9 Nov 2009

Era Najib Altantuya : Bai'ah Terapkan Disiplin, Elak Pemimpin Salah Guna Kuasa

UMNO-BN dan media arus perdana sengaja mensensasikan isu Bai'ah atau sumpah setia pemimpin PAS dengan memperlihatkannya sebagai perjanjian yang meletakkan institusi perkahwinan sebagai sesuatu yang boleh dipandang remeh.

Walhal Bai'ah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PAS adalah satu sisitem disiplin dalam memastikan pemimpin parti itu berpegang kepada prinsip parti.

Pemimpin PAS, Husam Musa berkata Bai'ah adalah untuk melindungi kepimpinan parti itu dari jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

"Ini bukan isu politik. Ini isu agama. Isu Islam. Amanah tidak boleh dikhianati" ujar Naib Presiden PAS, Husam Musa apabila diminta mengulas isu Bai'ah yang telah menimbulkan pelbagai kontroversi sejak Sabtu lalu.

Menurut Husam, Bai'ah bukanlah sesuatu yang mendera perasaan golongan isteri dan anak-anak pemimpin dalam PAS seperti yang disifatkan UMNO-BN dan media arus perdana.

"Bai'ah ini hanya untuk melindungi amanah ini, dan UMNO tidak puas hati kerana dia hendak beli wakil rakyat PAS di Selangor, mahu beli wakil-wakil rakyat PAS di negeri lain" ujarnya.

Tambah beliau lagi, PAS menggunakan sumpah setia ini antara lain untuk menghindari pemimpin parti itu daripada berpaling tadah kepada UMNO yang sentiasa berusaha menarik wakil rakyat PAS menyertai UMNO.

"Dulu pun mereka hendak beli wakil rakyat di Kelantan. Sampai RM 5 juta wang tunai diletakkan di atas riba" katanya.

Diminta mengulas mungkin adanya campur tangan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkenaan hal terbabit, Husam berkata JAKIM sewajarnya menumpukan kepada isu-isu yang mendesak.

"Banyak lagi JAKIM boleh buat fatwa lain. Kenapa perlu sibuk hal ini? Bukan saya tidak setuju tetapi JAKIM ada banyak lagi tugas lain" ujarnya.



Tiada ulasan: