14 Nov 2009

Era Najib Altantuya : Hadi Perlu Lebih Proaktif

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kedudukan beliau sebagai pemimpin nombor satu parti itu tidak terjejas walaupun ada pihak tertentu cuba menggambarkan sebaliknya.

Katanya sokongan terhadap beliau daripada anggota parti peringkat akar umbi dan barisan pimpinan PAS lain, termasuk daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, juga tetap utuh.

Mengakui mempunyai perbezaan pendapat dengan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan sebelum ini, Abdul Hadi menegaskan ia telahpun diselesaikan.

"Hubungan kami macam isi dengan kuku. Memang ada perbezaan pendapat tapi tetap bersatu, lebih-lebih lagi bila beliau (Nik Aziz) terima resolusi yang dibuat dalam seminar parti baru-baru ini," katanya kepada pemberita di sini.

Nik Abdul Aziz sebelum ini meminta parti itu mengadakan Muktamar Agung Khas bagi membolehkan perwakilan membuat keputusan mengenai kedudukan beberapa pemimpin PAS disifatkan sebagai bermasalah termasuk mereka yang pro-Umno.

Bagaimanapun parti itu memutuskan untuk mengadakan seminar politik pada 7 Nov lalu dan membincangkan masalah berbangkit.

Berhubung isu bai'ah, beliau menjelaskan bai'ah sumpah setia laknat yang diamalkan parti itu seperti didedahkan Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali hari ini, tidak menyalahi ajaran Islam.

"Bai'ah talak tiga tidak menjadi dasar atau konsep dalam PAS," katanya.

-- BERNAMA

Ulasan GB

Terlepas dari hasrat untuk merendahkan kewibawaan Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang, namun jawapan Presiden PAS di atas saling tak tumpah jawapan yang diberikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi satu ketika sewakti diminta oleh ahli UMNO untuk melepaskan jawatannya sebagai Presiden UMNO, apatah lagi waktu itu Abdullah berbeza pandangan dengan mantan PM, Tun Dr. Mahathir.

TG Abd Hadi sepatutnya memperbaiki kelemahan apabila menerima kritikan. Abd Hadi sepatutnya peka dan perihatin bahawa di zaman ini, tidak ada ruang untuk pemimpin yang lemah dan tidak energetik. Tidak ada ruang untuk pemimpin yang hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu melaksanakan tugas pengurusan parti untuk membawa kecemerlangan kepada organisasi yang dipimpin.

Seorang pemimpin utama parti yang mulia perlu mendengar dan berterima kasih di atas segala teguran. Malah seorang pemimpin yang mulia perlu berani mengakui kelemahan dan bersedia untuk berundur jika tampak jelas dia gagal melaksanakan amanah dan menyerahkan kepada ahli untuk melantik pemimpin baru yang lebih berwibawa dan bertenaga. Seorang pemimpin yang mulia tidak perlu mendakwa masih menerima sokongan akar-umbi jika ia hanya sebagai satu agakan rambang semata-mata kerana belum ada yang mengemukakan usul undi tidak percaya.

Seorang pemimpin parti perlu bersiap seperti Umar Al-Khattab yang berterima kasih kepada pengkritiknya yang sudi menegur sekalipun dengan mata pedangnya.

Abd Hadi perlu proaktif, kreatif dan innovatif di dalam merangka program-program parti. Tidak sepatutnya terhad kepada isu kontemporari dan hal-hal picisan. Era berceramah, berpidato dan berretorika sudah berlalu. Kini era berlumba-lumba untuk bekerja. Era berlumba-lumba untuk kecemerlangan, dunia dan akhirat.

Lajnah-lajnah PAS sepatutnya digerakkan sama seperti kementerian-kementerian yang mengutamakan budaya kecemerlangan dengan Islam sebagai dasar bagi melonjakkan parti jika benar ingin menjadikan parti sebagai "kerajaan yang dinanti".

Kita juga tak suka nanti ada yang memegang sepanduk meminta Presiden parti kita TURUN seperti yang pernah dilakukan oleh rakyat terhadap Abdullah. Namun jika kritikan dan pandangan para ahli diabaikan, apa yang berlaku kepada Abdullah tidak mustahil akan berlaku kepada Abd, Hadi juga. Bukan untuk mengajar Abd Hadi (kerana siapa GB untuk melakukan demikian), tetapi itu sunnatullah dan sunnatullah tidak pernah berubah, mafhum Al-Quran.

9 ulasan:

em berkata...

Salam Us.t Hadi, GB & semua

1. Ust. Hadi kena duduk di KL. Kan beliau Presiden PAS, sebuah parti nasional. Dah perintah beberapa negeri pun. Kini merancang k Putrajaya bersama PR.Masa bermain ombak laut cina selatan sudah berlalu.

2. Ust. Hadi kena pakai "baju" nasional, bukan baju Pas terengganu. Kena tengok bentuk-bentuk baju Pas pantai barat dan sebagai timbalan pengerusi(?) Pakatan, kena imbang dan perihatin juga dengan baju Pakatan!

3. Ust. Hadi, demi Islam, perbaikilah ilmu dan skil pengurusan ustaz. Dengan duduk di KL, ustaz boleh masuk pejabat agung tiap2 hari, boleh berinteraksi dgn profesional/intelektual/ teknokrat yg ramai di ibukota. Dlm AJK pas pusat pun ramai.

4. Ramai orang sayangkan ustaz, tetapi ustaz perlu lebih sayangkan kami, para penyokong Pakatan.

kembara putih berkata...

Perkara pokoknya kita kena IKHLAS, ikhlas nak bersama PR tawan Malaysia. Bila keikhlasan itu ada dalam diri, maka semangat juang, rajin bekerja dan proaktif tu akan datang seiring, contohnya seperti Ust Fadzil Noor dan TG Nik Aziz. Bila tiada keikhlasan maka sikap2 diri yang tidak bersungguh itu akan menampakkan diri. Tengoklah pula orang disekelilingnya seperti Mustafa Ali dan Harun Taib yang memang jelas tidak sukakan Anwar. Jadi macam mana keikhlasan itu akan wujud.

MANSOR JUNUS berkata...

Kalaulah PAS masih benar2 berhasrat untuk menjadi parti dominan dalam kemelut politik hari ini, 3 pimpinan teratas hendaklah digugurkan, tiada pilihan lain. Atas dasar walak, kesinambungan, agama atau apa sahaja, semuanya tidak ada guna, kalaulah PAS masih tercorot. Sokongan bukan melayu yang PR perolehi dulu dalam PRU12 hanyalah diatas kekuatan PR bukan PAS. Kini PAS masih terbelenggu dengan halagaya dibawah:

1. Gagal mendapat keyakinan rakyat sebagai sebuah parti yang berjuang untuk semua.
2. kepimpinan yang tidak konsisten dengan tindakan2nya.
3. Pemimpin teratas yang kurang keterampilan.
4. Terlalu menumpukan isu2 politik dan agama daripada isu2 sejagat yang menyentuk kepentingan rakyat jelata.
5. Pertembungan personaliti dalam parti ketara, sekali gus menghantar isyarat bahawa PAS kini dalam gawat.
6. Kurang memperlihatkan kematangan dalam mengulas isu2 penting. Terutama sekali presiden sendiri, amat berbeza jika dibandingkan dengan arwah bekas presiden.
7. Timbalannya juga kurang keterampilan. Masih belum memperlihatkan karisma dan perwatakan untuk mengambil alih kerusi no.1.
8. Masih tidak boleh kontrol orang2 bawah.
9. Lembab untuk menghidu penyakit sebelum ianya menjadi parah. Kurang proaktif.

Harap segera bertindak demi agama, bangsa dan negara.

farhan.ismail berkata...

setuju sangat ngan komem datas,islam for all

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Saya teruja untuk memberi komen yang agak berbeza dari penulis. Bukan menyokong mana-mana pihak, namun setiap komentar pada saya mestilah tidak begitu nampak bias (berat sebelah) atau ada sesuatu yang tersimpan dalam jiwa yang tidak tenang ini (prejudis).

1. Buka balik krisis besar yang pernah melanda Umno dizaman Tun Abdullah (TAB) dahulu, di mana impak kuat yang mahukan dia meletak jawatan datang dari bukan sahaja grass-root yang besar, malah dari bekas Presiden Parti, Tun Mahathir (TDM). Berbeza dengan PAS atau lebih tepat lagi, TGHH yang mana beliau bukan sahaja mendapat tempat dihati perwakilan, malah menang tanpa bertanding...Bukan atas desakan sesiapa, atau dilantik khas oleh sesiapa pun. Berlainan dengan Pak Lah, dia dilaktik oleh TDM dan ahli diarah untuk menyokongnya tanpa banyak soal...dan rupa-rupanya 'sokong membawa rebah'.

2. Komen secara secara spontan di depan media (PC) kadang-kadang memerlukan jawapan yang berhati-hati dan 'play save' answer, supaya isu tertentu tidak lagi disensasikan. Itu proses biasa dalam mana-mana PC oleh pimpinan baik PAS, PKR, DAP mahupun BN....no issues. Cuma, sesetengah orang yang masih prejudis dan tidak 'tenang' jiwanya masih ragu-ragu dengan keadaan.

3. Kerja parti adalah tugas semua, cuma kekuatan jentera boleh juga bergantung kepada pimpinan tertinggi di peringkat pusat, mahupun kawasan...Gerakan yang lebih sistematik memerlukan pemahaman yang luas bukan sehaja diperingkat nasional akan tetapi diperingkat lokal. Sememangnya gerakkerja diKelanatan berbeza dengan Terengganu, begitu juga di Selangor, apatah lagi Sabah dan Sarawak. Kita di Selangor tidak boleh kata PAS Kelantan salah strategi, juga di Kelantan tidak boleh Selangor salah atau sebaliknya. Masing-masing ada local impact yang berbeza. Kalau isu setempat dicampur baur isu nasional maka saya rasa di Malaysia ia agak kurang praktikal, kerana rakyat Malaysia secara keseluruhannya masih diperingkat yang 'lok-lak' bak kata orang Kedah...iaitu masih mencari-cari kepastian dan sedang mengenal konsep politik sebenar. Pas sedang dan telah menyediakan satu platform yang luas untuk semua rakyat bagi mewujudkan satu pemerintahan yang lebih menyokong dan membela rakyat marhaen.

4. mungkin bersambung lagi...

Fiqar

Tanpa Nama berkata...

bersambung...

4. Pak Lah dilihat amat mementingkan kroni, bermula dari adik beradik, anak pinak dan yang paling prominant adalah kelibat insan yang bernama Khairy Jamaluddin, iaitu menatu Pak Lah yang 'lebih sudu dari kuah'. Ini yang menyebabkan rakyat cukup marah dan mendesak Pak Lah agar turun dari jawatan PM. TDM sewaktu itu pula hampir setiap waktu menghentam Pak Lah, tidak kira di mana-mana pentas, hatta dipentas pembangkang pun dia sanggup asalkan Pak Lah ditentang. Kredibili Pak Lah untuk memimpin dan berucap pada waktu itu tidak diambil pusing, tetapi dia di'hentam' kerana dikatakan dipengaruhi oleh 'budak tingkat 4'. Ini nampak terlalu jauh berbeza dengan TGHH, dan nampak sangat sebenarnya tiada isu besar yang sedang dicanangkan, tetapi tidak lain semata-mata ingin PAS berbecah-belah...atau ada agenda yang lebih dari itu??? (Wallahu a'alam..Allah sahaja yang Maha Mengetahui)

5. Komen-komen yang menghentam dan menrendah-rendahkan pimpinan pada asasnya bukan ciri-ciri seorang Islam yang patuh dan akur dengan adab berkhilaf di dalam jemaah. Kalaulah mereka ini seorang ahli parti atau jemaah yang tulen dan tulus ikhlas, perbezaan pandangan atau sebarang pandangan yang berlainan dengan jemaah, disorok jauh-jauh dari pengetahuan 'orang ramai', kerana mereka tahu di dalam 'orang awam' itu terselit 'syaitan-syaitan' yang sedang menunggu bagi menimbulkan sebarang sifat-sifat mazmumah (tercela) yang boleh merosakkan iman seseorang. Saya cukup respect dan 'salute' dengan Sdr Khalid Samad dan Akhi Sa'ari Sungib, biarpun mereka dikatakan kununya 'dipecat' dari jawatan, tetapi masih boleh rilex dan bersangka baik dengan Pesuruhjaya sendiri. Tetapi yang mengada-ngada, mereka yang tidak ada kaitan dengan kes-kes yang disebutkan tadi....mereka ini yang lebih-lebih, tetapi pimpinan 'cool' sahaja...

6. "Seorang pemimpin parti perlu bersiap seperti Umar Al-Khattab yang berterima kasih kepada pengkritiknya yang sudi menegur sekalipun dengan mata pedangnya." Akan tetapi, seorang ahli juga hendaklah jadi seperti Syaidina Ali Abi Talib, yang lebih suka patuh kepada pimpinan Usman 'Affan, walaupun pernah dikritik sebagai lembab...dan selamamana Khalifah 'Usman tidak melakukan maksiat kepada Allah...

Fiqar

Faqir berkata...

Kalau nak dijawab hujjah2 fiqar tu boleh saja dijawab secara panjang lebar tetapi saya akan nyatakan begini"

fiqar berkata " TGHH yang mana beliau bukan sahaja mendapat tempat dihati perwakilan, malah menang tanpa bertanding.."

menang tanpa bertanding bukan bererti tiada tentangan dan bukan bererti ia kaedah Islami di dalam memilih pemimpin. Sejarah 4 khalifah tidak pernah dipilih dengan kaedah yang ada kini.

2. "jawapan yang berhati-hati dan 'play save' answer, supaya isu tertentu tidak lagi disensasikan"

Siapa yang banyak mensensasikan isu jika bukan dari kumpulan yg dikenali oleh golongan TGHH sendiri spt Mustafa Ali, Hassan Ali, Nassaruddin Tantawi, Idris Ahmad, Tn Ibrahim Tn Man..?

3)rakyat Malaysia secara keseluruhannya masih diperingkat yang 'lok-lak' bak kata orang Kedah...iaitu masih mencari-cari kepastian dan sedang mengenal konsep politik sebenar

Itu adalah manifestasi kegagalan pimpinan tertinggi PAS

4) Pak Lah dilihat amat mementingkan kroni, bermula dari adik beradik, anak pinak ...

Apa kurangnya TGHH yang mementingkan kroni dari kumpulan UG yang dikenali umum? Perlantikan jawatan2 penting di dalam parti semuanya di bolot oleh kumpulan UG ini.

5) Yang menyembunyikan kebenaran, yang menyorokkan kelemahan adalah syaitan2 bisu.

6) Bab mana yang dikatakan pengkritik tidak patuh? Kalau tak patuh, dah lama dibuat undi tidak percaya, meminta TGHH turun. Belum lagi ke tahap itu.

"Maksiat kepada Allah" bukan sekadar minum arak, berzina, berjudi dan seumpamanya. Di dalam konteks yg luas termasuklah mengkhianati amanah, tidak menjalankan tugas dengan sebaik-sebaiknya, berberpelukan dengan musuh dalam gelap dan tidak meminta maaf atau bertaubat sekalipun sudah menyedari kesalahan dan kesilapan.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullilah, ada juga yang ingin menjawab komen saya...terima kasih

Terus-terang saya katakan, bahawa saya memberi komen atas dasar ingin memberi pandangan yang mungkin disudut berbeza, bukan ingin 'menegak sebarang benang yang basah', apatah lagi mengampu mana-mana pimpinan.

'Hujah' anda yang kununnya 'melawan' hujah saya, dilihat agak ganjil dan berputar-putar. Isu berbeza, tetapi dijawab dibawah 'tajuk' berbeza. Saya kurang pasti samada anda mampu memahami 'point' yang saya utarakan ataupun memang anda sudah bersifat prejudis dan bias dalam semua hal yang berkaitan dengan TGHH??? Wallahu a'lam...saya mampu berserah.

Kesimpulannya, saya tidak pernah mengatakan bahawa kita tidak boeh mengkritik pimpinan, akan tetapi selaku orang yang beriman dan percaya kepada balasan Allah, maka kita ada adab dalam berbeza pendapat. Tetapi yang paling penting, kita kena selalu ingat bukan semua pandangan kita selalunya betul....

Ikhlas,

Fiqar

Anak Nelayan berkata...

Fiqar dan Faqir,

Apakata kita semua pakatlah menjadi penyokong yg tidak taksub kepada makhluk tetapi taksub hanya kepada Allah...

Menjadi penyokong yg baik adalah sedia menegur pemimpin apa jenis sekalipun baik dari BN atau pun PR sendiri jika kelihatan terbukti pemimpin tersebut membuat sesuatu kesalahan...

Dengan wujudnya penyokong seperti ini, insyaallah motto 'suara rakyat, suara keramat' akan benar2 menjadi kenyataan pada suatu hari nanti...