dan mengeluarkan sumber petroleum dan lautan negeri Kelantan 1975 jika sekiranya tuntutan royalti minyak tidak dipatuhi.
2. Kemungkinan untuk kerajaan negeri mengambil tindakan mahkamah di luar negara termasuk perintah injunksi menghentikan pengeluaran di JDA (Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand) dan CAA (Kawasan Pengurusan Komersial Malaysia-Vietnam) yang melibatkan entiti dan syarikat antabangsa.
“Walau bagaimanapun, keputusan muktamad akan ditentukan kemudian selepas pandangan dari panel guaman tersebut,” kata Husam.
Dalam kenyataan itu juga, beliau turut mempersoalkan mengapa 'wang ehsan' harus diurus oleh kerajaan pusat
“Pengumuman perdana menteri bahawa kelantan hanya layak menerima 'wang ehsan' dan bukannya royalti dan wang ini pula akan diuruskan oleh kerajaan pusat, adalah satu keputusan politik.
“Ia membelakangkan semangat federalisme, kedaultan undang-undang dan penghormatan terhadap perjanjian dan menekankan kepentingan politik semata-mata,” katanya.
Di samping itu, kata Husam, keberkesanan pengurusan oleh kerajaan pusat juga boleh dipertikaikan.
“Sebagai bukti, dengan jumlah royalti yang besar untuk Terengganu bagi tempoh 20 tahun lalu, masih gagal membanteras kadar kemiskinan yang kekal tinggi di Terengganu,” katanya.
Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat exco di Kota Bharu, Husam berkata kerajaan negeri mengambil langkah proaktif itu untuk memastikan tuntutan wang royalti itu, berjaya.
"Kerajaan negeri tidak (dapat) menerima bayaran wang ihsan yang diumumkan hari ini bagi menggantikan bayaran wang royalti minyak kepada Kelantan," katanya dalam laporan Bernama.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri menganggap pemberian wang ehsan itu satu langkah pertama hasil inisiatif kerajaan negeri dalam tuntutan royalti minyak itu.
Menurutnya, kerajaan negeri akan terus mengadakan rundingan dengan kerajaan pusat berhubung tuntutan royalti itu.
Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini telah mengemukakan surat rasmi kepada kerajaan pusat bagi menuntut bayaran royalti minyak berjumlah RM1 bilion sejak 2004 berdasarkan laporan Jabatan Statistik. -malaysiakini
4 ulasan:
kecoh lah mangkuk-mangkuk PAS ni, kata nak bawak ke mahkamah antarabangsa, bawak aje lah. orang bagi duit pun salah, tak bagi pun salah. kata pejuang Islam, ini cara Islam ker??? macam orang kafir aje??? tak tahu nak rasa bersyukur langsung??? sepatutnya kerajaan pusat tak payah bagi satu sen pun kat puak-puak PAS ni. dulu kecoh kononnya kelantan maju sebab ada tesco kat kelantan, ni kecoh pasal istilah wang ehsan dan royalti pulak. orang-orang PAS ni sebenarnya jahil ilmu dan kemaruk kuasa.
Begitulah cara UMNO nak seleweng wang rakyat, lepas ni bagitau dah habis belanja....
sapelah yg bdh kat ats tuh? x nmpak bende yg terang ke? 3 3 negeri dapat royalti dan diuruskan kerajaan negeri tup2 kelantan dpt wang ehsan tu pun bkn diurus kerajaan negeri. adekah buta x nmpak fakta? yg beze nye 3 3 negeri kaler biru. itu da kre diskriminasi. kalo betol bg la same adil biar la kerajaan negeri yg uruskan. nape la bende ne pun dorg x paham2 lg.
Yang atas tu tak faham..kena baca lebih sikit.
Catat Ulasan