4 Nov 2009

Era Najib Altantuya : Koroner Arah Mayat Mendiang Teoh Digali Semula (updated)

Koroner Azmil Muntapha Abbas mengarahkan mayat mendiang setiusaha politik Exco Kerajaan Negeri, Teoh Beng Hock digali semula untuk bedah siasat.

Bagaimanapun persoalan bila, di mana, dan siapa yang akan menjalankan bedah siasatan itu hanya akan ditentukan pada 9 November ini.

Peguam Gobind Singh Deo dalam hujahnya ketika membuat permohonan bagi menjalankan bedah siasat kali kedua ke atas mayat Beng Hock berkata testimoni daripada pakar patologi Thailand yang dilantik kerajaan negeri, Dr Pornthip amat penting dan ia perlu disahkan melalui bedah siasat baru.

Bagaimanapun peguam mewakili Peguam Negara, Tan Hock Chuan berkata testimoni Dr Pornthip kekurangan satu elemen penting iaitu penemuan kerana bukan beliau membuat bedah siasat pertama.

Gobind berkata langkah ini perlu supaya mahkamah dapat melihat semua penemuan-penemuan sebelum mencapai pada satu keputusan.

Gobind bagaimanapun berkata Dr Pornthip menghadapi kesukaran untuk mendapatkan sijil yang sewajarnya untuk menjalankan bedah siasat kedua.

Demikian itu Gobind mencadangkan Dr Pornthip menyertai bedah siasat kedua dan mengarahkan salah seorang pegawai perubatan kerajaan.

Gobind juga mencadangkan supaya Dr Pornthip bekerjasama dengan Dr Khairul dan Dr Prashant dalam bedah siasat berkenaan.

Peguam mewakili Kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar menyokong permohonan ini.
“Permohonan dibuat oleh keluarga simati Teoh Beng hock untuk mengeluarkan mayat beliau untuk tujuan bedah siasat kali kedua, permohonan di dengar oleh Koroner petang tadi dibenarkan dan kita akan dapat perintah yang lebih lanjut dan terperinci pada hari isnin berkenaan masa dan tempat post mortem kedua akan diadakan,"katanya.
Dr Pornthip mencetuskan kegemparan di inkues 21 Oktober lalu selepas penemuannya mendapati ada 80 peratus kemungkinan mangsa telah dibunuh.

Penemuan Dr Pornthip bercanggah dengan laporan bedah siasat patologis tempatan dan polis yang mengumumkan bahawa mangsa telah membunuh diri.

Dalam siasatannya mendapati ada kemungkinan mangsa dicekik terlebih dahulu, dan duburnya ditusuk sesuatu, sebelum terjatuh dari ibu pejabat SPRM.

Penemuan ini dibuat berdasarkan kepada laporan bedah siasat awal dan dokumentasi sekitar kematian mangsa.

“Kehadiran Dr Pornthip dibenarkan,itu yang kita beri penekanan semasa pendengaran tadi.Apa yang kita perlukan adalah untuk Pornthip hadir walaupun terdapat masalah dari segi kelayakan tetapi kepada kita itu tidak member i sebarang kesan. Apa yang penting untuk beliau hadir supaya beliau dapat melihat dengan lebih jelas atau terperinci aspek-aspek yang beliau telah pun katakan menimbulkan keraguan khususnya kesan cekik dan juga kesan calar menunjukkan kemungkinan ada kesan dera dan juga beliau telah dicekik,”katanya.

Gobind berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di luar mahkamah.
Peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa dalam hujahnya petang tadi bagaimanapun tidak membantah bedah siasat baru dibuat namun pihkanya akan menghantar pakar pataloginya untuk menyertai bedah siasat berkenaan.

Sementara itu Hock Chuan menyokong saranan Gobind supaya pakar patologi dari bedah siasat pertama iaitu Dr Khairul Azman dan Dr Prashant hadir di bedah siasat kedua ini.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hanya mengemukakan persoalan-persoalan yang bermain-main dalam fikiran serta sedikit renungan untuk peringatan kita bersama dan bukan menghina mana-mana pihak.

Betul lah kata T.H.Chuan, wakil peguam negara itu bahawa Dr. Pornthip bukan orang pertama yang bedah siasat ke atas mayat mendiang TBH hari tuh.

Persoalannya apa yang telah dilakukan oleh pembedah siasat pertama itu hingga bukti yang ternampak oleh doktor Siam itu tidak dinyatakan. Dr.Pornthip itu baru teliti gambar dan rekod outopsi pertama itu pun dah mengesan kemungkinan tertentu yang dinyatakannya itu. Bagaimana pula jika memang beliau sendiri yang bersama kumpulan yang melakukan outopsi awal itu..?

Apakah yang nak disembunyikan oleh doktor dari Malaysia itu..? Atau memang 'pakar' itu boleh diragukan kelayakannya..?

Jika ya, mengapa..?

Persoalan lagi satu,

Itukah integriti yang ditampilkan oleh orang yang berkenaan hingga sesuatu kerja yang dianggap profesional pun boleh dimanipulasikan..?

Kamu semua (jika orang beragama ISlam), sudah tidak yakinkah lagi terhadap adanya hari pembalasan dimana segala hal akan diperjelaskan oleh Allah swt dan dihukum seadil-adilnya..., tiada siapa yang terkecuali...

Apa pun kedudukan dan darjat yang dibangsakan kepada kamu di dunia ini, tiada hal-hal oleh Allah swt. Darjat manusia yang paling tinggi di sisi Allah ialah ketaQwaannya sahaja.

Meyakini Allah swt sebagai Tuhan mesti dibuktikan dengan perbuatan dan sikap yang didorong oleh hati dan pemikiran yang telah tunduk patuh menghambakan diri kepada NYA..

Jika mahu sedar.

Ampun maaf dan

Wallahuaklam.